Jumaat, 11 Oktober 2013

Nasi ayam pahit...

Assalamualaikum

Hai korang...harap-harap korang semua sihat dan ceria-ceria selalu. Mmm...Yasmin dan Aleesya tak berapa sihat minggu nie. Mulanya Yasmin yang demam, lepas tue berjangkit plak dekat Aleesya. Hari Rabu lepas, cikgu kelas Yasmin telefon en husband minta ambil Yasmin balik ke rumah sebab Yasmin demam. Saya pun ada dapat miss call dari An-Najjah. Masa tue saya ada discussion dengan Tuan Pengarah, jadi handset tue saya tinggal di meja. Bila habis discuss dan balik ke meja baru saya nampak ada miss call dari An-Najjah dan en husband. Terus saya call en husband, rupanya en husband dah ambil Min di sekolah dan on the way balik rumah. Mmm nasib baikla en husband jenis usung handset dalam poket seluar dan kebentulan dia ada di opis. Buatnya dia keluar operasi atau pergi check pesakit TB, tak pasal-pasal saya kena marah dengan en husband sebab letak handset merata-rata. Kesian juga pada Yasmin sebab terpaksa tunggu lama-lama di sekolah. Huhu (ME! - Harus angkat tangan dan berjanji mulai saat ini akan usung handset ke mana-mana saya pergi sekali pun ke dalam toilet. Huhu) 

Hari Khamis, saya terpaksa cuti untuk bawa Yasmin ke klinik. Dalam kepala nie banyak kerja nak kena settle di opis sebelum cuti hujung minggu nie. Tapi memang tak dapat la buat 2 kerja dalam satu masa. Kerja opis terpaksa la saya minta tolong pada kekawan di opis untuk settlekan. Masa bawa Yasmin ke klinik, Yasmin dah menggigil-gigil sejuk. Sejam jugak menunggu giliran berjumpa doktor. Bila check jer suhu badan, bacaan termometer tue mencecah 40.4 darjah celcius. Giler tinggi. Tak pernah-pernah suhu Yasmin mencecah hingga ke 40 darjah celcius. Bila dah bacaan tinggi sangat, comfirmla doktor masukkan ubat ke p_ngg_ng. Mmmm nasib baiklah Yasmin tak nangis cuma dia malu jer dengan doktor tue. Yasmin dah makin besar sekarang dan tahu apa itu malu. :). Jadi balik ke rumah, 24 jam kena pastikan Yasmin di jelum supaya suhu badannya cepat turun. Selalunya saya jelum dengan air suam + bunga raya merah @ asam jawa. Cara nie adalah petua orang tua-tua untuk cepatkan suhu badan turun. Selalunya menjadilah. Doktor pun nasihatkan saya jelum dengan letakkan air di bahagian kepala, leher dan ketiak yang bucuk macam tue. Katanya bahagian nie kulitnya nipis dan memudahkan air diserap ke dalam badan. 

Malam semalam, saya plak yang dijaga oleh en husband. Huhu. Tetiba lepas maghrib saya rasa berat kepala dan letih. Bila check BP, rupanya BP saya rendah giler iaitu 87/51. 1st time bacaan bawah sangat rendah hingga 51. Patutla rasa cam nak tidur jer. 

Pagi nie, Yasmin dah macam sihat sikit, saya pun dah ok. Jadi tengahari tue terajinla nak masak nasi ayam. Lagipun anak-anak saya memang suka makan nasi ayam yang saya masak. Maunya bertambah-tambah nasinya (budget sedap la tue..hahaha). 

 Sebelum makan, Amani jadi ustazah hari nie. Dia yang bacakan doa makan. Tapi orang sapu muka dengan sopan santunnya. Dia dah macam nak tempek bedak sejuk ke muka. Mmmm apa-apalah Amani.

 Rupa nasi ayam hari nie. Rasa macam ada yang kurang tapi makan dululah tengok apa rasanya.


 Berselera betul tengok Aleesya makan. Bertambah jugak si booolaaaat nie (sekarang dah tak berapa nak boooolaaaat dahkan! Main lebih, badan pun dah tak booolaaat dah. Huhu)

 Rindu dekat OLYMPUS yang mungkin dah sampai KL untuk dibaiki. Sekarang kena pinjam SAMSUNG  en husband tapi gambar dari OLYMPUS jugak yang terbaek! :) Cantik dan clear.

Mmmmm...betul memang ada yang terkurang dalam masakan hari nie. Sambal nasi ayam macam pahit. Kenapa ek? Bila pikir-pikir balik, rupanya saya terlupa buang biji limau masa blender tadi. Patutla pahit!
Lepas makan, en husband keluar solat Jumaat, saya terus landing tilam sebab rasa kepala pusing lagi dan BP naik sikit ke 87/53. Anak-anak saya biarkan buat aktiviti sendiri. Makan dah kenyang kalau ngantuk, masing-masing pandai-pandaila cari bantal. :)

 Minah nie, memang susahla nak lelap mata. Kalau letih sangat-sangat baru nak tidur. Kalau tidur pun sekejap jer, dalam kepala tue asyik teringat nak main jer. Yasmin dah tak demam tapi still kena makan antibiotik, ubat batuk dan ubat demam sampai betul-betul suhu badan kembali kepada bacaan normal iaitu 37.5 darjah celcius ke bawah. Dia memang tak lekang la dengan buku dan pensel warna. Deman ke tak ke, berkepit jer dengan buku. Bagusla tue, harap-harap sampai ke besar macam tue. Rajin belajar! :)

Aleesya dah lelap dalam buaian. Pagi tadi bangun awal, jadi kena susu sebotol, pegang kain bucuk tue + kipas angin = lena dengan nyenyaknya. :)

Ok, lah cukup untuk hari nie, kepala dah pusing balik nie. Nak landing balik. OK, jumpa lagi. 
Semoga ceria-ceria selalu.
SMILE ALWAYS!

:)

Tiada ulasan:

Entri Popular