Isnin, 2 September 2013

Nasi lemak kot!

Assalamualaikum

Tetiba dua tiga minggu nie mood berblog berkurangan. Rajin baca penulisan blog orang hari-hari. Tapi untuk pinjamkan jari-jemari runcingku untuk menaip di lappy macam tak ada kekuatan dan semangat. Kenapa ek? tetiba jadi macam BLUR....walhal macam-macam aktiviti dah dilalui minggu nie.:(

Hari nie saya MC. Sebab sakit belakang dan sengal-sengal badan. Dah banyak hari terasa sengal satu badan. Tapi malas nak layan, saya buat tak tahu jer la. Hinggala semalam saya tak dapat tidur semalaman sebab tak tahu nak duduk dan tidur posisi macam mana. Sakit pinggang dan belakang. Pusing kiri, sedap jer si Aleesya tidur, pusing kanan tengok en husband, Yasmin dan Amani lena dah sampai mana-mana perginya.

Ingatkan tersilap makan rupanya doktor nasihatkan saya melakukan kerja-kerja dengan postur badan yang betul. Contohnya, bila nak angkat benda berat kena duduk bertinggung dan angkat benda tersebut perlahan-lahan. Anak-anak yang dah besar jangan di dukung, biar berjalan sendiri. Yang ini memang hari-hari kena buat. Asal hantar Amani dan Aleesya pagi-pagi ke rumah pengasuh, wajib saya dukung princess berdua tue dari kereta sampai  masuk dalam rumah. Kalau suruh turun sendiri dari kereta, alamatnya lewatla saya ke opis. Tambah-tambah lagi si Amani. Bila malam liat benor la nak tidur. Kul 10-11 malam baru nak tidur. Bila pagi kita kalut nak ke opis, dia tak bangun lagi. Jadi nak tak nak kena dukung masuk dalam kereta. 

Kalau angkat princess berdua nie memang WAJIB la saya bongkokkan badan dulu sebelum angkat bebudak nie kan! Jadi itu amalan yang SALAH sama sekali. Sebetulnya kena duduk bertinggung baru angkat bebudak nih! Cer tengok kasut plak. "mmm kasut bertumit macam nie memang tak elok untuk postur badan. Tapi memang nampak cantik bila pakai kasut bertumit. Lepas nie pergi cari kasut bertutup yang lembut dan tak ada TUMIT". "Nak duduk atas kerusi, kena tegakkan badan. Cari kerusi yang ada lengkung  ke depan sikit di bahagian pinggang. Kalau tak ada kerusi macam tue, letakkan bantal kecik di belakang  supaya tulang belakang  berada di kedudukan yang sama. Nak buat kerja atas meja, jangan bongkokkan  badan ke meja" (habis tue? camner nak tulis?). 

Nak mengadap komputer pun kena tegakkan badan. Alamak! banyak betulla cara yang saya amalkan tak betul (tapi saya rasa semua orang kot macam saya. Nak buat kerja camner kalau badan asyik tegak jer kan!.  Kalau nak 'gardening' ada cara yang betul untuk 'ber'gardening'. Oooooppppss!....macam mana doktor nie tahu saya suka berkebun? Takkan dia pernah baca blog saya kot...Ish! tidak...tidak... mungkin serkap jarang jer tu. Tapi lepas raya saya dah jarang ber'gardening' sangatla. Sebab memang rasa badan letih. Itulah pergi lagi jumpa doktor pakar urat dan saraf. Doktor tue dah start bagi ceramah tentang postur badan yang betul dan cara menjaga tulang belakang. Habis buku dan risalah tentang postur badan beliau bawak keluar tunjuk pada saya. Saya pun 'yaaa....yaaaa....yaaaaaa' jer la. 

Lebih baik 'yaaaa kan jer la'. Pinggang saya dah macam nak patah dah dengar doktor nie ceramah. Memang nak duduk atas kerusi lelama pun tak tahan. Rasa cam nak baring jer atas tilam yang empuk. Doktor pesan, balik nanti mandi air panas @ dapat berendam dalam air panas lagi bagus. Kalau tak pun guna tungku elektrik yang macam bantal tue di bahagian yang sakit. Air panas tue hari-hari kot saya mandi. Tungku elektrik tak ada tapi tungku tradisional yang besi berat untuk berpantang tue ada. Tapi memang tak rajinla nak bakar dan bertungku d bahagian yang sakit. Selesai ambil ubat dan dapat MC satu hari, saya ke BEBE beauty. Buat hot blanket. Biar toksin-toksin dalam badan keluar dan sedikit sebanyak dapat kurangkan sakit belakang. 1st time saya cuba hot blanket. Sekali buat 30 minit. Lebih kurang sauna cumanya sauna kena duduk sampai lenguh leher dan kepala. Hot blanket hanya perlu baring dalam blanket yang panas. Lebih santai dan rileks. Lebih kurang mandi air panas dan bertungku la kan! Selesai hot blanket barulah rasa sengal-sengal berkurang. Langkah seterusnya balik rumah makan ubat dan zzzzzzz......(cover tido semalam. huhu)

Ok, lah korang. Gambar hari nie tak ada, jadi tengok jerla gambar-gambar lepas yang tak sempat nak buat entri pun. 


 Hujung minggu lepas, teringin nak makan nasi lemak hasil air tangan sendiri. Selalu nasi lemak beli jer kat kedai. Sebab dah tahu dah kalau masak sendiri mesti bertambah-tambah makannya (budget macam masak sedap jer...huhu). Tak baguskan makan nasi lemak banyak-banyak sebab ianya bersantan dan kolesterol tinggi. Sekali sekala ok la kan!

 Yasmin tak makan ikan bilis, jadi dia pilih telur dan sambal jer

 Amani lagi la. nasi vs telur. Sambal tak nak sebab pedas katanya...

En husband macam biasa. Bab-bab makan tak hengat dooniaaaaa...huhu

Mmmmm korang....bagi pendapat sikit. Apa ek tajuk entri yang sesuai kali nie.

 BLUR! 

Tajuk 'Nasi lemak' ok kot?

:b

Tiada ulasan:

Entri Popular