Biasanya kami sekeluarga makan malam sebelum jam 8. Menurut pakar kesihatan dalam rumah nie (en suami la tue ngee...), untuk mengamalkan diet pemakanan secara sihat, perlu makan sebelum jam 8 malam. Jadi kami sekeluarga dah terbiasa makan awal ketika di rumah. Tapi kalau balik kampung belasah jugak makan malam jam 8-9-10. (kena ikut rutin harian tuan rumahla iaitu mak ayah dan mak abah).
Petang tadi en suami dah pekena sepinggan nasi goreng kampung. Saya tumpang makan dua tiga mulut jer. Dah tue plak, nasi goreng kampung yang dibeli oleh en suami banyaknya boleh makan untuk dua orang. Mungkin kami sekeluarga dah jadi pelanggan tetap kedai makan dia, jadi tiap kali beli apa-apa menu makanan pun pasti boleh makan untuk dua orang. Untungkan! Hehe...terima kasih yer tauke kedai...nanti kami promote kat orang yer kedai kamu...:)
Lepas makan petang tadi, en suami siram pokok-pokok bunga di laman. Lepas tue, ber ‘gaduh-gaduh’ dengan Amani dan Aleesya. Angkat tilam dari bilik ke ruang tamu. Kami sekeluarga suka tidur di ruang tamu daripada bilik. Bilik tidur macam panas dan berkuap (loghat orang Kedah. Maksudnya sangat panas sampai berpeluh-peluh badan). Walaupun pasang air-cond tapi udaranya macam tak segar. Agaknya kena tanam pokok hidup dalam bilik bagi mendapatkan bekalan oksigen yang cukup dan dapat menyegarkan udara. Lepas solat en suami landing-landing kat tilam sambil tengok TV dengan Amani. Aleesya dah nyenyak tidur dibuai mimpi dalam buaiannya.
Saya pun masuk bilik solat. Tengah saya solat tue,saya dapat rasa ada orang sekejap di tepi saya sekejap di belakang saya. Kekadang terasa kena sigong (loghat Kedah lagi. Maksudnya hujung siku ‘seseorang tue’ terkena saya). Masih khusyuk yer solat saya. Huhu...habis jer solat, rupanya budak cinonet nie.
Abah dia pulak tengah sibuk di dapur. Patutla cinonet nie seronok buat aktiviti dia tanpa gangguan. Tengokla apa si abah buat di dapur saya tue. |
Makan
tue tak pandang kiri kanan langsung. Lapar sangat ke? Nie nak kenyangkan perut
ker, nak ‘membesarkan’ badan. Ingat lagi..dulu masa mula-mula kahwin, Maggie jangan
haraplah boleh ada di dapur. Makanan segera tak sihat katanya. Kalau teringin
sangat-sangat pun memang tak kasi makan punyalah. Tensionnya rasa. Kenapala skema
sangat pakar pemakanan saya nie..kalo ye pun kerja kat pejabat kesihatan, apa
salahnya kekadang ‘bantai’ sepeket dua mee segera nie. Bukan setakat mee
segera, sardin, laici buah dalam tin dan semua makanan segera yang dibungkus
tak dikasinya beli atau makam. Tapi yang syoknya KFC, Mc D bolehla plak makan…huhu…disebabkan
saya nie isteri yang solehah memang saya tak sentuhla makanan-makanan tue
walaupun boleh order kat kedai. (arwah tok saya ajar. Kalau tak boleh makan kat
rumah pergi la makan kat kedai sesorang tanpa pengetahuan pakar pemakanan saya
tue…hehe).
keranamu MAGGI |
Kira
hampir dua hingga tiga tahun jugakla macam tue. Lepas pada tue, ‘garispanduan’
tue dah boleh dipertimbangkan mengikut keadaan…haha…kiranya saya dah boleh beli
stok sardine, Tuna, Maggie dan yang lain-lain. Yeeea haaa!
Tapi
malam nie dia plak yang melebih…tengok tue..makan sampai tak nampak anak kat
bawah meja…sian Aleesya…ibu awak pulak sibuk mengambil gambar abah yang khusyuk
makan tue sampai tak hengat dunia ….huhu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jika anda anda komen. Sila kongsikan bersama.Terima kasih atas jalinan ukhuwah anda.