Assalamualaikum
Simptom period @ perubahan hormon?
Sejak dua tiga hari nie, 24 jam saya rasa asyik nak marah jer. Tak ada sebab pun rasa cam hangin satu badan. Bukak mata jer rasa nak marah. Kalau tidur, ok la sebab tak sedar kan. Tapi pejam mata nak tidur pun susah saaaaangat. Mata nie susah tul nak lelap. Badan pun macam tak ada tenaga. Peliks...napa tiba-tiba saya jadi macam nie.
Memangla period saya datang dua hari lepas (Jumaat), dua tiga hari sebelum period tue saya mengalami simptom badan letih. Sehari lepas period terus mood saya bertukar. Rasa hangin satu badan tanpa sebab. Yang menjadi mangsa dah tentu anak-anak. Salah sikit memang menjerit la saya. Silap haribulan penampar pun kena, cubit pun kena. Kadang-kadang rasa kesian. Bila nampak depa buat perangai atau suka cari pasal antara satu sama lain, lagi tinggila temperature saya naik.
Petang dua hari lepas, en husband keluar. Tinggal saya dan anak-anak. Anak-anak plak susah betul nak lelap mata petang semalam. Jadi saya biarkan mereka main. Saya pun baring-baringlah. Tetiba saya dengar si Aleesya nangis menjerit. Saya terus bangun dan nampak Amani pijak-pijak perut Aleesya. Hush! dah macam ahli tinju dah...Temperature terus naik paling tinggi, terus saya tarik rotan dari belakang cermin dan rotan kaki Amani. Mulut nie dah pot pet pot pet ..... marahkan Amani. "Knapa pijak perut Aleesya? Nanti Aleesya mati macammana? Knapa suka buat orang nih?......Tak dengaq cakap ibu no....Amani nak kena tibai ka."......pot pet pot pet .....Amani nangis sambil pegang kaki yang kena rotan. Saya tahu dia sakit. Pertama kali saya rotan dia. Sebelum nie kalau saya marah pun, saya hanya pegang rotan dan cakap" kalau Amani buat prangai lagi, malam nie Nani tidur dengan rotan nie!" Itu pun dia dah takut sebenarnya. Tapi memang kali nie saya tak boleh tahan sabar.
Eeeeiiiiiiiiiiiii! Geram dekat saper plak Amani nih? Muka tue dah macam antu tepung komak. Habis sekerat botol bedak dibuat main. Haruskah daku bersabar lagi...huhuhu |
Malam tue, en husband plak dengar Amani dan Aleesya nangis. En husband yang tengah mandi keluar dr bilik air dengan badan penuh air (sib baik tak penuh buih sabun, kalau tak dah nampak macam hantu sabun...kui...kui...). En husband nampak Yasmin plak duduk atas belakang Aleesya. Dia buat Aleesya macam kuda. Henjut-henjut belakang Aleesya. En husband terus marahkan Yasmin. Mmmm jadi saya tak buat ceritala petang tadi kes Amani tue. " Min dah besar, knapa nak tiru Amani!" pot pet pot pet .....Dah plak dah.... en husband plak yang pot pet pot pet....:(
Mmmmm..." ibu nie garang!" |
" Min/ nani tak mau buat lagi...."
NORMAL la kan budak-budak. Masih tak tahu nak bezakan baik dan buruk. Tapi yang tak normalnya saya. Kenapa asyik nak MARAH? Saya rasa mungkin perubahan hormon kesan daripada pengambilan ubat penghalang period (Sunolut). Sebelum nie, kalau saya period pun saya tak pernah rasa nak marah giler macam nie. Tapi selepas beberapa kali ambil SUNOLUT, berterusan plak tue, saya rasa mood saya berubah serta merta. Saya tanya mr google tentang kesan negatif pengambilan Sunolut tapi tiada jawapan. Mungkin harus ke klinik @ farmasi. Sekarang saya menunggu jawapan dari http://drlinaaestheticblog-timeless.blogspot.com.
Kalau betul Sunolut mempengaruhi emosi saya hingga ke tahap nie, maknanya saya terpaksa buang implanon saya. Kerana implanon lah saya bergantung kepada Sunolut. Saya sendiri tak mampu nak tahan marah saya seperti selalu.:(
- Sedih sebab selalu marahkan anak-anak
- Sedih sebab en husband terpaksa melayan mood sukar dikawal nih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan