Isnin, 20 Mei 2013

Taman Kecil

Assalamualaikum




Rumput-rumput di laman teratak kecil saya dah mula bercantum dan menghijau dengan sekata. Selepas mesin rumput bulan lepas, rumput-rumput karpet tue macam kekuningan sikit akibat orang yang memesin tue mesin terlalu rapat ke tanah. Sepatutnya rumput karpet hanya boleh dimesin 1/3 daripada ketinggian rumput iaitu di hujung-hujung pucuk rumput yang tumbuh. Barulah ketinggian dan kehijauannya nampak sekata dan cantik. 

Rumput liar juga dah banyak bercambah di antara rumput-rumput karpet dan pokok-pokok bunga. Tak sempat nak mencabut dan merumpai lagi. Petang-petang balik kerja pun tak sempat nak layan karenah pokok-pokok dekat luar rumah. Dengan cuaca yang sangat panas terik dan matahari yang memancarkan cahaya sehingga jam 7.00pm membuatkan saya sekeluarga tak dapat bersantai di luar rumah. 

Anak-anak pun tak dibenarkan keluar bermain di taman permainan sebelah rumah tue. Takut demam...Anak-anak sayakan mudah demam jadi saya perlu hadkan aktiviti mereka diluar rumah buat sementara waktu. Balik dari rumah pengasuh terus masuk ke dalam rumah dan tutup pintu. Terus pasang air-cond. Cuaca panas membahang macam ie sangat terasa di bandar-bandar terutamanya di kawasan perumahan saya yang masih kekurangan pokok-pokok besar dan tumbuhan teduhan lain. Harap-harap cuaca begini akan berlalu dengan cepat supaya saya sekeluarga dapat beriadah di luar dengan pelbagai aktiviti menarik yang masih di dalam perancangan (aktiviti berkebun ler tuh! hehe)
Pokok bunga kertas ini berbunga sepanjang masa
Laman mini di hadapan rumah - rumput karpet hampir bercantum dengan baik setelah setahun ditanam

Rumput karpet dibahagian ini juga hampir bercantum sepenuhnya. Rumput dibahagian ini ditanam lewat sebulan daripada rumput di laman mini di atas. Tetapi pertumbuhan dan percambahan rumputdi kawasan ini agak cepat dan menyamai pertumbuhan di laman mini. :)
Laman tepi rumah yang ditanam dengan pelbagai variasi bunga berwarna warni bagi menonjolkan suasana yang cantik dan menawan hati sesiapa yang memandangnya. :b
Pandangan dari dalam rumah melalui tingkap. Kawasan ini akan dilengkapkan dengan satu set meja batu. Bolehlah kami sekeluarga bersantai pada waktu petang @ malam. Kalau pokok kemboja dah besar, tentu lagi best sebab kawasan ini akan redup diteduhi oleh pokok kemboja yang rendang dan cantik bunganya. Bunganya pun berbau harum. Tapi kalau waktu  malam berbau harum lagi, maknanya memang tak keluar rumah la...hahaha (ada juga sifat penakut tuh walaupun dah tahu bau itu datangnya dari mana...hehe)
Sekian saja perkongsian saya hari ini. Sebenarnya hari nie 20 Mei 2013 adalah hari lahir Amani yang ketiga. Hanya ucapan dan lagu birthday untuk Amani pada hari nie. Sambutan birthday Amani dan Aleesya akan dibuat serentak iaitu pada 1 Jun 2013 (Sabtu). Kebetulan hari lahir masing-masing hampir dekat tarikhnya, jadi elok juga buat sambutan bersama-sama. Lagipun sambutan yang dirancang tu hanyalah sambutan kecil-kecilan kami sekeluarga. Nak tahu tema sambutan mini itu, nantikan entri 1 Jun ini. Insya Allah saya akan update nanti. Sekian. :)

3 ulasan:

Umm AA berkata...

salam kunjung mimi...
cantik rumput karpet tuh..sy pun suka..tp kena jg betul2 kan..:)

Unknown berkata...

terima kasih berkunjung ke laman nie. Takde la perlu penjagaan rapi sangat. Sepanjang 10 bulan tanam rumput nie, baru sekali potong dan sekali baja. Rumput-rumput liar pun 2 miggu sekali dibuang. Siram tue hari-harila...hehe

Unknown berkata...

eh silap typing..Sekali sebulan membaja...:)

Entri Popular