Selasa, 30 April 2013

Yasmin pun nak cuti!

Assalamualaikum

Biasanya waktu pagilah waktu yang paling sibuk. Mana nak bersiap pergi kerja, nak solat, nak bebelkan Yasmin mintak pakaikan baju cepat-cepat supaya sempat sarapan sebelum ke sekolah, nak siapkan sarapan untuk Yasmin, kemaskan beg untuk anak-anak yang akan dihantar ke pengasuh, nak panaskan enjin kereta, kejutkan Amani dari tidur dan bla..bla..bla...Itu tak termasuk melayan karenah Aleesya yang sentiasa mintak didukung jika dia bangun awal. Nasib baiklah en husband banyak membantu. J

Tapi hari ini, saya tak kelam kabut macam biasa. Boleh buat kerja ‘slow motion’. Tak perlu bebel dekat Yasmin cepat buat itu ini. Yasmin pun naik hairan saya tak tukar baju dan mekap cantik-cantik (wah! Puji diri sendiri yerk mekap cantik. Cantik pada mata saya dan en husband jer dah memadai. Kalau en husband puji cantik, mudah-mudahan saya dapat pahala sebab sedapkan matanya memandang isterinya yang come ini...hehe).

Yasmin sibuk bertanya “ibu, pasaipa ibu pakai baju (baju tidur) nie, ibu?”. Tak sempat jawab, dia tanya lagi “ibu, tak kerja ka hari nie?”. Baru nak buka mulut jawab “iii”, ada lagi soklannya “pasaipa ibu tak kerja, ibu?”. Saya tunggu dua tiga saat...ok, dia dah takda soalan.

“Ibu cuti hari nie. Kena jaga Amani dan Aleesya. Tok Amani kena pi klinik jumpa doktor, ambik ubat.”

Yasmin senyum. “Min tak mau pi sekolahlah. Min nak dok dengan ibuuuu...”

Ha! Banyak cantik. Patutla banyak benau soklannya. Rupanya nak cari alasan tak pergi sekolah. Eeeerr...takda! takda! Jangan harap dapat memonteng yer.

“Min pi sekolah hari nie jer. Esok ada sukan. Hari ni Min kena berlatih dekat sekolah. Esok, ibu, abah dan Amani pi tengok Min bersukan. Ibu dengan Amani nak tepuk tangan dekat min dan jerit dekat Min “cepat!...cepatttt! Miiinnn....”. Nanti Min menang dapat hadiah.” Yasmin senyum. Mood dia dah ok la tue. Itu belum tentu lagi esok dia menang dan dapat hadiah. Esok kalau kalah maknanya ibu @ abah kena keluarkan duit sendiri belikan hadiah untuk Min. Kalau tak, mesti muka monyok jer balik rumah.

Sebelum pergi sekolah WAJIB bersalam dengan ibu & abah. Yasmin dah jadi rutin hariannya tapi Amani sebelum pergi rumah pengasuh kadang-kadang jer salam. Ikut mood.
Yasmin ke sekolah dengan en husband. Saya plak pagi-pagi trip menghantar anak-anak ke rumah pengasuh. Perlu bahagi tugas kepada dua trip. Kalau tak, memang kalut jugak en husband untuk hantar anak-anak ke sana sini. Bertentang arah plak tue.
Mmmm.....Anak-anak nie, kita kena sedia bagi pujian @ hadiah kalau buat sesuatu. Kalau tak, pasti buat kerja tak ikhlas dengan muka masam mencuka @ pun tak buat terus. Tapi saya rasa sikap macam nie normal bukan kanak-kanak saja, malah peringkat remaja hinggalah orang dewasa sekalipun, suka balasan di atas perbuatan mereka. Dalam agama pun, setiap perbuatan ada balasan dosa dan pahala. Jadi renung-renungkan dan selamat beramal! J
Yasmin dengan uniform T.shirt Tadika An-Najjah & Amani uniform Baju tidur. Bangun tidur tak sempat mandi, nak jugak 'interpreme'.

Sekian.

Isnin, 29 April 2013

Bestnya kalau dapat taman macam nie!

Assalamualaikum

Hari nie tak sempat nak mengomel panjang. Banyak kerja kena selesaikan sebelum saya bercuti esok. Kalau ikut perancangan awal, saya nak cuti hari Khamis jadi dapatla cuti 5 hari. Start hari Rabu (1 mei-Hari buruh) hingga hari Ahad (cuti hari mengundi). Tapi tak dapat buat macam tue sebab esok pengasuh minta cuti sebab dia perlu ke klinik untuk rawatan 3 bulan sekali. Nak tak nak saya terpaksa bercuti esok untuk menjaga Amani dan Aleesya. Hari khamis saya tak nak cuti lagi. Nak simpan cuti. :)

Ok, sebelum saya mengundur diri jom layan gambar-gambar menarik di bawah buat santapan mata dan ketenangan hati. Layan!







Sekian. Jumpa lagi. Jangan rindu-rinduan yerk. :)

Ahad, 28 April 2013

Mari kita berdamai!

Assalamualaikum

Saya nak cerita tentang dua budak comel yang selalu bergaduh dan baik ada makna. Hehe...Ini bukan cerita kosong dan bukan cerita yang direka-reka sedemikian rupa. Inilah adalah kisah benar yang kadangkala memeningkan kepala, adakala buat kita tersenyum sesorang bila teringat balik dan adakala rasa macam jangan bagi mereka duduk berdua. Nanti pasti ada jer benda yang buat anda gelengkan kepala. :)

Cerita 1 :

Bila Amani nyenyak tidur di siang hari yang sunyi sepi sementara orang lain khusyuk buat kerja masing-masing, adala seorang kakak nie suka mengacau. Dia baring-baring sebelah Amani dengan muka berdepan dengan muka Amani. Gayanya macam nak tidur sekali rupanya badan tak bergerak tapi tangan menguis-nguis hidung, mulut dan rambut yang menutupi  mata Amani. Si Amani dah tentu la tak selesa pusing kiri kanan nak elakkan mukanya di kacau. Bila saya nampak, comfirmla hangin jugak, bukan senang Amani nak tidur dan bila dia tidur dan tak kacau orang, Yasmin pulak mengacau Amani. Saya cakap dengan Yasmin :
"Yasmin, jangan kacau Amani. Min pi mandi nanti abah balik". 
Saya pun berlalu pergi masuk ke bilik melihat Aleesya. Tak sampai seminit saya keluar balik dari bilik, saya  nampak Amani dah bangun dengan mata tertutup dan tangan mengesel-ngesel mata. Saya terdengar Yasmin cakap slow-slow pada Amani :
" Amani, pi mandi nanti abah balik, jom" sambil tarik tangan Amani...

Saya tak tahu la nak marah atau nak tergelak sebab saya suruh Yasmin yang mandi bukan Amani. Dan Amani pulak macam dah kena pukau jalan slow-slow nak ke bilik air. Aik! saya jadi confius, macammana pulak Amani boleh ikut arahan Yasmin dengan mata tertutup. Selalunya kalau orang kacau dia tidur, dia akan marah dan 'keraskan' badan nak sambung tidur lagi. Silap haribulan tangannya dak 'kelepap' dekat muka @ tangan kita. Hairan betul kali nie dia boleh ikut pulak. Tak tahu la Yasmin mengayat apa dekat Amani sampai Amani boleh menurut perintah tanpa sebarang bantahan. Rasanya mungkin ada ayat tambahan lain yang saya tak dengar. Mungkin dia cakap macam nie : 
" Amani, bangun cepat. Nanti abah beli jam besar kat Amani tau!...
 Bangun... jom pi mandi, jooommm..." (dengan intonasi lengang lengguknya..huhu)

Si Amani nampak jer ganas tapi kalau kena cara dan susunan ayat yang jiwang-jiwang sikit, memang tangkap lentok jugak budak nie. Selalunya kalau saya mintak dia buat sesuatu tapi dia malas nak buat, saya gunakan panggilan "manjaaaaaaa....aaaaa". Buat jer ayat macam nie "manja rajinkan, manja p ambik tisu dekat ibu sat" confirm dengan cepatnya tisu ada depan mata kita. Hahahaha...power kan perkataan tue. Tapi ada masa jugak kalau mood 'malas' tue dah terlalu tinggi, panggilla apa pun memang tak akan dibuat punya. Akhirnya kita kena buat sendiri. Hua ..hua... hua...

Wajah siapa yang macam budak nakal?
Cerita 2 :

Suatu petang, selesai menyapu sampah di dalam rumah, saya menonton tv. Aleesya main sesorang dan kadangkala bertatih selangkah dua dan sesajer jatuhkan badannya atas saya. Ok, saya tak kisah. Yasmin melukis dan mewarna. Amani 'tolong' Yasmin mewarna di atas lantai. Grrrr! Yasmin macam biasa akan mengacooomm "ibuuuuu! tengok Amani. Dia conteng atas lantai nie, ibu!" dia budget saya mesti hangin dengan Amani. Memang pun, saya pun marahla Amani :
"Amani!!! jangan conteng lantai, nanti kena dengan ibu". 
Yasmin pandang Amani, dalam hati tue saya tahu dia ketawa berdekah-dekah sebab berjaya buatkan Amani kena marah. 

Amani tarik  muka sebab kena marah. Tapi tangan tue tetap gesel-geselkan mata pensel warna dekat lantai slow-slow. Haish! budak nie. Tapi saya malas nak ambil kisah. Sukahatilah nak contengpun! Sebab kalau marah lebih-lebih pun Amani bukan ada perasaan bersalah pun, silap hari bulan dia akan menconteng lagi SAKAN!..Lagipun pensel warna yang digunakan bukan terangpun. Kalau lap pun boleh hilang warna pensel kaler tue. Saya marah sebab nak bagi tahu bahawa menconteng lantai adalah satu kesalahan! 

Lima minit kemudian, Amani ambil tupperware yang ada kuih semperit atas meja (belum raya pun, kuih nie sentiasa dijual). Tahu jer la kan kuih semperit nie mudah pecah dan berserbuk bila pecah. Bila saya ternampak jer Amani ambil, terus saya minta untuk bukakan penutup tupperware tue. Dia tak bagi. Sepenuh hati dia tarik penutup tupperware tue. 'gedebuk' tupperware jatuh dengan isi-isinya bertaburan. "Amaniii!" saya jeling dekat Amani dan cakap "Sukahatilah". Tapi Amani buat tak tahu. Saya buat muka masam dan terus tengok tv. Tetiba Yasmin pulak yang terasa hati. Dia cepat-cepat ambil tisu dan lapkan serbuk-serbuk kuih yang bertaburan tue. Baik pulak kakak nie nak tolong back-up kesalahan adik. Yang adik nie buat don't no jer...tak da rasa bersalah pun. Siap ambil kuih yang masih elok dan makan. Mmmmm...

Kesimpulannya, ada masa adik beradik nie sentiasa bergaduh. Ada masa mereka akan saling bantu membantu walaupun salah seorang tue tak menghargainya. Tapi sebagai seorang kakak, rasa tanggungjawab untuk menjaga seorang adik tetap tinggi dalam keadaan yang kita tak terduga. Terharu sebenarnya tengok Yasmin kemaskan serbuk kuih tue, walaupun hakikatnya bila dia dah habis lap, saya plak yang terpaksa lap dan sapu serbuk kuih tue. Sebabnya dia hanya LAP. Sepatutnya dia kena pedap-pedapkan tisu atas serbuk kuih tu baru lantai akan licin seperti normal. Itu tak penting, yang penting ada  nilai-nilai murni pada dirinya dan buatkan saya bangga dengan sifatnya yang satu ini. :)

Kami budak baik.
Kalau bergaduh tue, kami sajer jer nak test ibu dengan abah..:b
Sekian.

Sabtu, 27 April 2013

Kerana jam, lupa susu dan pampers!

Assalamualaikum

Bagaimana hujung minggu anda? Semoga semuanya mengembirakan dan selamat beristirehat bersama keluarga tersayang. 

Pagi tadi hujan renyai-renyai. En husband ajak teman ke pekan untuk membeli susu dan pampers anak-anak. Biasanya susu dan pampers, en husband akan beli di kedai ubat di Pekan. Tapi masalahnya kedai tersebut terletak di laluan yang agak sesak dan tiada kemudahan parking. En husband pernah kena saman semasa membeli susu di kedai tersebut. Bukan sikit nilai RM yang perlu di bayar. RM150 melayang macam tue jer. Kalau bagi pada saya dah macam-macam saya boleh beli. Huhu..

Berbalik pada cerita tadi, saya dan en husband pun siapkan anak-anak untuk dibawa sekali. Bukan main sukala budak-budak tue bila boleh pakai baju cantik-cantik dan keluar berjalan. Oleh kerana hujan dan masih belum breakfast, en husband ajak breakfast di Giant sebab mudah parking dan nak elak dari kena hujan. Di medan selera Giant, pagi-pagi nie rupanya tak banyak gerai yang buka. Jadi kami hanya makan nasi lemak dan anak-anak makan Sweet Bun & Arabian Mushroom Sup. Bila dah kenyang, kami pun jalan-jalan sekejap di dalam Giant. Patutla tak banyak gerai dibuka, rupanya di tempat parking ada pasar tani. Masa sampai tadi tak perasan pun ada pasar tani mungkin kami sampai terlalu awal. 



Sementara menunggu en husband belikan makanan, Aleesya main to-chak dengan kak Yasmin. Si Amani macam biasa ikut kaki dia jer nak melangkah ke mana-mana yang dia suka. Ternampak anak kucing di medan selera tue, berkepitla dia dengan anak kucing tue.
 Pelayan baru kerja di medan selera Giant. Hehe
Kebetulan pagi tadi ada pertandingan nasyid di ruang legar Giant. Ingatkan nak tunggu bagi anak-anak tengok tapi pukul 10.30 pagi belum lagi start. Mungkin jam 11 pagi baru start. Nak tunggu memang tak la sebab en husband kerja petang tadi. Sebelum turun ke parking Yasmin buat permintaan plak. Nak jam besar macam njang. Haduih! dah berapa banyak jam yang dah dibeli untuk dia tapi semuanya rosak dan tak pakai pun. Mimpi apala pulak nak jam nie?...

Sepanjang perjalanan, Yasmin macam biasala merengek nak barang yang dia mintak tak dapat-dapat tue. Terpaksala en husband cakap "petang nanti, abah beli". Sebelum balik ke rumah kami singgah di nursery untuk beli pasu bunga dan pokok bunga jam 10. Sesampai di rumah, baru saya teringat "bukan kita nak beli susu dan pampers ke keluar tadi!"
en husband :" Mmmmmm...." 
Sah kami dah terlupa langsung. Nasiba baikla susu dan pampers masih ada cuma nak beli  barang-barang tue untuk stok bulan nie. Mmmmm...itula leka dengan barang lain dan karenah anak-anak. Itu baru anak tiga, kalau orang lain yang ramai anak tue, macammana la gayanya...Huhu

Petang tue, sebelum en husband pergi kerja Yasmin dah pesan suruh balik awal dan beli jam. Mmmm memang en husband kena tepati janji la sebab Yasmin nie jenis yang akan ingat janji-janji yang ditaburkan. Selagi tak dapat apa yang dia nak, selagi tue la dia akan mintak tanpa jemu. 
Inilah jam baru kami. JANJI DITEPATI. :)
Korang perasan tak apa yang pelik dalam gambar nie?

Betul tak perasan?


Tengok tue muka en husband dah booolaaat macam bear-bear!
Hahahaha...

Rabu, 24 April 2013

Koleksi tumbuhan herba dan ulaman

Assalamualaikum

Di luar rumah, hujan masih belum berhenti dari petang tadi. Guruh berdentum dentam dekat luar tue. Sesekali ternampak sinaran kilat di celah langsir yang terselak akibat kitaran kipas angin yang kuat di dalam bilik. Walaupun hujan lebat di luar tapi suhu bilik tetap terasa panas dan bahang.

Hari nie en husband senyum melebarla sebab tak perlu siram pokok. Sebelum hujan turun, saya membuat 'lawatan tapak' ke semua pokok herba di belakang rumah. Pokok cili makin membesar dengan baik. Sempat jugala saya cabut pokok-pokok liar di dalam pasu tanaman herba saya tue. Masa saya 'mengemaskini' pasu-pasu tue, saya terjumpa dua pokok kacang botol/kelisa. Ini bermakna pokok kacang botol saya dah ada lima pokok. 

Mood : sukanya dapat lihat pokok yang kita semai tumbuh dengan banyak tanpa diduga... :)

Nak tengok koleksi tumbuhan herba saya?

Jom LAYAN...
Pucuk Kaduk.
Tak sempat tanam di atas tanah lagi.
Pokok nie dihadiahkan oleh pemilik BUMI HIJAU NURSERY di Simpang Empat, Alor Setar.
Banyak koleksi pokok-pokok bunga dan tumbuhan herba di nursery nie. Harga yang ditawarkan juga sangat murah berbanding nursery yang lain. Lagipun nursery nie milik orang melayu.
Ulam raja.
Saya semai menggunakan biji daripada bunganya yang sudah kering.
Benihnya saya kutip di laman rumah mak ayah di kampung.
Cili padi.
Saya semai menggunakan biji cili padi merah yang dibeli di pasar.
Masa gambar ni diambil pokok nie masih kecil dan banyak rumput dan tumbuhan liar di dalam pasu. Nanti saya akan update gambar pokok yang sudah 'remaja'. huhu
Pokok kelapa pandan nie dihadiahkan oleh jiran saya. Pokok kelapa pandan nie agak sensitif dengan panas. Jadi petua ayah saya, kita perlu letakkan rumput @ pokok liar yang telah dicabut @telah kering di bahagian perdu pokok supaya bahagian tue sentiasa lembab. Jiran saya nie ada dua pokok kelapa pandan macam nie tapi kedua-duanya telah mati. Mungkin 'panas' terlebih kot. Sebab beliau gunakan baja tahi ayam (baja nie agak panas) dan kurang air.
Pokok daun kari dan lengkuas. Dapat dari kampung jugak.
Pokok kacang kelisa/botol.
Saya semai menggunakan biji daripada kacang botol yang telah masak (kacang berwarna hitam dan keras).
Dapat dari kampung juga. :)
Pokok lidah buaya dan daun kari. Daun lidah buaya selalu digunakan untuk perubatan tradisional seperti melancarkan pergerakan darah selepas dicucuk (biasanya bila anak-anak kita kena cucuk di paha @ bahu, cuba sapukan sedikit jeli daun lidah buaya di sekeliling bekas cucuk). Bila pergerakan darah berjalan lancar, ubat yang disuntik juga akan meresap dengan baik di dalam badan. Dipercayai dapat mengelakkan anak-anak kita daripada demam. Selain itu, dapat juga dijadikan sebagai masker muka untuk menegang dan melicinkan kulit muka. Berhati-hati menggunakan jeli ini sebagai masker kerana ia boleh menyebabkan gatal-gatal.
Pokok daun kari.
Pemberian jiran saya. Al-maklumlah kami menginap di taman perumahan baru,
jadi masing-masing giler bercucuk tanam tumbuhan herba nie. :)
Pokok limau kasturi.
Dah dua kali berbuah tapi sekarang ia agak tersentap sebab en husband asapkan ia dengan pembakaran kertas secara terbuka. Huhu...sadisnya...ish!ish!ish!
 Ia agak sensitif dengan kepanasan dan asap. Selepas kena asap tue, daunnya habis luruh dan saya cantaskan dahannya supaya ia dapat 'bernafas' kembali. :(
Serai.
Diperolehi daripada mak abah di kampung. 
Saya masih mencari-cari tumbuhan herba yang lain seperti kucai, daun pudina, pegaga, terung pipit, daun sup, bunga kantan, pandan, selom, selasih, pokok limau purut, rosemary, basil, pasli dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Sekian. :)

Koleksi bunga-bungaan

Assalamualaikum

Hari  nie saya tak da la nak karang entri panjang-panjang. Cuma saya nak kongsikan dengan korang koleksi bunga-bungaan di laman saya. Silalah mencuci mata...
Kemboja Merah
Bunga  kertas merah. Daun hijau
Bunga  kertas merah. Daun hijau + kuning
Bunga  kertas merah + di tengah bunga putih. Daun hijau.
Bunga  kertas merah batik. Daun hijau kekuningan
Bunga  kertas purple + di tengah bunga putih. Daun hijau + putih
Bunga  kertas purple. Daun hijau
Bunga  kertas putih. Daun hijau + kuning
Bunga  kertas oren masam. Daun hijau + kuning
Bunga  kertas oren. Daun hijau kekuningan
Pokok pisang hiasan. Nama betul tak tahuuuuuu! hohohooo
Tak tahu nama. huhu
Pon sama. Tak tahu nama. huhu
Bunga kekwa pink
Bunga kekwa oren
Bunga kekwa merah
Bunga kekwa pink (jenis kecil)
Bunga kekwa merah (jenis kecil) @ chrysanthenum
Bunga tapak dara @ kamunting cina
Bunga ros kuning

Itu saja yang saya nak kongsi hari nie. Sekian. :)

Hujan oh hujan!

