Assalamualaikum
"Happy birthday to you!
Happy birthday to you...Happy birthday to abang/abahhhhhh...
Happy birthday to you!"
Yeaaa...clap your hand! Mmuaaahhh...
:b
Kelmarin birthday en husband yang ke-32 tahun - 17 September 2013.
Tak sempat nak sambut kelmarin sebab en husband sibuk dengan sambutan hari perpisahan bosnya. Jadi pagi-pagi sebelum keluar kerja, saya dah wish birthday pada en husband. Min...dua tiga hari sebelum tarikh birthday en husband dah wish. Ingat nak suprisekan birthday en husband tapi si Yasmin plak tak boleh nak simpan rahsia.
Sebelum Min tahu birthday en husband, saya pergi ambil Min di sekolah. Dalam kereta, saya cakap dekat Min yang birthday abah esok. Saja je tanya Min;
Sebelum Min tahu birthday en husband, saya pergi ambil Min di sekolah. Dalam kereta, saya cakap dekat Min yang birthday abah esok. Saja je tanya Min;
"Min nak bagi hadiah apa kat abah? Untuk birthday abah.."
Dia cakap "nak bagi hadiah baju kerja..seluar kerja....kasut....stoking...kopiah!" (TETIBA JER NAK BAGI KOPIAHKAN? Dah kenapa la budak nie dah elok-elok sebut satu set pakaian kerja tetiba ada kopiah. Takkan nak suruh abah pakai kopiah pergi kerja? Mmmmm camner tue ek?....)
"Min jangan cakap kat abah tau esok birthday abah" Pesan saya sebelum sampai rumah.
"mmmm...ok. Min tak bagitau pun..."
Ok..lega :)
Bila sampai rumah, nampak jer muka enn husband terus Min cakap "abah, nanti birthday abahkan....nanti Min beli baju kat abah..."(Berdesing jer telinga dengar. Grrrr baru kejap jer saya pesan jangan bagitau...jangaaaaan bagitau. Tup tup senang-senang jer dia pergi cakap...ADUS! memang kantoila tahun nie tak dapat nak suprisekan en husband.
"Grrrr!!! si Yasmin nie kan memang tak boleh simpan rahsia. Geram tul la budak nih!"
:b
Kek Cappucino By Fairy. Yasmin yang pilih kek nie. Kalau ikut saya, saya nak kek oreo cheese. Nampak lagi sedap. Tapi si Yasmin beria benor nak kek cappucino nie untuk birthday abah. Ambik jer lah.
Le Medina destinasi pilihan untuk celebration. Semua berebut nak potong kek dengan abah. :)
Aleesya pun tak sabar nak makan kek.
Tengok tue rupa muka Aleesya ketika marah!
Muka komplen (protes) sebab dapat kek lambat. Hahaha
Muka birthday boy yang happy dapat kek! Setahun sekali jer dapat kek.
i like :)
Ini muka komplen yang teruk-teruk punya. Mulut dah macam mulut itik. Jari lentok cantik jer ek dok mengarah. Dah macam mak tiri yang garang dan jahat. Mak tiri snow white nie..hehe
Marah sebab pinggan dah depan mata tapi kek tak dapat-dapat lagi. Tak sabar-sabar betul.
abah....sila jangan jelessssss. Ini birthday ibu. Jadi Min suap kek kat ibu sorang jek. Hehe
Suka suasana santai dalam cafe Le Medina nie. Cantik dan comel dengan deko ala inggeris.
Spagheti dan fresh orange nie saya punya tapi hanya dapat makan daging-daging tue jek. spagheti semuanya dah di 'beres'kan oleh 3 princess nie.
Mmmmm sedapnya makan....berjuntai-juntai spagheti dekat mulut. Nak makan sendiri macam Kak Mani dan Kak Min.
Pose istimewa saya dan Yasmin
Chicken chop menu en husband.
Pulun noouuu ler makan. Orang nak ambik gambar pun buat tak tahu jer.
"ada aku kesaahhhh"
Sebab lapar tak dapat makan spagheti, saya order plak carbonara. Tapi tak boleh habis sebab makan banyak-banyak macam muak. Sebab kuah susu kot!
Ruang nie pun cantikkan? Bolehlah nak berposing kejap kat ruang nie sebelum balik. :)
Ini kat luar cafe Le Medina. Ada tulisan Le Medina dan lukisan kartun. Budak-budak sukala macam nie.
Sambutan birthday en husband kali nie makan kat luar jer. Yang penting kami semua ingat 'abah dah makin tua' Hahaha
Semoga en husband beroleh kesihatan yang baik, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, sentiasa berjaya di dalam segala bidang yang diceburi. Ayang/anak-anak LUV U ABANG/ABAH. Mmmuaaahhh!
Kamu yang terbaik! HAPPY BIRTHDAY..
:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan