Khamis, 22 Ogos 2013

Princess Aleesya

Assalamualaikum

Hai semua....

Entri khas kali nie tentang kalatah si Aleesya. Sekarang nie pantang kalau dapat keluar rumah dan kita bagi pakai kasut. Aleesya macam baru dapat kaki, berlari merata-rata. Tak kirala atas rumput, simen dan atas jalan. Kadang-kadang kita plak naik takut tengok cara dia berlari. Memang tak takut jatuh tapi kita yang takut dia jatuh. Lari tak tengok dah depan belakang dan kiri kanan. Lari jauh-jauh lepas tu kalau kita tangkap dia, dia akan ketawa. Aduh! dia ingat kita main-main kot. Kalau jatuh maunya berdarah tapak tangan atau lutut. Nak-nak lagi atas jalan tue.

Pokok bunga rose siam yang banyak berduri di sebelah kiri dia pun, dia tak kesaaaahhhhhh. Berlari sambil tangan tergawang-gawang di pokok bunga rose tue. Adoyaiiii! kita pulak naik seriauuuuuu. Takut tangan dia tercucuk duri.

Dekat sini pun dia berlari. Tak takut langsung tersadung dengan batu-batu pejalan kaki nie. Aduuuhhhhh!!!
Kalaujatuh pun dia cepat-cepat bangun dan lari lagi. Mmmmm tak tahu sakit langsung...

Sementara tengok kaletah Aleesya, jom tengok progress rumput di sebelah sliding door yang baru di tanam. Dah tumbuh cantik cumanya lambat lagi nak bercantum memenuhi laman. 

En husband tengah memerah tenaga untuk membuang pokok landskap depan rumah. Pokok nie banyak mengundang kehadiran lebah sebab bunganya manis kot. Jadi kami bercadang nak gantikan dengan pokok Tursiba. Ada tapi lagi dua jam kot korek tanah dan potong akar pokok nie tapi bila tarik pokok nie keluar dari tanah, tak bergerak langsung. Maknyanya akarnya dah sampai mana-mana dalamnya. Tak tahu la macam mana nak keluarkan pokok nie. Kena racun kot...



Yeay bunga kuning. Cantik!

Ini bunga oren

Bunga warna merah dan purple paling banyak di laman saya. Senang nak jaga dan semai pokok bunga nie. Masih banyak bijih benih yang tak sempat di semai. Mungkin lepas Syawal nanti baru boleh mulakan projek tanaman yang baru. :)

Tiada ulasan:

Entri Popular