Ahad, 12 Mei 2013

Aleesya vs ubat

Assalamualaikum

Aleesya dah baik daripada demam. Cuma tekak PLUS ulser dalam tekak tue masih belum baik sepenuhnya. Tengahari semalam tiga kali Aleesya muntah selepas minum susu dan makan puding. Kesian Aleesya...

Sebelum hantar Aleesya dan Amani ke rumah pengasuh pagi tadi, wajibla bagi Aleesya makan ubat antibiotik siap-siap. Dan ubat radang patutnya di bawa ke rumah pengasuh tapi saya lupa. Bukan mudah nak bagi Aleesya makan ubat. Macam-macam perangai dia buat supaya ubat tue tak ditelannya. Sampaikan ubat tue dah masuk dalam mulut pun dia akan buat ubat tue keluar balik dari mulut. Selalunya ubat yang ditelannya hanya separuh, separuh lagi akan ada pada tisu, kain atau penuh dekat pipi dan tangan Aleesya.

Bila nampak picagari yang ada ubat, Aleesya akan :
i) Tepis picagari dengan tangan. :) Kalau tak berjaya;
ii) Tutup mulut kuat-kuat. :) Kalau tak berjaya;

En. husband akan pegang tangan dan saya akan suapkan ubat dengan picit mulut Aleesya supaya terbuka sedikit. Cepat-cepat masukkan picagari ke dalam mulut dan tekan. DAN ALEESYA CEPAT-CEPAT
iii) tolak ubat keluar dari mulut dengan lidah. Meleleh-leleh ubat di tepi mulut, pipi dan leher.
     Ubat dah berjaya keluar separuh...:(
iv) semburkan ubat keluar dari mulut bersungguh-sungguh. Habis muka en husband, saya dan baju dan lantai terkena serpihan ubat tuh! Ubat dah berjaya keluar separuh...:(

Mmmm...cerdik sungguh budak booolaaat nih!...Sebab tue kalau nak bagi dia makan ubat, lebih baik buang baju dan tinggal pampers sahaja. Tak ada la nak kena cuci baju sedozen plak nanti. Dalam tiga beradik nie, Aleesya paling susah nak bagi makan ubat. Yang lain kalau ubat dari Klinik Precious tak ada masalah. Bagi picagari, pandai tekan sendiri ke dalam mulut. Ubat Doktor Ang nie memang sedap dan baunya pun macam nak makan jer. Cuma kadang-kadang kalau ambil ubat dari klinik lain, memang mengeliat jugakla bebudak dua orang nie (Min dan Amani) nak makan. Tapi Aleesya... namanya UBAT memang tak ngam la dengan selera dia. Memang akan ditentang habis-habisan sedangkan kuantiti ubat tue sikit jer kot nak ditelan...Mmmm

Harap-harap lepas nie Aleesya akan baik sepenuhnya. Aleesya pun dah masuk 11 bulan. Biasanya kanak-kanak di bawah umur 2 tahun mudah dijangkiti penyakit seperti demam, selsema, ulser tekak dan batuk. Sistem imun masih rendah. Macam tiga princess saya nie, kalau sorang demam@batuk@selsema pasti akan berjangkit dan berlarutan. Lepas sorang sihat, sorang plak yang sakit. Kadang-kadang tiga-tiga sekaligus sakit. Pernah sekali pergi klinik, tiba di kaunter saya serahkan tiga kad pengenalan. Pembantu klinik tenung lama ketiga-tiga kad pengenalan tue. Mungkin dia sedang study kot. Huhu...sebab nama tiga princess nie nak sama tapi tak serupa...Hahaha..

Anak Sulung : Nur Yasmin Qistina Binti Mohd Yuszaini 
Anak Kedua : Nur Amani Qistina Binti Mohd Yuszaini 
Anak Ketiga : Nur Aleesya Qistina Binti Mohd Yuszaini 
(dah la gedabak panjang nama anak, tambah nama bapak sekali, lagik panjang. Satu nafas memang tak cukup wooooo. Tercungap-cungap nak membacanya. Dah macam lari berganti-ganti 400 X 400 meter. Nie semua salah en husband, ya...en husband. Beliaulah yang nak nama panjang berjela macam tue...hohohooo)

Dah habis tercungap-cungap tue (memandai jer tambahkan :b), barulah pembantu klinik tu tanya "tiga-tiga orang nak jumpa doktor?". Saya meng'ia' kan jer la. (Dalam hati tergelak sesorang, mungkin sebelum nie tak ada lagi orang bawak semua anak jumpa doktor sekaligus macam kami. hohohoooo). Habis nak buat camner? Tiga-tiga orang mesti kena bagi doktor check sebab masing-masing tahap kesihatan berbeza dan dah tahu dah siapa yang agak teruk mesti perlukan antibiotik. Antibiotik mana boleh main share-share. Wajib habiskan plak tue.

Banyak kali jugak kejadian tenung-menenung kad pengenalan anak saya nie terjadi. Dekat kaunter ASD dan Tabung Haji pun sama, orang bank tue asyiiiiiiiiiiiik jer membelek kad pengenalan @ buku simpanan milik princess-princess saya tue. Dah lama sikit baru keluar satu ayat "oooo...semua pompuan yer?". Wajibla perempuankan sebab semuanya tertera tulis B.I.N.T.I. Jadi perlu ker saya jawab ?....Nak amik hati, saya jawab jer la..."a'ah". 

Sekian. :)

Tiada ulasan:

Entri Popular