Khamis, 14 Mac 2013

Bila Aleesya kurang selera makan

Assalamualaikum

Nie nak cerita tentang cik booolaaat tue iaitu si Aleesya. Saya naik risau dengan si Aleesya nie. Hampir dua minggu susah minum susu dan makan nasi @ moi. Sejak ada empat batang gigi nie Aleesya dah tak minat nak makan moi. Kalau suap moi dalam mulut, mesti dia buang moi dalam mulut tue dengan tangan atas lantai. Kalau kita dok sedap makan nasi, tangan dia cepat jer nak ambil nasi dalam tangan atau pinggan kita. Kadang-kadang saya suap juga nasi dengan lauk ikan @ ayam pada Aleesya.

Tapi perangai barunya nie, kita suap dalam mulut dia, dia akan keluarkan semula makanan tue dan makan balik. Kononnya nak makan sendiri la (tak sedar diri tu kecik lagi...huhu). Saya boleh bagi Aleesya makan sendiri tapi takut lepas tu, saya yang teruk kena sapu dan lap lantai”. Oh TIDAK! Jangan ambil risiko itu.

tepuk amai-amai
belalang kupu-kupu
tepuk Aleesya pandai
ibu upah susu....la la la la
Perangai baru si Aleesya ni buat saya teringat Si Amani masa besar Aleesya dulu. Perangainya lebih kurang Aleesya tapi sedikit pengotor dari Aleesya. Bila kita suap makanan, dia akan keluarkan balik makanan tu atas lantai. Lepas tu dia akan makan balik makanan atas lantai tue. Eeeeiiiii! Pengotor si Amani nie. Puas dah saya dan en husband cakap dekat Amani tak baik buat macam tu, nanti kotor, sakit mulut, Tuhan marah orang pengotor nie, orang tak nak kawan dan macam-macam la nasihat. Memang tak makan nasihat, kita marah ke tampar (tampar manja jer) tetap tak jalan juga, dia kan jenis tak makan saman. Cakapla apa pun. Ada dia kesah?.....Penat cakap jer dengan cek mek nie.
Elok-elok Aleesya main ngan patung tue, Amani 'rampas' dari Aleesya. Sib baikla Aleesya dah biasa dengan perangai kakaknyayang 'ganas' nie. Aleesya pasrah!
Berbalik pada cerita tadi, Aleesya dah kurang selera makan. Dia baru je baik selsema dan sakit tekak (jadi biji-biji putih dalam tekak). Dua kali ambil ubat, dua kali juga ubat habis makan, tak kan tak lega lagi. Ini yang buat saya dan en husband konfius! Selsema tue macam dah baik tapi bila dia tak nak makan dan minum susu, itu yang buat kami musykil. Takkan nak jumpa doktor lagi. Kalau jumpa pun, dah tahu doktor cakap apa. “mommy, jangan bagi baby kutip makanan atas lantai ye, mommy. Makanan yang dikutip tue ada kuman dan menyebabkan tekak baby jadi puitih-putih”. Mmm pastu doktor tue pun bagi ubat radang dengan probiotik @ prebiotik. Dah tentu melayang duit abah RM 50 – RM 60. Tapi abah tak kisah duit yang terbang melayang-layang tue, tapi tak nak la ajar Aleesya makan banyak sangat ubat. Berterusan plak tue. Tak bagus untuk baby sebesar Aleesya makan ubat banyak-banyak.

Bila terjaga malam, biasanya Aleesya akan minum susu dua kali. Dalam pukul 1 pagi dan 6 pagi. Tapi sekarang kalau dia jaga pukul 1 pagi dia merengek ja. Mata pejam tapi mulut bunyi. Bila bagi susu, mulut tutup rapat. Tangan tolak botol susu. Muka pusing sana – sini sampai susu terpercik ke muka. Mmmm....ibu ngan abah tak tahu dah nak pujuk ke nak marah kat Aleesya nie. Pujuk tak nak minum, marah lagilah tak nak minum.

Agaknya saya dan en husband kena jumpa Pak Ali pulak untuk buat air tawar bagi Aleesya selera makan. Pak Ali nie bukan bohmoh ye cuma dia ada ilmu sikit dalam perubatan Islam nie. Jadi adala ayat-ayat Al-Quran yang dia baca di dalam air untuk menarik selera makan kanak-kanak macam Aleesya nie. Kita cuma berusaha, Allah yang akan tentukan.  Mmmm mudah-mudahan. Tapi bila ye nak jumpa Pak Ali? Petang esok en husband kerja, jadi kenala tunggu masa en husband free.

Tiada ulasan:

Entri Popular