Selasa, 7 Mei 2013

Lukisan grafik Amani

Assalamualaikum

Apa perasaan anda kalau dinding rumah yang bersih dan cantik di calarkan dengan kehadiran lukisan grafik yang tidak diundang? 

Geramkan...ambil kain lap tak keluar, letak sabun dan lap lagi. Tetap taknak hilang lukisan yang tidak diundang tersebut. Padam dengan pemadam lagilah tak hilang. Bukan setakat menggunakan pensel malah, pensel warna, krayon, tanah liat, cap cari, cap tapak tangan kaki semuanya ada. Mahunya saya tak naik hangin satu badan. 
Tengok nie. Habis dinding dan meja tulis dia conteng. Bukan kecik-kecik lukisan mahal dia tue. Gedabak besar. Kalau tetamu datang ke rumah, bolehlah kunjungi galeri grafik versi Amani secara percuma.

Muka tak bersalah langsung bila orang marah. Hai...naik hantu jugak melayan karenah Amani nie. Tak tahu dah nak nasihat macammana. Nasihat dah, marah pun dah. Hasilnya dia tetap tak ada perasaan!Huh!...
Sofa pun jadi mangsanya. Cikgunya Amani dan anak murid adalah Yasmin. Yasmin memang tak berani buat semua nie tapi bila Amani dah start dia pun mulalah ikut. Nanti kalau marah dia ada alasan kenapa dia buat. Nak tahu alasannya? Alasannya confirmlah macam nie "Amani yang buat!"...Dia ingat kita tak nampak dia pun sama naik conteng sana sini cumanya cara dia lebih 'silent' sikit. Dia akan perhatikan dulu kita buat apa masa tue. Kalau kita tak perasan dia pun mencontenglah sekali.

Tengok gambar bawah (kiri) : Huruf H, S dan nombor 4. Amani tak pandai lagi tulis huruf dan nombor macam nie. Jadi siapa lagi dalam rumah nie nak tulis macam tue. Comfirmlah kerja si Yasmin tapi tetap tak nak mengaku. Huh!
Ada jer kerja dia nak buat dekat dinding tue. Dah habis pen, pensel, pensel warna. Uli pulak tanah liat dekat dinding. Tampal sana sini. Kalau kuat tampalnya memang susahla nak korek buang. 

Pening tengok gelagat Amani...
Bila tengok Aleesya pulak sakit jiwa lor pulak!
Maunya tak sakit jiwa, dia dah dapat perangai Amani masa kecik-kecik dulu. PENGOTOR!
Suka jilat benda yang ada dekat atas lantai. Bukan sedap pun Aleesya oooiiiiiii....
Nak masuk 11 bulan Aleesya suka berjalan guna lutut. Laju jer berjalan guna lutut kalau nampak saya  sampai ke rumah pengasuh. Dari dalam rumah sampai kaki lima dia jalan pakai lutut. Sampai kulit dekat lutut tue mengelupas. Jadi terpaksa pakaikan Aleesya seluar panjang 24 jam.
Apalagi la Amani nie nak buat. Terjinjat-jinjat atas kerusi tue. 
Ha! no...no...no....(jangan kacau dia buat kerja). Bila kita marah, dia marah kita balik. Abis tue camner?
Peace!
by me, AMANI.
Dulu memang saya dan en husband marah sangat bila dia start buat lukisan grafik nie. Tapi timbul masa alah bila makin marah, makin banyak lukisan yang dihasilkan. Jadi bila nampak dia buat lagi, marah sikit-sikit jer. Lantaklah! nanti bila depa dah besar. Bolehlah tukar cat baru. Boleh buat ID baru plak (mmmm...sajer nak sedapkan hati. Dalam hati dup..dap....dup...dap....menunggu gunung berapi meletus!Ggggrrrrrrrrrrrrrr).

Sekian.

Tiada ulasan:

Entri Popular