Assalamualaikum

Petang semalam nak balik kerja, hujan mencurah-curah ke bumi. Langit kelam dan gelap. Sesekali kilat memancar. Jam baru 5.15pm tapi keadaan gelap tue dah macam nak malam. Sebelum turun dari pejabat sempat jugakla saya selak bidai tingkap tue untuk tengok cuaca yang semakin gelap. Dalam hati mesti kereta saya tak boleh keluar dari parking sebab kena 'block' dengan kereta lain. Kalau cepat-cepat turun pun mesti kena menunggu dalam kereta. Bila turun ke kereta memang sah saya harus menunggu lama sebab bukan sebuah kereta yang 'blok' kereta saya tapi dua buah. Kalau hari tak hujan bolehlah saya 'adjust' tolak kereta lain tue ke tepi bagi membolehkan kereta saya keluar dari parking. Tapi disebabkan hujan   tersangatla lebat, memang takla...nak buat kerja giler tue. Tak pasal-pasal basah lencun bermandikan hujan. 
Jadi HARUS lah menunggu dengan sabar. Dalam kereta bosan tak tahu nak buat apa, jadi kerja mengambil gambar diri sendiri. Ambil gambar, tak cantik, DELETE. Ambil lagi, tak cantik, DELETE...Orang yang dalam kereta sebelah kereta saya tue mesti menci tengok budak cute nie syok sendiri. Ada saya kesah! huhu...
Lastly, ambil gambar strereng kereta jer menjadi...stereng pun strereng la...Mmmm...
Hujan-hujan nie ingatkan jalan akan jadi sesak dengan orang yang berpusu-pusu nak balik kerja tapi tak. Mungki ramai yang ambil keputusan menunggu hujan reda sebelum meneruskan perjalanan balik ke rumah. Ha! oklah tue sebab saya boleh memandu dengan lancar dan cepat sampai ke rumah. J
Masa google-google tengok lauk apa nak makan untuk berbuka, saya ternampak menu ayam masak lemak cili api. Wah! nampak menarik dan meliurkan. Tambah-tambah perut berkruk krak plak petang semalam, terus dalam fikiran nak makan ayam masak lemak cili api nie. Nak beli kat kedai memang tak dapatla. Mana ada kedai yang jual lauk pauk petang-petang nie. Jadi saya terpaksalah mintak en husband belikan bahan-bahan mentah di TESCO. Hujan-hujan nie paling senang parking dekat TESCO sebab tak basah dek hujan. Parking TESCO Mergong dalam bangunan jadi  memang mudah nak beli barang waktu hujan. 

Saya terus balik ke rumah. Ingat nanti bila hujan reda baru nak pergi ambil dua budak kecik tue dekat rumah pengasuh. Rupanya en husband dah pergi ambil budak-budak tue lepas balik dari TESCO. Nasib baiklah saya dah siapkan bahan-bahan yang ada di rumah untuk ayam masak lemak cili api tue sementara en husband bawak balik ayam dan santan. Kalau tak memang tak menang tangan jugaklah. 

Biasanya bila waktu hujan, saya @ en husband ambil anak-anak dari rumah pengasuh, wajib kami mandikan mereka berdua di rumah walaupun baru mandi di rumah pengasuh. Sebabnya kadang-kadang waktu mereka nak nak kereta tue, terkena tempias hujan, jadi takut demam. Anak-anak saya nie memang jenis cepat demam. Sistem imun mereka masih rendah. Jadi bila mereka sampai di rumah, terus saya mandikan mereka. Dah selesai uruskan mereka barulah boleh fokus untuk memasak.J

Ayam masak lemak cili api
Sayur campur
Ikan pekasam goreng
Inilah orang-orang yang sibokkkkk berbuka
Aleesya baru belajar bertatih. Bolehlah selangkah dua dalam umur 10 bulan setengah nie. Minggu depan 1 Mei genap umur Aleesya 11 bulan. Yasmin dan Amani umur 11 bulan dah boleh berjalan. Jadi kami sekeluarga tak sabar menunggu Aleesya boleh berjalan. Nak tunggu Aleesya boleh pecahkan rekod Yasmin dan Amani tak, berjalan ketika umur 11 bulan. J
Tengah seronok-seronok Aleesya bertatih, Yasmin pulak mengacoooo..Kacau daun tul Kak Min nie....Hilang fokus si Aleesya nak berjalan.
Sementara mereka bermain tue, saya berbuka la sesorang atas meja. Hujan-hujan nie dengan perut lapar, makan nasi panas-panas dengan ikan pekasam goreng pun sodap. Menjadi juga  ayam masak lemak cili api yang pertama kali saya masak nie. Resepinya saya google jer dari http://blogresepi.blogspot.com

Sekian.

Entri Popular