Isnin, 8 Julai 2013

Hari Kedua di Langkawi (Part ii)


Assalamualaikum

Kita sambung cerita ke hari kedua plak...

Sebelum masuk mesyuarat, kita posing dulu dalam bilik. Rasa cam pengacara plak duduk kerusi besar macam ni. Huhu perasan jer lebih, cakap pun tak pandai...camner? :b

Saya pun nak jadi pengacara. Pengacara kanak-kanak suka beremosi. Kadang-kadang senyum, kadang-kadang tarik muka. Saya memang suka merajuk. Hobi...muahaha
Ada talent tak? 

Sementara saya bermesyuarat, en husband teman Yasmin mandi di kolam. Bukan main suka lagi Min dapat berendam. Tak ramai plak tue...
"kolam nih aku yang punya..lalalala....."

Aktiviti petang - Berjalan-jalan di island hopping. Yeah!..

Jeti tempat menaiki bot ke Island Hopping.
Dekat jer dengan De Baron Resort. Jalan Kaki pun sampai. Tapi sebab ada transport jemput dari resort ke jeti, naik jer la..huhu

Bukan naik bot yang depan nie, tapi bot yang berderet dekat belakang nun ha! :)

Rehat jap. :)
Cer teka dekat mana ada pasir pantai yang putih melepak dan halus mulus macam ni di Langkawi?
Ha jawab..jawab...

Baju dan seluar min pun dah masuk dalam topi tuh! Apa min buat ek? Jom skodeng..

Tulis nama Yasmin di pasir untuk kenangan. Ini tulisan Yasmin berumur 5 tahun. Lulus dengan syarat...haha.....syaratnya kena usaha dan rajin belajar lagi. Muahaha. 
Huruf 'Y' kurang jelas dan 'M' macam 'N' jer. Kan! kan! kan! boleh lah

Ini dikatakan MAHU TAPI MALU. Orang dah basah lencun main air. Yasmin masih terkial-kial main di gigi-gigi air. Kalau gigi air tu boleh gigit, alamatnya Min asyik menjerit jer la. Geram! Nak mandi laut tapi pijak air takut. Apa kelasssss...

Ha comelnya si Danish. Anak pegawai di pejabat saya. Yasmin dah terbekenan dekat mamat comel nie. Asyik tersalah panggil je dengan nama Haikal. Rupa dan gaya Danish nie pun ada iras-iras macam sepupu Min, Naufal yang nun jauh di Skudai, Johor.

Selesai bermandi manda, kami ke tempat burung helang berterbangan di awan. Besar-besar helang dekat sini. Asyik jer tengok burung-burung nie terbang sambil menangkap ikan. Tajam sungguh pandangan mata helang pada ikan di permukaan air laut. 

Bot ni khas untuk keluarga yang bawa anak-anak kecil. Luas dan selesa. :)

Inilah ibu mengandung yang sedang tidur. Ini baru betul Pulau Dayang Bunting.

Seterusnya melangkah kaki memanjat berpuluh anak tangga ke Tasik Dayang Bunting. Yasmin laju jer panjat. takpela budak-budak banyak tenaga. Rasa cam nak pinjam sikit tenaga Min tuh. Lenguh kaki jugak panjat dan turun tangga nak ke tasik.

Nampak tak Dayang Bunting tengah tidur tu?
Sebelah tasik nie tak berapa nampak bentuknya.
Tasik nie boleh mandi tapi Pejabat Kesihatan dan buat papan tanda peringatan, air di sini tidak sesuai untuk diminum.
Jadi sesiapa yang datang minum air tasik nie berhati-hati ye. (Orang dolu-dolu cakap kalau sesiapa yang susah hamil, minum air Tasik Dayang Bunting nie kan. Pejabat Kesihatan dah pesan risiko kan minum air nie, jadi berhati-hatilah)

Ini serba sedikit sejarah terjadinya tasik Pulau Dayang Bunting nie. Sebelum kita berpisah di entri nie. Silalah baca...:)

Tiada ulasan:

Entri Popular