Selasa, 2 September 2014

Sulurilah kehidupan ini dgn Rukun Islam & Rukun Iman

Assalamualaikum

Hari ni saya nak tunaikan janji saya. Inilah pengalaman saya sepanjang 6 bulan 'menghilangkan diri' dari blog ini. Pengalaman yang merupakan satu ujian paling besar dalam hidup saya sepanjang usia 32 tahun. Ujian yang mengejutkan saya dari alpa dan kadangkala lalai dalam menjaga keteguhan iman di dalam diri. 

Sebelum tu, ingin saya tekankan di sini pengalaman ini saya kongsikan bukan untuk mengaibkan atau memburukkan sesiapa tetapi sebagai renungan dan sebagai 'alarm' yang mengejutkan kita dari kelalaian dan kealpaan dalam beriman kepada Allah S.W.T DaripadaNya kita datang, kepadaNya juga kita akan kembali. Dunia ini hanya pinjaman. Nafas ini, ibu, ayah, adik, kakak, abang, suami/isteri, anak2, kawan2, rumah, duit ringgit, kerja dan lain2 hanyalah pinjaman dan sebagai 'alat' untuk kita dinilai di alam barzakh nanti. 

Setiap manusia akan diuji sejak dilahirkan sehinggalah ia meninggalkan dunia ini. Jadikanlah Rukun Iman dan Rukun Islam sebagai pedoman  diri. Inilah 'landasan' yang Allah berikan pada umat2Nya dalam menempuh ujian yang diberikan. Subhanallah! Sayangnya Allah pada umatnya. Mungkin kita tak sedar Allah sangat sayangkan kita lebih dari mak, ayah, pasangan dan anak2 sayangkan kita. Dia dah bagi cara/tindakan yang sepatutnya kita lakukan, jadi fahami dan laksanakan sepenuhnya. Insya Allah perjalanan hidup kita akan dipermudahkan. Sentiasalah bersangka baik di atas setiap dugaan yang diberikan kerana di sebalik dugaan tersebut ada banyak hikmah yang tersembunyi. Lagi besar dugaan, semakin banyak hikmahnya. SMILE! :)

Semuanya bermula di sini ! 

 Rumah adik

Saya pendekkan kisahnya supaya korang tak perlu baca panjang2 kisah yg mmg panjang ni. Walaupun 6 bulan tapi bagi saya dan keluarga ianya sangat lama dan amat meletihkan, membimbangkan, menakutkan dan taruhan emosi yang tinggi. Bukan hanya memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan harta tetapi melibatkan agama serta tautan kasih dunia akhirat. 

2 tahun keluarga adik menetap di rumah ini. Pelbagai masalah rumahtangga timbul di antara mereka suami/isteri. Namun, mereka anggap ianya sebagai ujian dan proses melayari kehidupan pra perkahwinan. Dikurniakan seorang anak perempuan yang comel yang kini berusia 3 tahun. Segala masalah pada mulanya ingin diselesaikan secara diam2 oleh mereka suami isteri tanpa melibatkan orang lain. Walaubagai manapun, masalah mereka semakin teruk dan tiada penyelesaian. Akhirnya, si isteri menceritakan masalahnya pada saya. Salah satu nasihat saya ialah buatla solat taubat. Alhamdulillah dia buat solat taubat tu. Tapi dia perasan selepas dia solat taubat tu mcm2 jadi pada dia. Antaranya :

i. Pengsan di opis
ii. Cepat emosi & sukar kawal emosi tu
iii. Suka fikir negatif
iv. Suka mengungkit
v. Meracau2 di luar sedar
vi. Takut
vii.Tak boleh lihat benda tajam (pisau/gunting)
vii. Kalo ada org berkumpul, rasa mcm org mengata dia
vii.Rasa dan nampak kelibat seseorang
x. Suami dia takut pada bilik utama rumah tu

Hubungan mereka suami isteri agak terjejas teruk sebab masing2 xsuka pada pasangan. Tapi bila berjauhan rasa rindu, bila dekat asyik bertekak. Akhirnya, mereka membuat Rawatan Islam. Banyak tanda2 gangguan jin pada mereka. Sebelum jumpa punca sebenar masalah rumahtangga mereka ramai juga ustaz2 yang kami rujuk. Pelbagai version kami dapat seperti orang 'buat', saka dan penunggu tempat tinggal. Akhirnya kami percaya ianya adalah penunggu tempat tinggal.

Jadi mudahlah kami ikhtiar cara rawatannya bersama ustaz2 yang pakar dalam rawatan makhluk2 halus ni mengikut rawatan Islam. Dalam kaedah perubatan ni seeloknya kita pilih sorang ustaz dari awal berubat hinggalah akhir. Mudah dari segi fahaman kronologi punca masalah hingga selesai. Tapi pada masa yang sama cari jugak ustaz yang dekat2 dgn kita supaya kalo urgent ada kejadian 'tergempar' berlaku mudah kita nak minta bantuan. Sebab bila terlibat dengan masalah berkaitan jin ni, kita xtahu bila dia nak 'mengusik'. Bila dia 'usik' kelam kabut jadinya.

Paling penting kita faham dan tahu beza jin, syaitan dan manusia. Bila kita faham bezanya kita akan jadi kuat semangat dan membantu kita mengawal 'usikan' jin dan syaitan pada manusia. Hanya ALLAH S.W.T yang perlu kita takut. Dekatkanlah diri kita pada Allah. 

Di sebalik kejadian yang menimpa mereka, saya dan ahli keluarga lain yang turut ingin membantu menyelesaikan masalah mereka turut diganggu. Antara gangguan yang saya alami adalah :

i. Terjaga tengah malam dan dengar ketukan bertalu2 di tingkap. Surah 3 Qul yang biasanya lancar saya baca masa tu dah macam ingat2 lupa

ii. Lepas waktu opis, saya takut nak balik rumah. Saya akan pastikan en husband tiba dulu di rumah. Kalo en husband nak pergi operasi malam pun saya xbagi

iii. Saya takut untuk ke dapur rumah saya sendiri

iv. Anak2 rajin menangis dan cari pasal bila balik ke rumah

v. Kdg2 en husband tgk saya dia rs marah tanpa sebab dan saya pun sebaliknya

vi. Bila saya baca Yassin, rasa badan berat sebelah & ada masa rasa gastrik tiba2

vii. Rasa dalam perut saya ada sesuatu bergerak mcm pregnant

Sepanjang kejadian ni setiap minggu saya akan membuat rawatan islam. Yang penting kena kuat semangat dan lawan gangguan tersebut. Saya fikir macam ni jin memang nak sesatkan umat manusia. Jadi kalau kita makin dekat dengan Allah dia memang xsuka. Ustaz2 perlu dirujuk kerana mereka ada kepakaran dan cara untuk menghalau jin dari menganggu manusia. Diri sendiri juga harus ada usaha yang tinggi untuk halang jin dari menguasai diri kita. Antara nasihat ustaz2 adalah :

i. Sebelum tido baca 3 Qul, tarik nafas dan niat supaya jauhkan diri kita dari gangguan jin dan sebagainya dan hembus ke tapak tangan dan lurutkan ke seluruh tubuh hingga ke hujung jari kaki.

ii. Baca Yassin sekurang2nya 2 kali sehari.

iii. Khatam Al Quran sekurang2nya sekali setahun.

iv. Jaga akidah

v. Solat tahajjud

vi. Pastikan tiada sampah di dalam rumah sebelum tido malam

x. Pakai minyak wangi kasturi sebab jin tak suka bau kasturi (bukan limau kasturi tau)

Biasanya kita akan terfikir yang kena gangguan ni adalah orang yang jauh dari pegangan agamanya tapi bila saya selalu ke pusat rawatan islam rupanya tanggapan itu salah. Ada juga kes dimana bilal di ganggu di masjid (Bercakap sorang2). Isteri seorang ustaz juga diganggu. Itu juga salah satu dugaan Allah pada umatnya yang terpilih.

Kebetulan tibanya bulan Ramadhan ketika kejadian ni. Jin masih ada cuma syaitan sahaja yang diikat. Tapi bulan ni lah kita tidak diganggu dengan sifat2 syaitan ni. Jadi amalan pada bulan Ramadhan ni mudah dilaksanakan sebaik2nya. Alhamdulillah semuanya saya laksanakan sebanyak2 nya yang mampu. Walaupun Syawal tak disambut seperti sebelumnya, namun yang pasti saya rasa gangguan tu dah berlalu pergi. Alhamdulillah!

Antara ustaz yang kami rujuk adalah :

i. Ustaz Nan, Taman Jenaris, Tikam Batu - 013 4576360
ii. Ustaz2 Darul Syifa, Taman Purnama, Jalan Pegawai Alor Setar (anak didik Dato' Harun Din) - 019 4428201
iii. Pak cik Non, Bukit Selambau (anak didik Ustaz Sharhan) 

Tiada ulasan:

Entri Popular