Assalamualaikum
Alhamdulillah...24 Ogos 2013 - Selesai sudah Majlis Persaraan dan Jamuan Raya Jabatan. Majlis dimulakan seawal jam 10.30 pagi dan berakhir hampir jam 3.00 petang.
Persiapan tempat dan meja makan
Cantik alas meja baru nie. Pandai tauke restoran match colour. i like. :)
Nak jugak tabur roses atas meja vip bagi nampak sweet and fresh!
Ok tak setting tempat nie. Cantik taaaaaakkkkk? ? ?
Jawab jer la "Bolehlaaaaa. Tak amik ati pun".
(Tapi dalam hati "Bolehlaaaaa jer?" Penat weh setting tempat nie. 2 hari 1 malam tau ...huhu)
Apa tue? Ha jangan terkejut! Ini bukan orang minyak.
Namanya kambing golek
Namanya kambing golek
Bakar sekor-sekor. RM1000 sekor. Cepat order? cepat...cepat...
Inilah tauke-tauke kambing golek. Tauke kat belakang tuh, telefon asyik berdering jer. Ada lagi order kambing golek untuk majlis kot.
Menu istimewa pada tahun nie adalah kambing golek. Siap kena beratur untuk ambik daging kambing golek nih. Tak sempat tunggu tengahari, kambing golek nie dah tinggal tulang. Huhu...
Majlis diserikan dengan kehadiran pegawai jabatan bersama keluarga masing-masing. Pegawai yang telah bersara juga datang dengan ahli keluarga masing-masing.
Pesara : En Shamsuddin bersama anak dan cucu pertamanya.
Pesara : En Ibrahim bersama Pengarah
Pesara : Pn Kasma menerima cenderahati dari Pengarah
Sebelum orang lebih ramai datang, pose la dulu dengan backdrop yang 'bergermerlapan' dengan berlian nie.
Lepas bergambar bleh amik sorang satu berlian tuh yer! Kalau lah bleh amik betul, kayo den. Hehe
Eh! ada lagi. Kalau cemuih tengok, scroll laju-laju...:b
Inilah orang-orang di balik tabir yang bertungkus lumus menjayakan majlis nie. Ramai lagi pegawai yang terlibat tapi tak sempat nak bergambar ramai-ramai buat kenangan.
Inilah orang-orang di balik tabir yang bertungkus lumus menjayakan majlis nie. Ramai lagi pegawai yang terlibat tapi tak sempat nak bergambar ramai-ramai buat kenangan.
Praktikal student
Menu utama nasi beriani, ayam masak merah dan dalca
Rendang, nasi himpit dan lemang wajib ada
Rakan opis. Sis Saloma, En. Rahman, Kak Tipah dan Wife serta anak Syam
Najqa, MC pada hari tersebut. Praktikal student. Pemenang pidato nih! Tetiba dilantik jadi MC lari sikit la pitching MC. Sebab nada pidato lebih tegas dan bersemangat manakala jadi MC nadanya lebih lemah lembut dan manja. Manja? haha. Apa-apa lah janji Najwa telah berjaya lakukan tugasan sebagai MC dengan baik. Good Luck Najwa untuk terus gilap bakat sebagai pengacara suatu hari nanti. :)
Floor Manager Majlis, En. Raja.
Apsal mata dah tak larat nak angkat tue En. Raja?
Eh! camana ada bunga di baju tue?
Huhu
Pembaca doa Majlis. Hanif, juga praktikal student. Praktikal student kali ni memang hebat-hebat belaka. Semuanya ada bakat tersendiri. Di majlis-majlis macam nie lah bakat-bakat terpendam dapat dicungkil dan digilap.
Ucapan dari Tuan Pengarah
Aleesya suka benor la dengan pizza. Nasi tak makan pun.
Semeja dengan keluarga saya En. Shukur
Nampak tak princess berdua dekat belakang sana nun. Aleesya dah buat perangai. Ngantuks..
Dah kena makan cepat-cepat sebelum Aleesya lebih agresif. Huhu
Bersama wife En. Raja. Kak Zu dan princessnya. Yang kecik dalam dukungan Kak Zu tue umurnya baya Aleesya. Setahun lebih.
Sebelum balik, pose dulu macam mula-mula sampai tadi. Amani pun dah malas nak bergambar. Ibu dia jer lebih-lebiiiiiiihhhhhhhhhhh kan! kan!muahaha
Apa-apapun, lega sangat apabila semuanya berjalan lancar dan selesai dengan jayanya. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan