Isnin, 6 Mei 2013

Blur!

Assalamualaikum

Entri hari nie, saya nak rangkum semua apa yang terjadi sepanjang cuti hujung minggu nie dan cuti mengundi PRU ke-13. Hari nie tak ada idea nak goreng dalam entri tapi nak jugak hupdate!...korang layan jer la kalau suka, kalau tak nak, korang bukakla entri lain. (Tetiba emosional, ntah apa-apa la kan. Huhu)




Layan jer la gambar kat atas tue. Gambar sepanjang perjalanan dari Alor Setar ke Merbok melalui Daerah Yan. Ini lagi sehari nak ke hari mengundi pada 5 Mei 2013. Kiri kanan jalan penuh dengan bendera-bendera parti. Dah macam hujan mencurah-curah ke bumi. Kalau bawa kereta dah macam lalu jalan dalam gua pun ada. Redup jer di lindungi oleh bendera-bendera. Pokok teduhan tepi jalan pun belum tentu boleh bagi teduhan macam nie. Huhu..

Meriahnya mengalahkan sambutan hari raya. Layan jer la kan. Bukan mudah nak 'Raya' lima tahun sekali macam nie. Yang pasti negeri Kedah dah ada jentera pemerintahan baru. Jadi tunggu dan lihatlah perubahan yang akan dilakukan. 

Dah habis cerita PRU ke-13, kita layan plak cerita tentang sambutan hari lahir Abah (bapa mertua). Perancangannya nak buat suprise tapi di suprise kan pulak. :b 

Lepas selesai mengundi, kami sekeluarga balik ke rumah mak abah. En husband cakap lepas mengundi mesti adik-beradik yang lain balik rumah mak abah. Jadi kami ingat nak la buat suprise sambut birthday abah yang ke-65 di rumah baru abah nie. Nak suprise dengan kek jer sebenarnya. Tak adala nak makan-makan besar. Dah tahu semua orang mesti letih pergi mengundi, jadi hanya nak bersantai-santai jer potong-potong kek. Yang pastinya, nak buat abah tahu, anak menantunya ini masih ingat ulangtahun kelahirannya. :)

Tup! tup! bila balik tak ada sapa yang balik kecuali mak dan abah. Itupun mak dan abah baru jer sampai di rumah, baru balik mengundi....Tak apalah tak ada rezeki kot nak sambut ramai-ramai. Lagipun tak plan awal-awal. Pakai main terjah jer. Hambik kau!

Dah bukak kotak dan suprisekan abah dengan kek birthday nie, tetiba ada 3 biji kereta masuk ke perkarangan rumah abah. Saper ek?....Rupa-rupanya tok dan mak-mak sedara datang. Datang nak tengok rumah baru mak abah la tue. Yang bestnya dapatla sambut birthday abah dengan tetamu-tetamu yang ramai tue. :)

 Abah senyum melebar jer sambil potong kek. Happening jugak sebab semua yang datang tue sporting-sporting belaka, siap nyanyi ramai-ramai lagu birthday untuk abah. Terima kasih semua!
Si cantik dan ayu nie, anak sepupu sebelah en husband. Namanya Ika.
Paling best moment nie sebab ada tok sekali. Tok sebelah mak. Yang duduk atas kusyen hijau tue. :) Teringat dekat arwah tok saya yang baru meninggal hujung tahun lepas tue. Al-Fatihah.
Tok pun sporting. Cuma Wan jer tak datang sebab kurang sihat.
Yang tudung hijau lumut tue Mak Tam , bertudung merah tue tentulah ibu mertuaku huhu dan bertudung coklat tue Mak Cik. Anak dara bertudung biru tue pulak sepupu tp baru darjah 6 tau. Jangan tak caya...hobinya suka makan. huhu. Puteri, jangan marah tau!hehe
Lagi 3 orang tue, confirm dah kenal kan. Kalau tak kenal sukahati koranglah!:b
Kumbang sorang tue adalah my abah mertua. berbaju oren tak nampak muka adalah Mak Su, bertudung biru Mak Teh dan bertudung belang-belang adalah Mak Lang. Semuanya adik beradik sebelah mak mertua. Ha ramaikan! Itu pun ada lagi mak-mak sedara yang tak datang. Ada lagi. Sebelah mak memang ramai, 11 adik beradik. Kalau  berkumpul memang happeningla. 
Cukup sudah cerita semalam. Nak selit sikit cerita hari nie, pagi tadi masa jalan-jalan balik dari kedai makan macam biasa saya dan kawan-kawan akan melalui laluan pejalan kaki di sebelah sungai (tali air jer sebenarnya). Di kiri kanan laluan tue terdapatla pokok-pokok berpagar. Masa berjalan balik tue baru perasan pokok-pokok berpagar tue dah di'trim' dan dahan-dahan yang di trim tue dikumpulkan secara berkelompok di tepi-tepi laluan sebelum dikutip oleh pihak Bandaran. 

Nak dijadikan cerita sebelum nie kami perasan ada satu pokok bunga tahi ayam. Pokoknya besar dan bunganya sangat banyak dan merimbun cantik. Saya dan seorang kawan saya nie dua tiga kali dah rancang nak petik dahannya dan bawa balik untuk ditanam. Pernah sekali saya nak kepak dahannya tapi tak boleh sebab besar dan berduri. Cadangnya lain kali nak bawa 'cutter' tapi sampai ke hari nie asyik lupa.

Dan hari nie, bila tengok pokok-pokok yang lain dah di'trim', kami pun nak singgahla dan amik dahan pokok bunga tahi ayam yang dah di'trim' tue. Lagi mudah kerjakan, ambil jer dahan yang pihak Bandaran dah buang tue. Tapi bila sampai je dekat pokok tue, kami naik hairan sebab tak nampak langsung dahan pokok bunga tahi ayam yang dibuang dan pokok asalnya yang di'trim' pun tak ada. CONFIUS! Tetiba meremang bulu roma. Haishhhhh!

Kami selalu lalu di kawasan nie dan kami pun perasan pokok bunga tahi ayam yang besar ada di situ baru-baru  nie jer. Sebelum nie macam tak pernah nampak, jadi rasa cam sangat peliks sangat...alamak! OMG!!!!!! Takut? Mmmmmm buat tak tahu jer la.... 

Sekian.

Tiada ulasan:

Entri Popular