Assalamualaikum
Happy birthday Yasmin!.....
Pada 22 Ogos 2013 genap umur Yasmin 5 tahun.
Hanya celebration secara kecil-kecilan di rumah. Makan apa yang ada. Lagipun tok Yah dah masakkan lauk pauk sebelum balik kampung petang Rabu lepas. Petang Rabu tue saya buatkan 2 biji kek. Satu untuk Yasmin bawa ke sekolah untuk jamuan Raya dan sebiji lagi untuk sambutan hari lahir Yasmin di rumah. Niat tue nak masukkan kek dalam peti sejuk dan celebrate hari Khamis. Tapi bila kek dah ada depan mata, budak-budak nie termasuklah en husband tak sabar nak tunggu hari esok. Jadi celebrate birthday Min awal sehari. Makan jer la apa yang ada dengan kek coklat.
Walaupun sambut di rumah, baju princess bertiga nie wajib sama. Huhu. Lagipun ini baju yang baru dibeli oleh tok Yah di Kelantan. 3 princess nie dapat baju yang sama tapi warna berbeza. Anggapla baju hadiah dari tok Yah sempena Birthday Yasmin. :)
Pose istimewa dari birthday girl dan Amani
Amani senyum sampai ke telinga. Walhal depan tu kek birthday Yasmin. Saya bakar kek coklat dalam pemanggang ajaib. 1st time bakar dalam pemanggang ajaib. Sajer nak cuba sebab ramai cakap boleh bakar dalam pemanggang ajaib. Apabila bakar hanya 1/2 jam dah masak. Yeah! menjadi cumanya saya rasa kek coklat yang dikukus lebih sedap dan lembut.
Bila topping dah sejuk, manik-manik korai hiasan nama YASMIN dan No. 5 dah terlari-lari keluar. Tapi nasib baik boleh lagi baca kan. Simple hiasan untuk kek birthday Yasmin. Nak hias lebih-lebih tak retiiiiiiiiiiiiiiii....Janji Min suka dan cakap kek nie cantik sebab ada nama Min!
Potret kami sekeluarga.
Semoga Min dikurniakan kesihatan yang baik dan menjadi anak yang solehah. Amin...
Walaupun kek yang ibu tak cantik. Tapi Min dan Amani bukan main suka dapat kek besar dan hias manik korai macam nie.
Aleesya selsema waktu nie. Jadi mood bergambar tak ada. Dia asyik buat perangai jer. Mungkin tak selesa dengan hidung yang berair.
Aleesya budak hingusan. Budak kecik yang COMOT. Huhu
Sebiji kek coklat yang dikukus untuk jamuan raya sekolah Min.
Semalam baru kami keluar mencari hadiah untuk Yasmin. Yasmin mintak barbie dengan rumah yang ada pintu. Mahal kot. Sebab kalau beli yang mahal-mahal pun bukannya dia nak main lama-lama dan simpan. Sekejap jer main lepas tue cari mainan lain plak. Cepat BOSAN!
Ini anak orang asli. Haha....Wajib jugak beli untuk Amani dan Aleesya. Min dan Amani dapat set dapur untuk memasak. Lepas nie tak yah ler nak kacau dapur ibu. Habis pinggan mangkuk, tupperware, senduk bagai dari dapur ibu dibuat main.
Balik rumah terus bukak plastik dan main. Ibu dah letih nak melayan.Ibu masuk tidur dengan Aleesya yang dah tertidur dalam kereta masa keluar beli mainan nie. Jadi abah yang rajin melayan temankan anak-anak ibu main sampai jam 11 malam. Terima kasih en husband banyak tolong ibu jaga anak-anak. :)
Harap-harap nanti bila 3 princess nie dah besar akan rajinla tolong ibu di dapur. Bolehkan? kan?....
:)
Bye. Saya nak siap-siap pergi ke tempat persiapan untuk jamuan raya jabatan saya pagi esok. Saya dilantik menjadi ajk persiapan tempat untuk jamuan raya tersebut, jadi nak pergi tengok-tengok apa lagi yang perlu dibuat sebelum jamuan berlangsung esok. Satu hari semalam saya dan rakan-rakan yang lain bertungkus lumus siapkan tempat jamuan tuh. Petang nie nak pergi usha-usha takut-takut kain atau stage yang dibuat terjatuh atau reban ditiup angin. Jadi entri pun pendek-pendek jer la. Bye korang.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan