Isnin, 9 September 2013

D'Samila Restaurant

Assalamualaikum

Dah lama rasanya kami sekeluarga tak makan di luar. Sejak habis Syawal nie, balik kerja selalunya en husband dah beli siap-siap makanan untuk makan malam. Petang tadi terasa nak makan dan bawa anak-anak ambil angin luar. Jadi asalnya cadang nak ke kedai makan yang biasa kami pergi iaitu Restoranku. Tapi malangnya hari nie, kedai makan feveret nie tutup. Mmmmm tak ada pilihan lain kami pun berpatah balik ke D' Samila Restaurat di Jalan Kuala Kedah. 

Makanan di restaurant nie biasa-biasa jer sebenarnya di tekak saya. Tapi memandangkan ada pondok-pondok kecil yang budak-budak nie suka duduk, jadi restoran nie jadi pilihan saya dan en husband untuk bawak anak-anak makan. 
 Lama jugakla kami tak datang ke restoran nie. Aleesya pun 1st time datang ke restoran nie. Maknanya dah 1 tahun lebih kami tak datang makan kat sini walaupun dekat jer dengan rumah. :) Yang bestnya, Min masih boleh ingat waktu last dia datang sini masa kecik-kecik dulu. Masuk jer kereta dalam parking kedai, saya dan en husband dengar Min cakap "Min ingat kat sini. Dulu Min mai Min pakai tocang dua macam kucing warna pink (ikat rambut dua)"
Saya dan en husband macam terkejut jugak. Eh! betulla Min cakap. Hebat la Min nie sebab boleh ingat mana dia pergi waktu kecik-kecik dulu. masa tue umur min dalam 3 tahun lebih. :)

 Bila search gambar-gambar lama dalam handset saya, saya terjumpa gambar nie. Kedai yang sama. Waktu nie Min umur 3 tahun lebih dan Amani setahun lebih. Baya Aleesya hari nie. Tengok badan pun lebih kurang badan Aleesya. Mungkin Amani chubby lagi...

Betulkan cakap Min. Min ikat tocang dua dengan getah warna pink.
Tajam tul ingatan budak-budak baya Min nie. Jadi saya buat kesimpulan, waktu anak-anak membesar dari umur 2 tahun ke atas kita sebagai ibu bapa perlu berhati-hati dengan setiap tutur kata dan tingkah laku kita kerana apa yang mereka lihat dan alami, itulah yang mereka akan ingat sampai dewasa. Bahaya nie. Hehe. Lepas nie nampak gayanya kalau saya nak bergosip dengan en husband kenala bisik-bisik jer @ pastikan 3 princess nie tidur dulu, baru boleh bergosip. Haha....



 Berebut la Min dengan Mani bila air sirap tiga layer nie sampai di meja. Nak order sorang satu air ais takut masing-masing batuk. Jadi biarla sikit asalkan boleh rasa dan tak batuk. 3 princess nie pantang dengan ais, kalau terlebih minum ais, alamatnya tak payah tunggu esok, malam tue pasti tak boleh tidur sebab kering tekak dan batuk. 

 Menu simple yang di order. Ayam masak merah, telur dadar dan tom yam. Tom yam ayam tue memang gerenti licin. Memang feveret saya dan en husband.

 Aleesya pun tak sabar nak makan nasi. Sejak lepas raya nie, saya tengok 3 princess nie memang kuat makan. Lepas makan, makan. Kalau sebungkus roti gardener saiz kecik tue letak dekat rumah, 2 hari langsai. Lepas makan roti gardener letak jem, mintak pulak air milo cicah roti kering @ roti 4 segi.
Suka sebenarnya tengok anak-anak suka makan. Sebab kadang-kadang ibu bapa nie selalu risau kalau anak tak nak makan @ susah benor nak suruh makan. Siap kena cari vitamin untuk tambah selera makan. Tapi ada juga yang tak bestnya, bila dah kerap sangat makan, kerap jugakla air @ makanan tumpah sana sini. Jadi kenala kerap mengelap, mengemas, mencuci cawan dan pastikan baju @ seluar 3 princess nie bersih dari sisa-sisa makanan. Itu belum kira baju @ seluar basah akibat cuci tangan dan mulut di sinki bilik air. Mmmm...banyak betulla 'maintenance' yang perlu dijaga dan diselenggara bila ada anak-anak masih kecik nie. :b

 Amani pun tak sabar nak makan. Dah pandai ceduk lauk sendiri.

 Aleesya pun makan sendiri. Siannya anak ibu nie, macam lapar sehari tak makan. Huhu

Mmmm...jom la korang, kita menjamu selera. Sedap nih. Perut pun asyik lapar jer memanjang hari nie. Walhal tengahari tadi saya dah makan nasi ayam sepinggan. Petang perut berbunyi lagi. Ok lah, lain kali kita cerita lagi. Saya nak melayan perut saya yang tak sabar dah nak makan nie. En husband lagi laaaaa....perut lapar dah tak hengat orang dah....Cer tengok pinggan yang paling depan tue, dah penuh dengan lauk. Ha...pinggan milik en husband la tue. Pinggan saya, nasi masih putih lagi. Lambat cedok lauk, alamatnya makan nasi saja la nanti. Lauk sume tue dapat kat en husband. Bab-bab makan nie, harus berebut-rebut dengan en husband (SEE!....gelojoh giler kan depan rezeki pun nak berebut. Tak baik tul. Cemana nak tunjukkan teladan yang baik pada anak-anak nih! :b)

Tiada ulasan:

Entri Popular