Sabtu, 11 Mei 2013

Selamat Hari IBU

Assalamualaikum

Dari Yasmin untuk IBU :)
Kad istimewa dari Yasmin. Mulai tahun lepas saya dapat kad ucapan hari ibu dari Yasmin. Cikgu sekolah Yasmin yang ajar buat semua nie khas untuk tatapan ibu masing-masing. Terima Kasih CIKGU!

Hari Khamis (balik dari sekolah dalam kereta)
Yasmin  :" Ibu, Min ada kad untuk ibu. Selamat Hari IBU!"
Sambil keluarkan sekeping kad di dalam beg sekolah.
Ibu : "Oh, cantiknya! Terima kasih Minnnn... sapa yang buat nie?"
Yasmin : " Min laaa...cikgu lukis, Min boh kaler"
Ibu : "Mmmm...pandai Min buat"
Dia ambil balik kad dan masukkan ke dalam beg.

Malam Jumaat (dalam bilik)
Yasmin : "Cikgu Min suruh Min letak kad hari ibu dalam almari baju ibu"
Ibu : "Kenapa?"
Yasmin : "Bagi ibu terkejut"
Ibu : "Ooooo...nak suprise ibu la...Habis tue Min tunjuk dah dekat ibu petang tadi. Ibu tak suprise dah la"
Yasmin : "Takpa la. Min tunjuk dekat ibu dua kali". Sambil tunjuk kad dan senyum..Bangga la tue dapat buat kad yang cantik tue dan nak suprisekan saya. Tapi tak jadi kot! huhu

Dalam hati saya : "Mmmm..konon-kononnya nak suprise. Tapi tak pandai simpan rahsia. Jadi buat-buat jerla terkezut nanti. Huhu" 


Sambutan Hari Ibu tahun nie jatuh pada 12 Mei 2013 (Ahad). Seperti tahun sebelumnya hari ibu disambut pada hari Ahad minggu kedua di dalam bulan Mei. Hari ibu disambut bagi mengenang jasa dan pengorbanan seorang ibu. Panggilan ibu, mama, mak, umi, mom dan mami begitu sinonim dengan seorang wanita. Biarpun tidak mempunyai @ melahirkan anak, seorang wanita sangat mendambakan panggilan sedemikian untuk dirinya. Panggilan seperti itu mampu memberikan kebahagiaan dan begitu bermakna bagi setiap insan bergelar wanita. 

Seorang ibu sanggup berkorban nyawa bagi melahirkan seorang anak. Menjaga ketika sakit dan membimbing menjadi insan berguna sejak dari kecil hinggalah dewasa. Ibu tidak lokek memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang pada anaknya mahupun anak angkat @ anak tiri. Naluri keibuaan bagi setiap wanita yang dikurnia olehNya sangat mulia dan penuh dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. 

Di dalam Islam, ibu mendapat martabat paling tinggi kerana peranan dan pengorbanan terbesar mereka mengandung dan melahirkan anak yang tidak dapat dipikul oleh mana-mana insan bergelar lelaki. Sahabat Nabi pernah bertanyakan Rasulullah S.A.W "Siapakah yang wajib kita taati?". Jawab Rasulullah "Ibumu..ibumu...ibumu (sebanyak tiga kali), yang terakhir barulah ayahmu, kemudian yang terdekat dari kelangan kerabatmu."

Kasih dan pengorbanan seorang ibu tidak dapat dibeli dengan harta. Oleh itu, berilah kasih sayang sepenuhnya kepada ibu kerana restu dan kasih ibu membawa ke syurga. 

Tiada ulasan:

Entri Popular