Assalamualaikum
Hari nie kami (saya dan en husband jer) berbuka dengan nasi ayam jek. Pikah berbuka di rumah kawannya. Dah lama jugak rasanya tak masak nasi ayam. Sebelum Pikah bertolak ke rumah kawannya sempat jugak la dia tolong saya masak. Sebagai 'membalas budi' saya tapaukan dia sebekas nasi ayam untuk keluarga kawannya. Tetiba ayat skema..:b
3 princess nie pun makan bertambah-tambah. Memang feveret depa la nasi ayam nih! En. husband pun 1st time (dalam minggu nie) makan bertambah sampai 2 pinggan termasukla saya. Dah nak habis Ramadhan makan semasa berbuka dan sahur macam dah tak berapa selerakan!
Request en husband nak minum teh tarik kaw!
NASI AYAM
Sup
1 ekor Ayam (di potong 12)
1 bungkus sup bunjut
1 inci halia (di hiris)
Daun sup
Daun bawang
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Garam
Air secukupnya
Cara:
i) Masukkan ayam, sup bunjut dan halia ke dalam periuk yang mengandungi air.
ii) Masak hingga air mendidih.
iii) Dalam periuk berasingan, tumis bawang merah dan bawang putih.
iv) Masukkan bawang yang telah di tumis, garam, daun bawang dan daun sup ke dalam periuk sup ayam.
Nasi
4 pot beras
Cara:
i) Masukkan beras dan air sup di atas secukupnya.
ii) Masak ler hingga masak.
Kuah cili
7 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
3 biji cili merah
5 biji cili padi
4 biji limau kasturi (dibuang kulit)
2 sk gula
1/2 sk garam
Cara:
i) Blend semua bahan kecuali garam dan gula.
ii) Masakkan bahan blend hingga mendidih.
iii) Masukkan garam dan gula.
Kuah kicap
Lebihan perapan ayam + kuah sup @ boleh jer gunakan kicap cair
Ayam hitam yang sedap
3 sb sos tiram
3 sb kicap
1 sb gula
Cara:
i) Ayam yang telah di masak di dalam sup tadi diperap dengan bahan-bahan di atas selama 1/2 jam @ 1 jam.
ii) Goreng ayam hingga kehitam-hitaman. (sekejap jer goreng sebab ayam dah masak cuma nak bagi garing dan nampak hitam jer).
Selesai. Masa nak hidang nanti letak la hiasan hirisan tomato dan daun salad. Nak masak nasi ayam nie mengambil masa 1 jam jer. Last minit pun boleh masak kalau bahan-bahan dah ada dalam peti sejukkan. Selamat mencuba! Tak rugi mencuba resepi nie sebab ianya memang sedap sehingga menjilat jari. Mmmm betul tak tipu! :)
2 ulasan:
Sedapnya kalau dapat mkn nasi ayam...
Sedapnya kalau dapat mkn nasi ayam...
Catat Ulasan