Jumaat, 25 Januari 2013

~ Amani di RIX HAIR SALON ~

Assalamualaikum

Petang tadi Amani terpaksa ‘korban’kan rambut di kedai gunting depan taman perumahan saya. Rambut depannya dah mencecah mata. Sebelum nie akibat rambut depan terlalu panjang dan selalu masuk ke dalam mata menyebabkan mata Amani merah, bengkak dan gatal. Saya ingatkan mata Amani ketumbit rupanya bila pergi klinik mata, doktor nasihatkan supaya rambut depan Amani perlu sentiasa dipendekkan supaya kejadian yang sama tidak berulang.

Doktor mata tue cakap anak sebesar Amani memang suka menenyeh mata kalau rambut termasuk ke dalam mata. Itu menyebabkan kuman yang ada pada rambut masuk ke dalam mata dan mengakibatkan sakit mata. Jadi saya perlu pastikan rambut depan Amani sentiasa dipendekkan. Bila pergi kedai gunting takkan nak minta dia potong rambut depan sajakan. Sangat tak berbaloi nak bayarkan. Jadi terpaksalah korbankan rambut depan dan belakang. Macam mana nie? saya suka budak perempuan berambut panjang. Boleh ikat dan letak pelbagai reben dan hiasan rambut. Mmm..nampaknya tak dapetla...

Yasmin pun tak boleh simpan rambut panjang sebab sejak masuk sekolah nie, rambutnya pernah dijangkiti kutu. Habis rambut Amani pun kena. Biasanya bila dijangkiti kutu nie saya suka gunakan LICE CLEAR. Memang bagus untuk hilangkan kutu di kepala bagi kanak-kanak.

Rambut en suami pun dah panjang dan perlu digunting

Amani tak banyak karenah masa gunting rambut petang tadi. Dia diam jer bila letak atas kerusi kanak-kanak tue. Mudah bagi kerjasama kat kakak amoi tue. Mungkin dia tak nervous sebab sebelum turn Amani gunting rambut, abah dia dulu yang gunting. Jadi bila tengok abah steady jer, dia pun HARUS steady jugak. Ha baguslah BAPA BOREK ANAK RINTIK...muka pun sepesen abah je kan. Oklah tue. Hehe


Muka pun dah tak nampak dilitupi rambut 
Puas kakak amoi tue adjust kedudukan dia sebab Amani dah start pusing tengok Aleesya dengan abah. Min sebagai 'kaunselor' Amani supaya Amani tak bergerak lagi

Nasib baik rambut sebelah kanan dan kiri dah sama
Tara...ini bukan DORA EXPLORER tapi rambut baru Amani. Macam topi kaledar pun ada. Muahaha

Selesai sudah sesi mengunting rambut di RIX HAIR SALON. Thanks kakak amoi yang cute dan sporting.



Terima kasih sudi membaca entri ini. J

Tiada ulasan:

Entri Popular