Sebak
dada melihat ketabahan seorang ibu menahan kesakitan tanpa sedikitpun keluhan.
Dikelilingi anak-anak, cucu-cucu dan cicit. Kata dua diberikan oleh doktor-doktor
pakar sama ada nak melakukan pembedahan atau biar beliau menanggung kesakitan begitu
sahaja di wad biasa. Pembedahan perlu dilakukan bagi mengetahui punca beliau
tidak boleh membuang air kecil, tidak kentut, tidak berak, sesak dada dan sakit
di bahagian perut. Namun risiko sangat tinggi sekiranya pembedahan dilakukan
kerana beliau sudah berumur 83 tahun, buah pinggang yang sudah tidak berfungsi,
jantung lemah dan tekanan darah sangat rendah iaitu 60/40. Sangat rendah
berbanding sepatutnya dan beliau juga mengadap darah tinggi serta strok ringan
(hanya melibatkan jari dan tangan). Selain itu, jika ketahanan badan rendah dan
semangat kurang kuat untuk sembuh kemungkinan juga pesakit boleh meninggal
ketika ubat bius diberikan sebelum sempat pembedahan dijalankan.
Sekiranya
bersetuju pembedahan dilakukan, beliau perlu dimasukkan ke ICU untuk jagaan
rapi oleh pakar dan anak-anak tidak dibenarkan masuk/ jaga kecuali waktu
lawatan. Beliau perlu dimasukkan ke ICU terlebih dahulu bagi memastikan tekanan
darah beliau stabil sebelum boleh dibedah. Ketika sesi penerangan diberikan
oleh doktor-doktor pakar kepada anak-anaknya, beliau turut mendengar. Seketika
saya Nampak mulut beliau seperti berkata sesuatu. Terus saya memanggil ibu
saya. Beliau memberitahu supaya pembedahan dilakukan kerana beliau sangat
lemah. Kemungkinan juga beliau tidak tahan dengan kesakitan yang ditanggungya.
Anak-anak,
masing-masing kelihatan kebingungan dan sedih. Ketika ini, semua anak-anak dan cucu-cucu
menangis dan ada yang berpelukan… suasana hiba dan pilu makin terasa di wad
Kenanga 2. Anak-anak dan cucu mula membaca surah Yassin di telinga beliau. Ternampak
mulut beliau turut mengikut alunan sebutan ayat-ayat Al-Quran yang di cuping
telinga beliau. Anak-anak dan cucu turut berbisik di tepi telinga beliau
mengajar melafazkan kalimah Syahadah. Beliau ikut menyebutnya. Lancar…itulah
yang dipohon oleh beliau kepada anak-anaknya. “ajarlah aku” (lafaz kalimah
syahadah supaya beliau tidak lupa dan boleh melafazkannya setiap waktu). Hiba…
Sesekali
anak-anak berkumpul dan seperti berbincang. Berjumpa doktor buat kali kedua dan
ketiga. Doktor juga memberi kerjasama yang baik walaupun soalan yang sama
diajukan tetapi doktor tetap menjawabnya dengan penuh sabar dan dedikasi. Mungkin
doktor-doktor sudah lali dengan keadaan itu. Terima kasih doktor kerana
sentiasa ada ketika ini. Seketika kemudian anak lelaki kedua beliau mendekatinya
dan mengajukan soalan “ betul ka mak nak buat pembedahan nie?”. Kemudian anaknya
dekatkan muka ke muka ibunya dan bercakap sesuatu. Mungkin memberi penerangan
tentang risiko pembedahan tersebut dan kata-kata semangat buat ibu tercinta. Satu
kucupan di dahi dan pipi dihadiahkan kepada ibunya. Menitis airmata lelakinya. Hiba
dengan keadaan terdesak dan keputusan ‘paksa rela’ itu. Seketika terdengar si
ibu berkata “ buatla. Aku redha. Apa-apa pun yang berlaku itu adalah ketentuan
dariNya. Semua orang akan hadapi saat-saat nie. Yang hidup akan mati. Cepat
atau lambat sahaja. Kalau aku takda pun, hampa berdoalah untuk aku. Aku minta
maaf...bla2..bla2..bla…(saya dah tak sanggup dengar kata-kata seterusnya, lari
membelakangkan beliau). Anak-anak dan cucu-cucu lain mendengar penuh khusyuk tanpa sepatah kata. Diam seribu bahasa. Mungkin
amanat terakhir beliau atau sebaliknya (saya harap ini bukan kali terakhir saya
mendengar suara beliau, semoga Allah kuatkan semangat perjuangan beliau untuk
meneruskan kehidupan ini. Amin)
Akhirnya
anak-anak beliau bersetuju untuk melepaskan ibu mereka menjalankan pembedahan. Ini
adalah ikhtiar!!! Dua orang waris perlu menandatangi surat kebenaran melakukan
pembedahan yang doktor berikan. Begitu juga pesakit. Memandangkan beliau lemah,
hanya cap cari diturunkan ke atas surat kebenaran tersebut. “Alhamdulillah!”
ada nada ceria dalam ucapan syukurnya. Mungkin beliau gembira anak-anak telah
bersetuju beliau di bedah. Terima kasih berkali-kali ditujukan kepada pegawai
yang mengambil cap jarinya dan merawatnya.
Waktu
lawatan sudah habis. Pak guard sudah memberi isyarat. Masa ini hanya tinggal ahli
keluarga saya. Semua pelawat katil lain sudah lama beredar. Pak guard juga seperti
member peluang untuk kami semua luangkan masa untuk pesakit. Walaubagaimanapun,
kami perlu menghormati peraturan hospital. lagipun doctor sudah member peluang
kepada ahli keluarga kami untuk masuk awal ke wad bagi bersama pesakit. Sebelum
beredar, semua anak-anak dan cucu-cucu member kata-kata semangat di tepi
telinga beliau dan mengahdiah kucupan demi kucupan di dahi dan pipi beliau. Beliau
juga tak putus-putus mengucapkan “Alhamdulillah”. Mungkin tanda beliau rasa
disayangi oleh semua anak-anak dan cucu-cucu disekelilingnya. Beliau sangat
tabah…tiada setitis airmata pun yang keluar dari matanya. Malah mulutnya terkumat
kamit memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak dan cucu-cucunya. Walaupun
keadaannya sangat lemah ketika itu. Terima kasih tok…”semua sayang tok! Mi pun
sayang tok!..tok mengucap banyak-banyak ya”. Beliau terus melafazakan kalimah
syahadah. Dua kali…ya beliau sangat TABAH….
Ini
cerita semalam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jika anda anda komen. Sila kongsikan bersama.Terima kasih atas jalinan ukhuwah anda.