Dan
ini cerita hari ini…
Jam
1 pagi, beliau telah berjaya dibedah dengan selamat. Walaubagaimanapun, beliau
masih koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi 2. Ya semangatnya sangat
tinggi. Beliau sangat kuat untuk meneruskan kehidupan bersama ahli-ahli
keluarganya. “Alhamdulillah”. Berkat doa anak-anak dan ahli keluarga yang lain.
Pagi ini, saya memohon kepada bos kedua di pejabat untuk membacakan Yassin
untuk tok saya yang kini sedang berjuang dengan sakitnya di hospital.
Alhamdulillah, bos saya pun tiada masalah. Lagipun setiap pagi Ahad, pejabat
saya akan mengadakan bacaan Yassin. Saya membawa sebotol air Yassin ke hospital
untuk diberikan kepada tok. Walaupun beliau tidak boleh minum
sekurang-kurangnya kulitnya sentiasa dibasahi dengan air Yassin. Semoga diberikan
kekuatan dan mengurangkan kesakitan yang dirasainya. Insya Allah.. Kebetulan
Pak Ngah saya (anak lelaki kedua) juga mengadakan bacaan Yassin di Masjid Taman
Ria. Juga untuk memohon supaya tok cepat sembuh dan boleh membebel kepada kami
seperti sediakala..(inilah satu-satunya tok yang saya ada dan yang paling
sporting dengan cucu-cucunya).
Habis
waktu kerja, saya dan en. husband bergegas ke hospital Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani untuk melihat keadaan tok selepas pembedahan. Ketika kami sampai
ke wad, ramai ahli keluarga berada di sana termasuk Pak Long yang tinggal di
Pahang. Beliau tiba di hospital pagi tadi. Sayangnya beliau tidak sempat melihat
dan bercakap dengan tok sebelum pembedahan. Tak apalah Pak Long, yang penting
doa yang berpanjangan untuk tok. Itulah yang tok minta sebelum pembedahan
dilakukan. Hari ini suasana tidak hiba dan suram macam semalam. Semua ahli
keluarga kembali bersemangat. Tumpang semangat yang kuat dari tok sendiri. Tok selamat
menjalani pembedahan walaupun tidak sedarkan diri. Mungkin kesan dari ubat bius
dan badan tok yang lemah akibat tidak makan beberapa hari sebelum pembedahan.
Hasil
daripada pembedahan pagi tadi, doktor memaklumkan bahawa terdapat seketul nanah
di dalam perut dan telah pecah dalam seminggu yang lalu. Dan hasil telitiannya
mendapati tok juga telah diberi salah ubat dua minggu yang lalu di sebuah
klinik swasta. Di mana ketika itu tok demam dan tangannya strok. Doktor tersebut
telah memberikan ubat strok yang sangat kuat dan tidak sesuai dengan usianya
yang semakin lanjut. Selain itu, ubat strok tersebut sepatutnya diberikan
bersama dengan ubat angin. Dan doctor tersebut tidak berbuat demikian. Ahli keluarga
berasa agak terkilan dengan kenyataan ini. Dimanakah profesionalisma seorang doktor
dalam merawat pesakitnya? Dimanakah ketelitian dan keprihatan seorang doktor dalam
memberi ubat bagi mengubati pesakitnya? Tambah lagi klinik yang di refer itu
adalah klinik yang berbayar bukan free of charge. Kemungkinan juga ubat yang
sangat kuat itu menyebabkan nanah tersebut pecah. Positifnya : mungkin ini
dugaan Tuhan.
Tok
sangat kuat semangat sebab ketakutan yang menghantui diri setiap ahli keluarga
untuk membenarkan tok di bius( prosedur yang perlu dilalui sebelum pembedahan),
hilang begitu sahaja. Penerangan doktor bahawa sekiranya pesakit tidak kuat
semangat dan imun badan yang rendah, risiko untuk meninggal adalah sangat
tinggi ketika ubat bius di suntik. Ternyata tok kuat semangat.
Hari
ini, ketika saya melawat beliau, muka dan tubuh badannya agak bengkak. Beliau bernafas
melalui tiub oksigen yang disalurkan dimulutnya. Wayar berselirat di tangan dan
badannya. Sesekali mulutnya bernafas agak kuat. Sesekali juga ternampak kening
terangkat. Mungkin tok sedar tapi tidak dapat bergerak. Hanya alunan Al-Fatihah
dan dua kalimah Syahadah yang dapat kami hadiahkan di tepi telinga tok ketika
ini. Semoga tok mendengar dan tahu kami semua sentiasa ada di sisi tok ketika
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jika anda anda komen. Sila kongsikan bersama.Terima kasih atas jalinan ukhuwah anda.