Khamis, 3 Oktober 2013

Kerana buku Aulad lembuuuuu...

 Assalamualaikum

Balik sekolah petang tadi, Yasmin sibuk bercerita tentang Buku Aulad. Mulanya cerita tentang "di sekolah Min ada buku Aulad lembu...." Panjang jer nada Aulad lembu tue.

"tadi kawan Min nak beli buku Aulad lembuuu...pastu dia minta kat abah dia duit....
Kena bagi kat cikgu, nanti dapatla buku Aulad lembu tue" (wah cerita kemain. Ini kisah benar ke, kisah yang direka-reka ni? Pandai betul Min susun ayat nak mengayat abahkan! :b)

Mula-mula dengar dia cakap kat en husband. kemudian tak ada respon. Dia datang plak dekat saya cerita lagi benda yang sama. Walhal masa dia cerita dekat en husband, saya pun dengar. Ok, dengar jer la sekali lagi. 
"tadi kawan Min nak beli buku Aulad lembuuu...pastu dia minta kat abah dia duit....
Kena bagi kat cikgu, nanti dapatla buku Aulad lembu tue. Kena mintak duit kat abah. Kalau abah bagi duit, bagi kat cikgu. Nanti cikgu bagila buku Aulad lembu tue" 


"mmmm ari tu bukan Min dah beli ker?"
"Bukan yang tue, nie buku baru. Kalau beli nanti, Min boleh buat kat rumah. Ada lembuuuuu." Cakap pun dah melentok-lentok nada suara. Pandai no nak ambik hati kita supaya belikan buku aulad baru.

"tak payahla.....ari tue beli dah..."
"nakkkk.........aritu biri-biri, yang nie ada aulad lembu..."

Lepas dia dah habis cakap, saya pun cakap dengan nada berbisik "Min nak ker?". Meleret senyum! "nakkkkkk....." Nada berbisik jugak. Mmmmmm....suka la tue.. Dah pandai mintak duit beli barang. Kisah kat atas tue, ntah betul, ntah tidak. Mungkin cikgu cakap "sapa nak buku Aulad kena minta duit dekat abah" atau dia dah pandai buat ayat ala-ala kisah benar macam kat atas tue untuk dapatkan sesuatu. 

Mmmmm...tak kisahla janji Min dah tahu kalau nak barang, kena ada duit. Nak duit kena minta dengan abah atau ibu. Kalau ibu @ abah tak bagi duit, maknanya tak dapatla beli buku aulad tue nanti. Hari nie dia dah belajar sesuatu yang baru. Selalunya kalau pergi supermarket, dia nampak jer barang yang dia nak terus mintak "nak tu...nak nie.....nak tue....nak nie....". Kalau kita cakap "tak payahla/ada duit ker nak beli?/ibu tak da duit..." dia buat don't know jer. Yang pasti kalau tak dapat barang yang dia nak tue, dia akan menangis takpun tarik muka masam dan buat perangai. Jadi nak tak nak kita terpaksa beli atau Min kena marah. Kalau kena marah, alamatnya dari supermarket hingga ke rumah muka mencuka. Dalam kereta buat perangai, lepas tue kena bebel panjang dengan abah....(abah jer suka bebel panjang, ibu taaaaak.....Nanti ibu pun sakit telinga dengar abah bebel panjang. Macam nak letak cotton buds jer dalam lubang telinga. Huhu)

Kerana buku Aulad lembu, min dah belajar sesuatu. Ok, lah sebab min pandai pujuk, buat plak ayat sedih yang kawan dia mintak dekat abah dia duit, plus tak buat perangai paksa-paksa ibu @ abah belikan, nanti ibu mintak abah (dah ayat pun mintak duit abahkan....jadi kena la mintak jugak2 dengan abahkan...hahaha) bagi duit pada Min untuk beri pada cikgu belikan buku aulad lembu tuh! :)

3 princess nie tengah menikmati aiskrim coklat di atas buaian di ruang dapur yang baru. Next entri nanti kita cerita tentang ruang dapur baru tue ek. 

Ok, lah korang Gud Nite!

Tiada ulasan:

Entri Popular