Khamis, 18 Julai 2013

Adab Berjiran vs Jiran yang baik hati :)

Assalamualaikum

Bestnya update entri pagi-pagi buta macam nie. Laju jer bila upload gambar. Entri pun asyik sama jer sepanjang bulan Ramadhan. Asyik-asyik gambar makanan, makanan...makanan. Hmmm... rasa macam dah jemu jer korang yang membacanyakan. Saya pun dah naik muak jugak tengok entri-entri saya nie. Muahaha....Tapi nak buat macammana, bila dah hidang makanan atas meja, tangan nie asyik nak ambil gambar jer. Daripada tersimpan sepi gambar dalam kamera tue, lebih baik saya kongsikan dengan korangkan. Kalau korang jemu, tengok jer entri lain yer...Huhu

Ok, lah di sini saya nak cerita sikit. Tak adala nak membangga-bangga atau riak di sini yer. Sekadar nak kongsi rasa syukur sebab saya dikurniakan seorang jiran yang baik hati macam jiran lama saya dulu (semasa di rumah sewa). Tiba-tiba pulak teringat dekat jiran lama saya dulu, namanya Kak Noraza @ Kak Za. Kak Za nie ada empat orang anak. Kecik-kecik lagi. Jarak setiap anak-anaknya pun dekat-dekat jer. Bila yang sulung dah masuk sekolah, adik-adik yang lain berturutan jer masuk sekolah. Dan yang paling bongsu umurnya tua setahun daripada Yasmin. Sebelum pindah ke rumah nie, kawan baik Yasmin tentulah A'a @ Ara (nama panggilan kepada anak Kak Za tu tadi). Nama betulnya Farah. 

Kak Za nie selalu bagi makanan untuk keluarga saya. Dari saya ada anak seorang hinggalah ada anak dua. Dari saya tak menagandung, mengandung dan lepas berpantang, dia suka berbagi makanan pada kami sekeluarga. Tak kira Bulan Ramadhan atau bulan-bulan biasa. Setiap petang ada jer kuih atau masakan yang dia akan bagi. Jika ada masa, barulah saya akan membalas pinggannya dengan masakan saya pula. Bukan sedap @ tak sedap jadi ukuran, bukan kuantiti dan kekerapan berbagi makanan menjadi pilihan tetapi ingatan tulus dari hati. Kerana sentiasa ingat pada kami bila siap memasak dan nak makan. Bila nak berpindah, saya rasa macam sedih dan kehilangan seorang jiran yang sangat baik. Mungkin hasil air tangannya sedikit sebanyak dah sebati dengan diri saya dan keluarga. Sampai sekarang walaupun dah berpindah dua tahun, ingatan saya pada dia dan keluarganya masih kuat dan sentiasa ada dihati. Insya Allah nanti raya, kami sampai rumah Kak Za ek. :) (Tetiba bergenang air mata. Huhu...Saya memang seorang yang emo...haha)

Berbalik kepada cerita jiran saya yang tadi. Sejak berpindah ke rumah nie, jarang rasanya saya berkunjung ke rumah jiran-jiran dalam taman saya nie. Lagipun jiran melayu yang ada di taman saya hanya 6 orang. 4 orang bekerja (si isteri la kan) dan lagi 2 orang adalah surirumah. Maklumlah bila dah bekerja nie, masa di rumah tue terbataslah sikit. Hari cuti pun tak sempat nak ziarah-menziarah bertanyakan khabar. Hujung minggulah sibuk nak cuci baju, bersihkan rumah, memasak, luangkan masa dengan anak-anak, berkebun bla....bla...bla...(macamla sibuk giler). Tapi memang betulpun sibuk. Pagi je yang sangat sibuk, petang memang tak boleh dah nak keluar-keluar rumah sebab cuaca panas, malam takkan nak berkunjung tak tentu hala ke rumah orang kan. 

Jadi masa untuk bersua muka dengan jiran jarang-jarang ada (alasan kan! hehe). Kadang-kadang jer terserempak ketika masing-masing nak keluar kerja atau balik kerja. Itu pun boleh dikatakan jarang-jarang sebabnya masing-masing kerja bukan jam 8 pagi hingga 5 petang pun. Ada yang keluar lebih awal dan ada yang keluar agak lewat. Kalau terserempak asyik berbalas senyuman @ sekadar angkat tangan. 

Orang dulu-dulukan, cuba kita fikir balik. Petang-petang mesti jer ada yang melepak di bawah pokok jambu sambil menicah buah. Masa nie lah nak berkongsi cerita (tolak yang suka bergosip tak tentu pasal tue ye...hehe). Adalah kemesraan di sini. Selalu bersua dan hubungan mereka akan jadi lebih akrab. Susah senang sama-sama. :)

Ha..panjang pulak cerita kali nie...boring dah ek membaca..jom kita jamu mata plak...

Juadah semalam

Menu utama Ikan Patin Masak Tempoyak. Masakan kegemaran saya dan en husband. Pikah tak makan masakan bertempoyak nie. Masa tengah masak ikan patin nie, dia dah bising bau tempoyak yang kuat...Bagi dia macam busuk la kan. Tapi bagi saya mmmmmm sedapnya bauuuuuu! meleleh-leleh  airlior.....slurppp!
Kebetulan saya masak seekor ikan, jadi saya berbagi sedikit untuk Kak Liza (jiran belakang rumah yang saya silap panggil nama tue..huhu).

Puding roti ihsan Kak Liza. Dia rajin jugak berbalas makanan dengan saya. Suka....:) 
Itulah sebabnya tiba-tiba teringat jiran lama saya, Kak Za. Hmmmm....asal entri nie pun berkisar tentang makanan jugak kan. Tapi yang istimewanya ada kisah lain di sebalik cerita tentang makanan. 
Itulah keluarnya cerita ni, cerita  TENTANG JIRAN. :b

Udang masak kunyit. Istimewa untuk Pikah yang tak makan Ikan Patin masak tempoyak. 

Tak lupa juga sayur bayam. Menu kena lengkap dengan pelbagai nutrisi dan perlu seimbangkan. Jadi jangan ada lauk jer, perlu ada sayur-sayuran hijau untuk jaga kesihatan. Makanan tak boleh banyak minyak, bergoreng, bersantan dan berlemak. Nasihat IK yang ada di rumah ini. :b

Cucur Udang.
 Tadi ye ye ooooo jer cerita makanan seimbang la, bernutrisi bagai. Tapi terselit juga makanan bergoreng. huhu...

Sebelum mengundur diri, ingin saya kongsikan di sini satu ayat dari Al-Quran berbunyi;

Surah An-Nisaa' [4] : 36

36. Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, kaum-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.

LOVE from ME. 
Senyumlah selalu !
Kerana senyuman itu adalah satu sedekah. :)



Kalau senang jenguklah laman http://koleksihadisnabi.blogspot.com/2010/11/adab-adab-berjiran-jiran-dikhususkan.html. Mungkin ada banyak ilmu yang boleh dikongsikan tentang jiran. :)

Sekian.

Tiada ulasan:

Entri Popular