Isnin, 23 September 2013

Kena balik kampung!

Assalamualaikum

Korang sihat hari nie? Semoga kita semua sentiasa diberi kesihatan yang baik olehNya supaya kita dapat menjalankan pelbagai aktivti harian dengan mudah dan lancar. 

Bercerita mengenai kesihatan nie, sebenarnya husband kepada pengasuh Amamni dan Aleesya dalam keadaan tenat sekarang akibat komplikasi jantung dan umur yang kian meningkat. Di dalam umur 70-an, keterbatasan imun badan seseorang semakin kurang. Begitu jugak dengan husband pengasuh saya nie. Dua minggu lepas, beliau masih boleh berjalan, makan, bercakap dan membebel tentang kenakalan Amani kepada saya. Tapi sejak Jumaat lepas, beliau terbaring lesu di atas katil tanpa makan dan minum. 

Beliau tiba-tiba menjadi tenat hingga anak-anak, adik-beradik, sahabat taulan datang membacakan Yassin supaya dikuatkan semangat dan mudah untuknya melawan segala penyakit yang diberi olehNya. Sebelum beliau terbaring begitu, macam biasa beliau sering terjaga malam untuk ke bilik air. Biasanya makcik Kiah yang akan papah beliau ke bilik air. Tapi entah macammana minggu lepas, beliau terasa lembik dan tak berdaya untuk berjalan. Beliau jatuh di bilik air dan makcik Kiah berusaha untuk mengangkat beliau ke bilik semula sambil mengesot. Kebetulan waktu tu dah jam 1-2 pagi. Mak cik Kiah hanya tinggal berdua dengan husbandnya. Nak kejutkan jiran tetangga, mak cik Kiah tak sampai hati. Jadi mak cik Kiah sesorang yang uruskan husbandnya. Keesokkan pagi barulah mereka pergi ke hospital.

Balik dari hospital pun pakcik ok lagi tapi perlu dipakaikan pampers dan anak-anak belikan kerusi roda supaya memudahkan urusan untuk ke bilik air dan sebagainya. Tak sempat pun menggunakan kerusi roda tersebut, tiba-tiba pakcik tenat dan terbaring lesu.

Kelmarin, saya dan en husband melawat pak cik. Beliau masih boleh membuka mata dan kenal kami siapa. Melihat keadaan pak cik yang perlukan perhatian rapi, saya dan en husband ambil keputusan hantar anak-anak balik kampung. Mmmm tak pasti sampai bila anak-anak harus tinggal dengan tok dan wan di kampung. Atau dalam masa yang sama, kami perlu mencari pengasuh baru. Apa-apapun makcik Kiah belum bagi kata putus sama ada masih nak menjaga Amani dan Aleesya atau tak atau beliau nak 'bersara' dari mengasuh.

Untuk makcik Kiah, semoga mak cik kuat semangat dan tabah menempuh segala ketentuanNya. 

Sepanjang minggu ini juga, saya agak sibuk dengan pelbagai perkara. Gambar dah upload tapi tak sempat nak tekan keyboard untuk sebarang cerita. Banyak perkara perlu disettlekan minggu lepas dan minggu nie. Jadi korang rajin-rajinlah doakan supaya saya success dalam semua perkara yang saya lakukan. :)

Start malam nie, Amani dan Aleesya dah bermalam di rumah tok. Pagi tadi tok dan wan bawak mereka balik kampung. Rindu pada Aleesya....Amani juga.....Malam nie tinggal Min je yang akan menemani ibu. En husband keje malam nie. Jadi bertambah-tambahla teringatkan Aleesya. Aleesya je?....A'ah Aleesya jer tak banyak karenah. Aleesya suka senyum dan suka buat orang rindu dekat dia...eiiiiiii gerammmmm! Amani suka buat perangai...suka nangis kuat-kuat sampai sakit telinga...suka buat orang sakit hati..suka berebut dan bergaduh dengan Min. Sehari dua dia tak ada aman sikit rumah, tapi kalau lama-lama tak ada rindu jugak dengan kenakalannya.

Oklah korang, jomlah menjamu mata dengan gambar-gambar yang dah di upload agak lama tapi tanpa cerita.

Menu hujung minggu lepas

!st time masak sayur kangkung dari laman sendiri. 

Ikan merah masak lemak cili api

Min yang merajuk. Tak ingat dah merajuk kes apa. Tak nak makan tengahari tapi pujuk-pujuk akhirnya makan sampai bertambah-tambah nasinya.

Amani sibuk jer susun pinggan nak makan tengahari.

Si Aleesya. Memang tempat dia la ni waktu makan. 

Kiut tak saya?hehe

eeeiiiii gerammmm

Khusyuknya Amani solat

Baca doa panjang-panjang ya Amani untuk ibu, abah, Kak Min dan Aleesya

Ada hari rajin, semuanya dia kemas elok. Kena hangin tak rajin , bersepah bilik dan rumah dibuatnya

Aleesya dua tiga malam nie asyik meragam jer. 

Kami kembar tak serupa

Tinggi pun hampir sama. 

Gyiyomi tak habis-habis

Tengok gambar nie rindu kat Amani dan Aleesya di kampung.:(
Hujung minggu nanti ibu, abah dan Kak Min balik kampung ek.

Harap-harapla semoga pakcik sihat semula dan mak cik Kiah boleh mengasuh balik. Tak ada la Amani dan Aleesya tinggal di kampung lagi. ish ish ish.....

Tiada ulasan:

Entri Popular