Rabu, 7 Ogos 2013

Malam menjelang raya...

Assalamualaikum

Yea...esok raya!!!! Dah diumumkan dalam tv selepas isyak tadi. Kami sekeluarga dah sampai di rumah mil petang tadi. Ketupat rendang pun dah siap di masak. Kuih muih dan kek pun dah bersusun di dalam bekas. Baju raya tergantung rapi menunggu disarungkan oleh tuan punya pada esok pagi. 

Adik beradik dah berkumpul di rumah mil. Yang paling awal sampai di rumah mil tentulah orang jauh (kami la tue), jauh la sangat kan. Yan dengan Alor Setar jer pun. Keluarga kak Eila yang kedua sampai. Cuma menunggu keluarga Ina. Ina dan suaminya masih bekerja malam nie. Jadi mungin akan sampai lewat malam. Keluarga Ayu memang dah ada di rumah mil memandangkan Ayu masih berpantang. Keluarga Lin  esok pagi baru akan sampai sebab rumah Lin dekat jer dengan rumah mil. Cuma keluarga Kak Intan jer tak balik raya tahun nie. Jadi macam tak cukup korum jugak tahun nie...:( Tapi oklah esok dapat jugak berkumpul ramai-ramai. Bukan mudah nak dapat berkumpul adik-beradik, anak menantu dan cucu-cucu semeriah macam nie selalu. :)

Aktiviti pagi esok macam biasa lepas solat raya, semuanya akan berkunjung ke kubur menziarah arwah abang dan adik en husband. Selesai ziarah di kubur, barulah aktiviti menziarah tok & wan, saudara dan sepupu serta sahabat taulan. 

Selesai berbuka dan solat maghrib tadi, 3 princess tue dan anak-anak sedara yang lain berebut-rebut main bunga api. Malam nie merata-rata bunyi mercun dan bunga api. Dum dam dum dam..... 

Yang sedihnya father in law sakit lutut sampai tak boleh nak berjalan. Berbuka pun dia dah tak ada selera. Lepas maghrib tadi en husband bawak abahnya ke klinik sampai sekarang belum balik lagi. 3 princess tue pun gembira giler main dengan sepupu-sepupu yang jarang-jarang jumpa. :)

Ok, lah esok cerita lagi. Gambar malam nie sekeping jer tapi saje nak tempek jugak gambar lain yang ada kaitan juga dengan persiapan raya esok. Apalagi kalau bukan baju raya 3 princess nie. Saya modified dari baju yang kosong kepada jahitan sedikit lace dan taburan pearl.

Pilihan warna pearl yang sesuai dengan warna kain baju peplum nie.


soft sikit warna-warna pearl nie kan?

Pink pearl. Agak terang dan sesuai jugak...

Hasilnya....tara....cantik tak kombinasi warna pilihan lace, pearl dan bunga timbul nie?

Selamat hari raya semua. Maaf zahir batin..
:)

Tiada ulasan:

Entri Popular