Jumaat, 25 Oktober 2013

Taman Burung, Seberang Jaya

 Assalamualaikum

Korang pernah pergi Taman Burung dekat Seberang Jaya tue tak? Rupanya banyak burung yang dipamerkan terdiri dari pelbagai spesies di luar negara. Selain burung ada pelbagai jenis itik juga spesies dari luar negara. Memang kagumla tengok burung dan itik yang cantik-cantik dan jarang dapat dilihat di Malaysia. Usaha pengusaha Taman Burung nie membawa masuk pelbagai jenis burung dan itik untuk rakyat Malaysia lihat sendiri dan belajat tentang habitat haiwan ini sepatutnya dipuji sebab bukan mudah menyediakan tempat dan suasana seperti tempat asal binatang-binatang luar negara nie. Perlu kajian mendalam dan lindungan yang rapi.  

Jom kita tengok apa yang ada di Taman Burung nie. Bayaran masuk untuk dewasa ialah sebanyak RM18 dan kanak-kanak sebanyak RM 10. Mula-mula tue bila tengok harga tiket masuk nie rasa macam "mak aih! mahal giler" rasa macam nak patah balik jer. Tapi bila dah masuk dan pusing satu Taman Burung terasa berbaloi dengan harga yang dikenakan sebab Taman burung nie mengamalkan konsep terbuka dan mesra binatang. Kita boleh pegang (kalau beranila..hehe) dan sentuh binatang yang ada dalam Taman burung nie kecuali binatang yang ganas macam buaya dan ular. 

Tengok nie laluan dan sekitar sangkar burung, kemas dan bersih. Taman burung nie dijaga rapi dan sentiasa dibersihkan bagi memastikan semua haiwan peliharaan sihat dan terhindar dari segala penyakit. 

 Selain burung dan itik, buaya pun ada. Ini anak buaya. Ibu buaya ada dalam air tue. Sangat besar tapi tak dapat nak ambil gambar sebab air tue hitam dan gelap. Kelibat ibu buaya tue pun nampak sebab ia bergerak. Kalau tak bergerak, alamatnya bila kita terpijak dan buaya tue marah, baru perasan kita terpijak buaya. Ishhh! tak dapat bayangkan kalau buaya tue mengamuk. 

 Burung Kasawari

 Sangkar burung berkonsep 'open & friendly'
Kalau berani bolehla pegang burung kasawari tue. Tapi kami semua tak berani. Berani tengok dari jarak dekat jer. Hehe

 Burung unta. Panjang giler leher tue.

 Dah masuk dalam sangkar. Tapi semua burung dan binatang dalam nie lari bila nampak kami.
Habis cemana nak bergambar nie? Nak kena kejar ker? Huhu

 Bila kita dah jauh, barula ayam 'uuuuuhhh...uhhhh' nie datang. Tapi kali nie kami plak yang lari sebab nampak ayam nie macam 'ter'sangat berani jek..haha

 Cantikkan bulu dan warna itik nie. Mmmmm itik ke burung ek?...ntahhhh 

 Muka Amani tengah cover dari ketakutan tapi nak jugak bergambar dengan itik ke ayam tuh...haha


 Inilah bangau oh bangau! Hebat walaupun kaki ku panjang tapi kakiku boleh dibengkokkan sebegini. Kau bolehhh? Bersila pun boleh tau! Tapi disebabkan haku ini spesis wanita, jadi cara duduk begini namanya duduk bersimpuh..hokeeyyyy! 
hahahahahaha....
Ketawa lagi...macam kelakar plak tengok ke'teror'an bangai nie duduk bengkokkan kaki. Lenguhla kot berdiri lelama dengan kaki panjang. (Huh! ko tak baik ketawakan orang walaupun ia seekor binatang :b)


 Saper berani datanglah dekat....Meh nak patuk dekat hidung tue meh!
Saper nak bergambar kenangan dengan burung helang nie boleh berbuat demikian di kaunter yang disediakan. Lepas ambil gambar jangan lupa bayar di kaunter deh!


 Jauh pun tak berani, dekat pun tak berani. 
Baru jer tengok burung helang nie, dia dah jeling kita dengan matanya yang garang tue. Nak dekat pun takut, nak bergambar, apatah lagi kan! :)

 Itik hitam

 Comelkan 3 sekeluarga nie. 
Walaupun 'hantu' tapi comel. Jaga-jaga ada mata yang memerhati....Hehe

 Banyak betul bangau oh bangau yang cantik.

 Itik comel
Asal luar negara. Tak ingat negara mana banyak sangat.

 Tak tak apa nie? Kura-kura ok bukan penyu!

 Itik yang cantik

 Itik 


 Sangkar dan kolam itik yang besar dan diasingkan mengikut jenis itik

 Burung nuri kuning

 Burung nuri biru

 Burung nuri hijau. Banyak lagi jenis burung nuri, nak tengok kena pergilah sendiri ke Taman Burung nie. 



Burung Enggang

Enggang nenek kebayan (percaya ker? hehe)


Enggang pun banyak jenis. Bezanya dekat paruh dan bulu dan bentuk muka

Macam ayam tapi ini spesies burung



Ini namanya burung setiausaha. Setiausaha sangat sebab kakinya tak bergerak ke mana-mana. Setia sangat di tempat dia berdiri tue.

5 anak beranak. Jugak setia di atas sana tue!


Ini pun ada! Ular sawa

Mee udang Sungai Dua.
Lepas penat berjalan, sebelum balik Alor Setar, sempat singgah makan mee udang.

Ok, Bye-bye

1 ulasan:

Unknown berkata...

Pernah pegi taman burung ni masa kecik2 dulu. Tapi skrang dah tak pegi dah sbb tak ingat direction nak ke sana. Dari dulu pon memang dah bess. Sampai skrang masih lagi ada memori ke sana.

Entri Popular