Selasa, 15 Januari 2013

~ Cetus kreativiti dengan Adobe ~

Assalamualaikum

Minggu ni saya agak sibuk sebab hari Ahad dan Isnin ada Kursus Aplikasi Grafik. Kursus nie memang best sebab software yang di ajar adalah software yang amat saya nanti-nantikan untuk belajar. Sebelum nie saya belajar Adobe Photoshop melalui laman web ilmugrafis.com (itu pun dalam bahasa Indonesia). Agak susah juga bila belajar sendiri nie sebab kalau ada part yang tak faham tak boleh tanya direct. Kena fikir sendiri sampai dapat. Kalau tak dapat fikir, alamatnya tinggalkan je la part yang tak boleh buat tue.

Kursus nie di kendalikan oleh pegawai di pejabat saya, YM Raja Shamsul Nizam. Dalam kursus nie barulah saya tahu rupanya software Adobe Photoshop, Illustrator dan In Design adalah graphic design software yang saling melengkapi. Adobe Photoshop lebih sesuai digunakan untuk meng’edit’ gambar. Adobe Illustrator memudahkan kita mencipta poster, banner, kad, cover buku @ majalah dan lain-lain. In Design pulak memudahkan kita membuat buletin, laporan, majalah dan buku. Biasanya surat khabar dan majalah oleh Karangkraf pun dihasilkan dengan menggunakan gabungan ketiga-tiga software nie.

sebelum cikgu masuk baik kita posing dulu..cik tudung biru tue yeyeooo je pegang mouse. Buat kerja ke nak bukak fb... 
Khusyuk dengar taklimat. Sebelah kanan depan pc yang sama gambar kat screen tue cikgu yang mengajar ari tue. Cikgu nie memang sempoi. Klik-klik je mouse, design yang terhasil memang cantik dan wow!.. saya ngan kekawan lain merangkak-rangkak cari tools lepas tue fikir panjang nak buat design apa..huhu


Masa dua hari untuk kursus nie memang tak cukup sebab banyak tools yang masih belum dapat di explore dan dipelajari. Walaubagaimanapun, pengetahuan asas yang di ajar dapat dimanfaatkan sepenuhnya selepas kursus nie. Yang penting ada kemahuan, kerajinan dan kesabaran dalam mencari ilmu. Ilmu grafik nie bukan hanya perlu tahu cara menggunakan software yang ada tapi perlu ada seni dan kreativiti dalam menghasilkan sesuatu produk yang kita inginkan.

Inilah hasil cover buletin saya...cantik tak? 

Terima kasih sudi meluangkan masa membaca entri ini. J

Tiada ulasan:

Entri Popular