Alhamdulillah…Tok
dah sedar subuh tadi. Walaupun separa sedar sekurang-kurangnya beliau boleh
mendengar dan memberi tindakbalas positif. Beliau juga selalu terkejut. Saya dimaklumkan
bahawa pagi tadi doctor mengikat kedua-dua belah tangan dan kaki di katil kerana
beliau terkejut agak kuat. Walaubagaimanapun, petang tadi ketika saya
melawatnya doctor dah membuang ikatan tersebut. Mungkin gegaran akibat beliau
terkejut berkurangan. Bengkak di muka, tangan dan kaki beliau juga semakin
berkurangan berbanding semalam. Namun kaki kirinya tidak dapat bergerak. Doktor
memasang dua buah lampu kecil di hujung kaki beliau kerana oksigen tak sampai
ke kaki. Lampu tersebut berfungsi bagi membantu mengalirkan oksigen ke kaki. Bagaimana
prosesnya saya kurang pasti. Itula yang nurse beritahu tadi tapi saya tak
sempat bertanya banyak sebab ada orang lain yang nak masuk melawat tok. Wad ICU
hanya dibenarkan dua orang pelawat sahaja melawat pesakit dalam satu-satu masa.
Jadi saya terpaksa keluar bagi memberi peluang kepada ahli keluarga yang lain
masuk melawat.
Semasa
saya melawat beliau, saya lihat beliau banyak kali terkejut. Setiap kali
terkejut, hanya badan, kedua-dua belah tangan dan kepala sahaja bergerak kuat. Tekanan
darahnya juga agak rendah dengan bacaan 97/53 berbanding semalam dengan bacaan 106/64.
Saya sempat melakukan ujian pendengaran dan tindakbalas kepada beliau.
Ujian
pertama : apabila saya membaca Al-Fatihah dan mengucap dua kalimah syahadah,
beliau diam. Tidak terkejut. Mungkin beliau dengar.
Ujian
kedua : apabila saya tanya “tok…tok dengar tak mi cakap. Kalau tok dengar mi
cakap, tok kejit mata”. Beliau kejit mata. Maknanya beliau dengar dan faham
serta boleh memberi tindakbalas positif.
Saya
nak pasti lagi. Saya cuba lagi. Sebab kadang-kadang mata beliau terkejit-kejit
juga. Sebelum saya bertanya, saya pastikan beliau tenang dan matanya tidak
terkejit. Sekali lagi saya tanya soalan yang sama.
“tok…tok
dengar tak mi cakap. Kalau tok dengar mi cakap, tok kejit mata”. Beliau kejit
mata. Hati saya sedikit berbunga sebab responnya yang positif. J
Agak
lama saya diam. Saya perhatikan wayar-wayar yang berselirat di tubuhnya. Mesin-mesin
di kiri kanannya. Saya ternampak kantung plastik berisi air kecil. Beliau sudah
boleh membuang air kecil. J.
Di sebelah kanannya ada satu kantung plastik lagi. Saya difahamkan kantung plastik
tersebut berisi darah dan nanah yang masih ada di dalam perut beliau dan ia keluar
sedikit-sedikit. Sekali lagi saya cuba melihat respon daripada beliau. Saya tanya
soalan yang sama.
“tok…tok
dengar tak mi cakap. Kalau tok dengar mi cakap, tok kejit mata”. Kali ini
beliau terkejut. Badan, tangan dan kepalanya bergegar. Kuat. Tapi mulutnya
seperti ingin katakan sesuatu. Tapi beliau tak mampu berbuat demikian. Wayar oksigen
yang dimasukkan ke dalam mulut dan disalotipkan di atas dan bawah bibir beliau
mungkin menganggu pergerakan mulutnya. Sesekali beliau kelihatan seperti nak
termuntah. Sedih bila melihat keadaannya begini. Sebelum saya beredar saya
bisikkan di telinganya.
“tok..yus kirim salam. Mi balik dulu.
Assalamualaikum”. Beliau tenang…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan