Khamis, 17 Januari 2013

~ Suprise birthday ke 31 ~

Assalamualaikum

Terharunya dapat hadiah kek birthday. Satu daripada en suami & satu lagi dari teman-teman baikku.. 

17.01.2013 ~ Hari lahir saya yang ke 31. Mmm dah makin lanjut usia rupanya. Huhu..Tengahari tadi first time saya buat pemeriksaan kesihatan untuk tahu tahap kesihatan saya menjelang umur 30an nie. Itu pun secara kebetulan sebab Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia anjurkan pemeriksaan secara percuma untuk kakitangan kerajaan di tingkat 12, Bangunan Sultan Abdul Halim (jabatan saya di tingkat 10, jadi panjat 2 tingkat tangga sampaila kat bilik pemeriksaan tue). Dah la free dekat plak tue. Rugilah kalau sesape yang tak pergi check tue. Pemeriksaan kesihatan tue meliputi lima benda iaitu:

1. Pemeriksaan Body Mass Index (BMI)
2. Pemeriksaan Tekanan Darah
3. Pemeriksaan Urine
4. Pemeriksaan Diabetes pada darah
5. Pemeriksaan kolesterol dalam darah

Hasil pemeriksaan tue, semuanya normal cuma kadar kolesterol saya agak tinggi iaitu 5.95mmol. Sepatutnya kadar kolesterol seseorang adalah 5.17mmol. Jadi saya dinasihatkan supaya makan OAT, elakkan makan makanan laut, telur kuning, organ dalaman haiwan, daging dan durian. Digalakkan supaya pemeriksaan seterusnya dilakukan 3 bulan lagi untuk tengok kadar kolesterol saya sama ada masih tinggi atau kembali normal.

Hari ni balik awal bagi jabatan di sebelah utara tanahair iaitu jam 3.30 petang. Sebelum balik, saya di’suprise’ kan oleh kengkawan saya. Mereka hadiahkan sebiji kek birthday. Sangat terharu dengan ingatan tulus kengkawan semua. Terima kasih semua. Mmmuahhh!

Sesampai je di rumah sekali lagi saya di’suprise’kan dengan lagi sebiji kek oleh en suami dan Yasmin. Terharu sekali lagi. Terima kasih sayang...juga untuk anak-anak ibu.
happy birthday to me...heheh


En suami belanja makan di Hotel Star City. First time saya makan kat restoran hotel nie

Yasmin! senyum sikit-sikit udah ler. nie senyum sampai mata pun tak nampak.




Chicken chop, sardin role dan ........ carbonara. (Sorry tak hengat nama penuh makanan tadi). Sedap tapi harganya agak mahal. Tapi sebab orang belanja, ok la kan. huhu
En suami : " this simple wishes come straight from my heart, and is filled with more love than you could ever imagine. HAVE A LOVELY BIRTHDAY!"
me : Terima kasih sayang for ur attentions & love.  i'm really appreciate it! mmmuaah

Dah kenyang, layan bergambar la pulak depan Star City. 
Amani kat belakang tue bukan merajuk tapi ngada-ngada jer berlakon monyok camtue...tak dan seminit posing camtue dah lari-lari keliling parking tue... 
~ Polka dot girls with my heroes & my booolat girl ~














Terima kasih sudi membaca entri ini. PEACE J








Tiada ulasan:

Entri Popular