Jumaat, 17 Mei 2013

Kad Selamat Hari Guru

Assalamualaikum

Kad ucapan (muka depan)
 Kad ucapan (muka belakang)
Kad di atas adalah kad yang disediakan oleh Yasmin untuk guru kelasnnya Cikgu Milah. Malam sebelum 16 Mei, saya sediakan satu kad yang telah saya tulis "Selamat hari guru" dan "terima kasih cikgu". Kemudian Yasmin mewarnakan kad ini, depan dan belakang supaya ianya kelihatan lebih cantik dan menarik. Saya biarkan Yasmin mewarna mengikut warna kegemarannya. Dah habis mewarna tulisan tu, dia minta saya lukiskan beberapa corak bunga dan bentuk hati. Saya pun turutkan jer kehendak hatinya tue. Beria-ia mewarna dan nak lukis itu ini. 

Pagi kelmarin, semua pelajar dibenarkan pakai baju biasa (Min cakap cikgu suruh pakai baju raya), jadi pagi-pagi lagi Yasmin dah bersiap pakai baju kurung moden ke sekolah. Kad pun dah siap dimasukkan ke dalam beg dan Min bersemangat jer bawak kad ucapan yang dibuat semalam. Tup!tup! balik sekolah petang kelmarin, kad ucapan tu elok jer ada dalam beg sekolah dia. Tapi dah berkeronyoooook dan terkoyak sikit. Saya pun jadi peliks tapi dalam hati fikir, Yasmin nie semangat jer lebih dekat rumah tapi bila dekat sekolah maluuuuuu terammmaaaaattt. Maknanya dia malu nak bagi kad tu pada cikgu. Tak puas hati saya pun tanyalah dia.
Me : "Kenapa Min tak bagi kad tue dekat cikgu?"
Min : "Min tak bagi pun"
Me : "Ye la....napa tak bagi?"
Min : "Semua kawan Min bagi hadiah dekat cikgu"
Me : "Alia (kawan baik Min di sekolah) bagi apa?"
Min : "Alia...tak buat pun kad macam Min"
Me : "Pastu dia bagi apa?"
Min : "Bagi hadiah"
Me (dalam hati) : Ooooo...patutlah tak bagi, ramai kawan-kawan bagi hadiah rupanya. 

Tapi bagi saya, kad lebih bermakna daripada hadiah. Sebab biasanya budak-budak sebesar Yasmin yang menyediakan sendiri kad, hasil daripada kekreatifan mereka akan lebih menyentuh hati. Setiap hasil yang tertera di atas sekeping kertas walaupun hanya bebentuk lukisan 'ntah apa-apa' atau sekadar 'contengan' adalah sangat bernilai dan bermakna dalam hidup kita. Kebolehan mereka menulis dan melukis pada peringkat kanak-kanak ini tidak boleh 'dikembalikan' bila mereka dewasa. 'Kreatif' nya mereka pada masa ini hanya dilalui sekali dalam seumur hidup. Apa yang mereka zahirkan di atas kad itu akan menjadi sangat berharga kepada warga pendidik apabila bersara mahupun apabila pelajar itu sudah dewasa nanti. Ia akan menjadi satu lakaran yang sangat bermakna dan menyentuh hati kecil kita. :) (tiba-tiba beremosi..huhu)

16 Mei setiap tahun semua sekolah sama ada tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah akan menyambut Hari Guru. Hari guru diadakan bagi memperingati jasa guru-guru yang telah banyak berjasa membimbing dan mengajar anak-anak murid dari tidak tahu apa-apa sehinggalah berjaya ke menara gading. Usaha payah jerih mereka tidak terbayar dengan duit mahupun harta setinggi gunung. 

Demi mengingati dan menghargai jasa pengorbanan guru ini, maka setiap tahun pasti diadakan sambutan hari guru. Bukan hadiah yang dipinta tetapi cukuplah hanya secebis peringatan terhadap semangat yang tidak pernah luntur dari hati mereka dalam mengajar anak-anak bangsa menjadi orang yang berguna suatu masa kelak.

Selamat hari GURU diucapkan kepada semua warga pendidik seluruh Malaysia. Semoga perjuangan kalian akan berterusan dan hanya Allah yang akan dapat membalas jasamu. 

TERIMA KASIH CIKGU!

Tiada ulasan:

Entri Popular