Assalamualaikum
Rumput-rumput di laman teratak kecil saya dah mula bercantum dan menghijau dengan sekata. Selepas mesin rumput bulan lepas, rumput-rumput karpet tue macam kekuningan sikit akibat orang yang memesin tue mesin terlalu rapat ke tanah. Sepatutnya rumput karpet hanya boleh dimesin 1/3 daripada ketinggian rumput iaitu di hujung-hujung pucuk rumput yang tumbuh. Barulah ketinggian dan kehijauannya nampak sekata dan cantik.
Rumput liar juga dah banyak bercambah di antara rumput-rumput karpet dan pokok-pokok bunga. Tak sempat nak mencabut dan merumpai lagi. Petang-petang balik kerja pun tak sempat nak layan karenah pokok-pokok dekat luar rumah. Dengan cuaca yang sangat panas terik dan matahari yang memancarkan cahaya sehingga jam 7.00pm membuatkan saya sekeluarga tak dapat bersantai di luar rumah.
Anak-anak pun tak dibenarkan keluar bermain di taman permainan sebelah rumah tue. Takut demam...Anak-anak sayakan mudah demam jadi saya perlu hadkan aktiviti mereka diluar rumah buat sementara waktu. Balik dari rumah pengasuh terus masuk ke dalam rumah dan tutup pintu. Terus pasang air-cond. Cuaca panas membahang macam ie sangat terasa di bandar-bandar terutamanya di kawasan perumahan saya yang masih kekurangan pokok-pokok besar dan tumbuhan teduhan lain. Harap-harap cuaca begini akan berlalu dengan cepat supaya saya sekeluarga dapat beriadah di luar dengan pelbagai aktiviti menarik yang masih di dalam perancangan (aktiviti berkebun ler tuh! hehe)
Pokok bunga kertas ini berbunga sepanjang masa |
Laman mini di hadapan rumah - rumput karpet hampir bercantum dengan baik setelah setahun ditanam |
Laman tepi rumah yang ditanam dengan pelbagai variasi bunga berwarna warni bagi menonjolkan suasana yang cantik dan menawan hati sesiapa yang memandangnya. :b |
Sekian saja perkongsian saya hari ini. Sebenarnya hari nie 20 Mei 2013 adalah hari lahir Amani yang ketiga. Hanya ucapan dan lagu birthday untuk Amani pada hari nie. Sambutan birthday Amani dan Aleesya akan dibuat serentak iaitu pada 1 Jun 2013 (Sabtu). Kebetulan hari lahir masing-masing hampir dekat tarikhnya, jadi elok juga buat sambutan bersama-sama. Lagipun sambutan yang dirancang tu hanyalah sambutan kecil-kecilan kami sekeluarga. Nak tahu tema sambutan mini itu, nantikan entri 1 Jun ini. Insya Allah saya akan update nanti. Sekian. :)
3 ulasan:
salam kunjung mimi...
cantik rumput karpet tuh..sy pun suka..tp kena jg betul2 kan..:)
terima kasih berkunjung ke laman nie. Takde la perlu penjagaan rapi sangat. Sepanjang 10 bulan tanam rumput nie, baru sekali potong dan sekali baja. Rumput-rumput liar pun 2 miggu sekali dibuang. Siram tue hari-harila...hehe
eh silap typing..Sekali sebulan membaja...:)
Catat Ulasan