Isnin, 2 September 2013

Naufal datang rumah!

Assalamualaikum

Hari-hari, asal naik kereta balik dari rumah pengasuh, si Amani asyik cakap 'Naufal mai kan!' 'Naufal mai umah Min kan!'...Mmmmm lambat lagi la Mani... Hujung minggu nie baru Naufal nak datang rumah. Naufal, satu-satunya anak sedara lelaki sebelah keluarga saya. Umur lebih kurang sebaya si Aleesya. Umur Aleesya kurang 3 bulan lebih jer dari Naufal. 

Ha! inilah si NAUFAL yang di tunggu-tunggu Min dan Aleesya datang ke rumah. Hensem dan pemalu orangnya. Asyik berkepit jer dengan umminya. Agaknya anak lelaki memang akan rapat dengan ibu kan. Macam 3 princess saya tu lah. Sikit-sikit abah, abah, abah.... :)

Jumaat lepas keluarga adik kedua saya, si Nazirah datang ke rumah. Raya tahun nie mereka sekeluarga beraya di Johor sebab tak dapat cuti raya. Ingat tak saya pernah cerita sorang adik jer tak dapat bergambar dan beraya bersama sebab terpaksa bertugas di hospital. Ha! inilah orangnya. 

Sebab jarang-jarang balik, paginya mak dah masak ketupat, kuih lopes dan cucur cempedak untuk sarapan. Banyak benor la menu breakfast. Tengahari plak menu utama ialah ikan siakap bakar cicah air asam. Mmmm memang feveret semua la menu ni.  Menu sampingan ialah ayam goreng berempah, sayur campur, sup ayam dan rendang. Selesai makan tengahari, geng lelaki pergi solat Jumaat dan tinggallah yang perempuan-perempuan jer dekat rumah. Dan juga sorang jer lelaki dalam rumah nie iaitu Naufal. Elok jer babah dia naik kereta keluar dari rumah, terus nangis tak berhenti-henti. Yang bestnya menangis tak dengar suara tapi air mata meleleh jer dekat pipi. Ummi dia masa nie tengah berfacial dan bersauna di spa. Huhu

Akhirnya bila mak, saya dan adik-adik yang lain tak dapat nak kawal perasaan si Naufal. Terpaksala bawak Naufal naik kereta ambil umminya di spa. Tak sempatla umminya nak berspa bagai kan!. Nak wat camner anak teruna kamu yang pemalu nie tak nak dengan orang lain. Mmmm itulah jarang-jarang jumpa agaknya. Tapi elok jer kereta berjalan, si Naufal boleh plak berhenti nangis teresak-esak tadi tue dan tegur benda-benda yang dia nampak melalui tingkap kereta. "Aik...tadi beria reyau, naik kereta boleh plak bercakap". Bila cerita situasi nie dekat ummi dia, umminya cakap " baru tahu, dia memang macam tue, berlako jer" Ooooo si Naufal nie pun pandai berlakon rupanya. Haha Naufal...Naufal...Elok jer sampai di spa, Naufal dah terlentok lena atas riba tok. Kalau kat rumah dia dah lena, kan senang. Umminya pun boleh teruskan untuk ber spa. Mmmmm nasib hangla Nazirah oooiiiii...huhu



Menu-menu tengahari

Geng lelaki yang makan dulu sebab nak kena pergi solat Jumaat. Geng perempuan tak pe, boleh makan kemudian dan yang bestnya boleh perabih semua lauk-pauk. Dah tak payah nak pikir-pikir nak simpan lauk untuk sape-sape. Hehe
Berbaju putih tue dah tentu-tentulah my ayah dan berbaju hijau tue my adik ipar, Shahidan @ nama glamer, Dan.

Nazirah, Naufal dan Pikah. Lepas Jumaat makan lagi. Dessert plak. Nazirah buat truffle dan saya buat puding sagu. Mmmmm panas-panas nie memang sedap la makan dessert sejuk-sejuk macam nie.

Pose istimewa dari Naufal.
PEACE!
Tengokla putih lagi kulit Naufal dari Amani. Besar nanti dah tentu hensem. Susah jugak nak cari lelaki yang berkulit cerah dan putih macam Naufal nie. Kalah kulit anak dara i tau. huhu

Tiada ulasan:

Entri Popular