Khamis, 17 Januari 2013

~ Probiotik VS Prebiotik ~


Assalamualaikum

Dah beberapa hari Aleesya tak boleh tidur malam. Ingatkan dia nak buas (nak merangkak, panjat sana panjat sini) jadi waktu untuk tidur pun dia dah confius. Tidur dalam buaian pun nangis, angkat letak atas katil pun nangis.

Saya jadi pelik juga dengan Aleesya nie. Selalu pantang suap moi dan biskut+susu+air mesti makan banyak. Tapi kali nie makan sikit je lepas tue baki yang lain kakak-kakaknya yang habiskan.

Bila minum susu biasanya 4oz tue habis. Tak sempat tunggu 2 jam dah mintak lagi. Tapi kali nie bila minum susu, mesti susu keluar sikit daripada mulut. Saya rasa Aleesya sakit mulut. Sebelum nie Aleesya demam, saya tak bawa pergi check doktor sebab ubat demam dia yang sebelum nie masih ada. Jadi saya bagi je dia makan ubat tu. Lega demam tapi seleranya kurang.

Semalam saya dan en suami bawa Aleesya ke klinik. Of course kakak-kakaknya pun ikut sama. Sementara menunggu giliran untuk masuk bilik doktor, sempatlah dua orang princess nie main dekat ‘playground’ Klinik Precious nie. Klinik Precious ni adalah klinik pakar kanak-kanak. Dari Yasmin hingga Aleesya, kalau demam atau tak sihat memang HARUS pergi check kat klinik nie. Klinik ni dah jadi klinik panel anak-anak saya. Doktor Ang tue pun dah kenal kami anak-beranak.


sambil menunggu giliran, sempatla Yasmin & Amani main 'playground' dalam klinik.





Bila jadi klinik panel nie mudahlah sikit bagi saya sebab doktor dah ada kronologi penyakit dan ubat untuk setiap princess-princess saya. Terutamanya Probiotik dan Prebiotik.

Apa itu probiotik dan prebiotik?


Probiotik adalah makanan yang mengandung bakteria hidup. Kelebihan probiotik ialah meningkatkan sistem imun badan, usus mudah mencerna makanan dan cepat menyembuhkan penyakit. Makanan probiotik boleh ditemui dalam yogurt, keju, mentega, sari buah-buahan dan susu formula yang difortikasi dengan bakteria asid laktik.

Manakala prebiotik adalah makanan yang dapat meningkatkan kesihatan dengan merangsang pertumbuhan atau aktiviti dari bakteria-bakteria baik yang ada di dalam usus. Makanan probiotik pulak boleh ditemui dalam biji-bijian, sayuran dan buah-buahan. Selain itu, tempe, tauhu dan taucu juga kaya dengan prebiotik.

Untuk tahu lebih lanjut, rajin-rajinlah google ye. Saya tak sempat nak google yang lain. Huhu... tapi yang saya faham probiotik dan prebiotik nie perlu dimakan berselang seli. Maksudnya kalau first time doktor dah bagi probiotik, nanti second time doktor akan tukar ke prebiotik pulak.

Berbalik kepada cerita Aleesya. Rupanya Aleesya kena ulser kat tekak. Macam ada nanah sikit warna putih. Sian Aleesya...patutlah tak boleh tidur. Rupanya tahan sakit...
  
Semalam doktor bagi tiga jenis ubat termasuk probiotik.
Alhamdulillah, dah makan ubat yang doktor bagi nie semalam Aleesya dah boleh tidur. Hanya jaga dua kali untuk minum susu. Mmmm....sian anak ibu...mmmuahh




Terima kasih sudi membaca entri ini. J

Tiada ulasan:

Entri Popular