Assalamualaikum
Rentetan entri Institut Latihan Perumahan (ILP)
KPKT di Bukit Tinggi, kali ni saya nak kongsi secara ringkas berkenaan Pekan Bentong
tempat saya menginap. Perjalanan dari ILP KPKT ke Pekan Bentong mengambil masa
lebih kurang 20 hingga 30 minit (bergantung kepada kelajuan anda mendaki bukit
ke ILP. Kalau yang berani drive laju tu cepatla sampai. Kalau yang takut tue,
drive kete macam ‘kora-kora’, almaklum je la yer. Hehe..)
Perjalanan ke
Pekan bentong nie perlu melalui Lebuhraya Karak dan keluar ikut susur keluar
Bentong Barat. Sebelum keluar susur nie, kita kena bayar tol RM3.00. Simpang
susur keluar nie betul-betul berhadapan dengan MRSM Bentong atas bukit tue. Kalau
nak masuk semula ke Lebuhraya Karak dan nak ke ILP semula, kita boleh masuk ke
Lebuhraya melalui susur masuk berhadapan MRSM Bentong nie juga dan perlu buat
pusingan ‘U’ yang disediakan lebih kurang 500m dari susur masuk nie. Korang
faham tak nie? Kalau tak faham pun, korang takkan sesat sebab jalan dalam Pekan
Bentong tak banyak.
Cuma saya
nasihatkan jangan cuba guna jalan lama yang ke Janda Baik di sebelah kiri susur
keluar tue sudah....kerana ia mengundang keseraman tahap tinggi. Agaknya jalan
lama tue la, pengarah filem atau drama seram gunakan sebagai tempat shooting
mereka. Saya cakap nie berdasarkan pengalaman en husband menggunakan jalan nie
ketika balik dari menghantar saya ke ILP. Beliau dah tak ada kerja, jadi
kononnya nak explore la tempat dan jalan-jalan kat kawasan nie. Beliau pun
drive la sesorang melalui jalan nie.
Waktu tue pagi
lagi dan beliau dengan senang hati buka cermin kereta untuk ambil udara sejuk
dan segar. Kiri kanan jalan memang hutan dan bukit bukaula. Rumah sebiji pun
tak ada. Apatah lagi gerai atau kedai-kedai tepi jalankan. Jalan nie macam dah
lama dan tak diselenggara, berlubang sana sini dan sempit. Kereta pun tak ada
yang selisih. Sampaila tengah-tengah jalan, beliau rasa sangat sunyi dengan
bunyi desiran ntah apa-apa, monyet pulak ada di mana-mana. Alamak! Baru beliau
rasa takut. Nak patah balik, macam dah sangat jauh jadi beliau tetap teruskan
perjalanan. Terus tutup cermin tingkap takut-takut si nyet and the gang masuk
dalam kereta dan jadi passangers...ha..tak dapat bayangkan! (saya plak yang
takut lebih...huhu).
Saya menginap di Hotel
Kristal, Hotel ni terletak di belakang bangunan KFC. Bilik yang saya ambil nie
RM76/malam. Bagi yang rancang nak ke Hotel Colmar dan Japanese Garden dan tak
nak tinggal kat Hotel Colmar yang agak mahal tu, boleh pilih hotel nie. Bawak
anak-anak pun ok. Kalau nak save budget, bilik nie boleh muat dua helai toto. Sangat
luas dan selesa cuma tak ada bath tub dan breakfast. Tv astro, wifi, water
hitler dan peti sejuk pun ada.
Pekan Bentong ni tak la besar mana tapi banyak kemudahan ada di sini. Ada sebuah shopping compleks, shell (saya & en husband pelanggan tetap stesyen minyak nie, jadi tak perlu cari jauh-jauh), maybank, tabung haji, secret recipe, KFC, pasar besar, farmasi, hospital dan bangunan-bangunan pejabat kerajaan.
![]() |
Gambar atas : Jalan utama di dalam Pekan Bentong Gambar bawah kiri : Ikan Patin Masak Asam Pedas sangat sedap Gambar bawah kanan : MRSM Bentong |
![]() |
Gambar atas : Pasar Besar dan Maybank Gambar bawah : Shell bersebelahan shopping compleks |
Sekian.
6 ulasan:
salam kenal mimi.
sebelum ni akk tak makan ikan fatin.tapi selepas makan sekali diRnR bentung klo x silap..terus suka mkn. di katakan ikan fatin elok dimakan wat cuci buah pinggang..
terima kasih kak Yon.
Balik pada Bukit Tinggi hari tue, saya dah google cari resepi dan try masak.Cuma beza dekat Kedah nie ikan beli dekat TESCO (ikan sangkar) jadi tak manis sgt mcm ikan di Pahang yang fresh dari sungai.
Salam sejahtera
Saya sekeluarga nak pergi melawat Colmar dan Bentong pada cuti sekolah akan datang. Saya tengah pilih hotel, samada Hotel Grand Bentong ataupun Kristal Hotel.
Saudari rasa puas tak dengan kebersihan dan keadaan Hotel Kristal? Terima kasih.
Salam Perkenalan KL Girl..
Pada saya,kebersihan dan keadaan hotel tue bersih. Saya pun memang allert dengan bab-bab kebersihan nie. :)
saya mencari hotel yg dekat dengan stesen bas bentong... boleh cadangkan mana2 hotel....
hotel ni jauh x dari mrsm bentong? agak2 masa perjalanan berapa lama?
Catat Ulasan