Isnin, 12 Ogos 2013

Kunjung-berkunjung di hari raya

Assalamualaikum

Hari raya adat kunjung-berkunjung ke rumah sanak saudara adalah acara paling meriah dan ditunggu-tunggu. Tambah-tambah yang kaki jalan macam saya dan keluarga. :)

Di samping dapat makan, tambah duit raya anak-anak (ibu dan abah kena keluarkan duit raya. Sama jer kan give and take. :b) dapatlah kita eratkan ikatan silaturahim sesama saudara.

Hari raya kedua

 Hai makcik Min buat pe kat luar tue. Meh ler masuk makan kuih...


 Rumah Mak jang, Sungai Petani

Tuan rumah yang bercekak pinggang tue. Gosip cerita hot la tuh. Hahaha. Pak jang yang pakai sweater biru tuh. Rumah mak  jang memang tiap-tiap tahun pergi sebab dekat dengan rumah kak Eila, Kak ipar.

 Rumah Paklang Pa, Gurun

 Rumah sepupu, Sarah. Gurun..

 Cantik giler pokok bunga balung ayam tuh. Sampai tumbang-tumbang sebab bunganya terlalu berat dan rimbun. Tuan rumah, berbaju hijau muda (husband Sarah) ramah bercerita kisah rumah yang baru dihuninya selama setahun. Kami pun 1st time pergi melihat rumah baru mereka. Selain dapat beraya, dapat jugak tengok rumah barukan. Sambil-sambil boleh cuci mata tengok deko-deko rumah mereka. :)


Hari raya ketiga

 Pagi-pagi lagi dah bersiap-siap. Sebelum bertolak wajibla salam minta ampun dan maaf dari mak ayah pulak. 3 princess nie beratur bersalam dengan tok dan wan. Mmmm banyak buat salah nie sebab selalu buli tok dan wan. :b

 Sebelum naik kereta, haruslah pose dulu...

 Rumah mak lang, Sungai Petani. Tuan rumah tak ada gambar sebab tuan rumah sibuk masak laksa. :)

 Rumah mak jang, Sungai Petani. Jugak 1st time pergi melawat rumah baru. :) 

 Yang baju belang-belang merahtuan rumah, Pak jang. Deko rumah Pak jang memang kelassssss. Cantik dan teratur...

 Sesi menjamu selera waktu tengahari di rumah Pak jang

 Habis makan kenyang, pose lagi....

 Rumah sepupu en husband, Aswad dan Has. Cantik rumahnya. Tapi sebab excited dengan warna dapurnya yang ceria, gambar tuan rumah tak sempat snap. Maaf la tuan rumah. 

 Habis Sg Petani destinasi terakhir Bukit Mertajam. Sepupu saya plak.

 Rumah sebelah menyebelah jer. Jadi lepas makan satu rumah, bertandang plak jiran sebelah. Jarang berjumpa. Rupanya saya dan adik-adik saya yang lain termasuk Ina yang tingkatan 4 tue dah ada 2 cucu. Huhu
Takkan dah dapat gelaran tok awal 30-an nie....:b
Tapi sebenarnya saya suka, sebab muda-muda lagi dah ada cucu. Bukan senang tau nak dpt title tok muda-muda cam nie. Yang baby sebelah saya tue, cucu no. 2. Atas riba saya tue tentulah si Aleesya..

 Ha !...yang tak pakai baju tue nampak pusat tue.....itulah cucu pertama saya. Hehe
"cu, meh kat tok"
TOK?
mmmm.....tak sesuai kot....apa ek gelaran yang sesuai? nenek? mak tok? opah?
Sekarang jangan panggil apa-apa lagi ek...nanti nak pikir dulu. hahaha...



Hari raya keempat

Raya keempat. Semua keluarga sebelah saya semuanya ada kecuali keluarga adik ketiga, Nazirah. Tahun nie dia kena bertugas di hospital. Tak pe la renungla gambar nie buat pengubat rindu...(dalam hati, mesti Ah jeles giler tak dapat sekali bergambar ramai-ramai macam nie...huhu)

Banyak lagi rumah sanak saudara dan sahabat taulan yang kami kunjungi tapi ada yang tak sempat bergambar pun. Kawan-kawan, tahun nie sempat berkunjung rumah Kak Diba dan Kak Ema. Yang lain memang tak sempat. Mak-mak sedara pun banyak lagi tak sempat nak berkunjung. Tengokla hujung-hujung minggu la plak nak berkunjung sebab rayakan sebulan. Dah nak masuk kerja nie, aktiviti berkunjung nie memang jarangla boleh buat. Balik kerja dah letih, nak rehat jerla. Tunggu raya tahun depan la plak n ak buat road tour macam nie. Itupun ada yang komplain, kenapa nak balik cepat sangat? 
HARUSLA...kan!
kalau duduk lama-lama, alamatnya rumah orang lain tak dapatla pergi. Jadi setiap rumah limitedkan masa 1-3 jam jer sekali kunjungan. Hahaha...Ok la tue, yang penting dapat bersua muka dan bertanyakan khabar. :)

Tiada ulasan:

Entri Popular