Ahad, 21 Julai 2013

Dah lama tak balik kampung...

Assalamualaikum

Tajuk... macam bertahun tak menjenguk kampung. Huhu. Walhal minggu lepas dah singgah rumah mak abah di kampung. Tapi bila setakat singgah jer rasa macam tak sempurna dengan perkataan 'balik kampung'. :)

Khamis lepas, habis waktu kerja terus balik rumah kemas barang-barang dan masak paprik ayam dan cucur udang (siap masak kuah kacang hokey. Selalunya cucur udang kat rumah cicah sos cili Thai jer. Tapi nak balik rumah mil kenala masak lagi sedap dari rumahkan!. Maklumlah nak ambil hati mil...hehe).

Tiga hari dua malam (alolooo! macam pergi bercuti plak kira hari dan malam...huhu) di rumah mil rasa macam malas nak balik rumah. Best jer berbuka dan bersahur dengan mil di rumah baru. Anak-anak plak dah pandai nak bersembang itu ini dengan tok dan wan. Tanya soalan macam-macam sampai tok dan wan dah tak larat nak jawab. Kalau di rumah jam 9 - 10 malam dah masuk tidur, tapi bila rumah tok dan wan, anak-anak tidur jam 10.30 - 11.00 malam. Itu pun bila tok dan wan nak masuk tidur. Kalau melayan maunya sampai jam 2 - 3 pagi budak-budak nie tidur. 

Yang bestnya si Yasmin boleh cerita dekat wan yang dia dah ada 'awek' dekat sekolah. AWEK?...Pelikkan! Kalau di Kedah awek tue maksudnya makwe. Makwe tu selalunya panggilan untuk pasangan perempuan. Yasmin silap menggunakan perkataan la tue. Hahaha...Di rumah tak pernah ada versi cerita tentang awek ni tau. Dia dah pecahkan rahsia dengan wan. Mungkin dekat rumah takut nak sebut awek...awek...nie. Takut saya dan en husband marah mungkin. Masa Min tengah syok bercerita tentang awek nie, saya dan en husband dah nak masuk tidur. Nasib baikla bilik dengan ruang makan sebelah menyebelah. Jadi dapatla dengar Min pot pet pot pet dengan wan. 

Beria-ia jer Min cerita awek dia ada 3 orang. Siap bagitahu nama. Mohd Haikal..mohd....dan sorang lagi nama perempuan, nama apa pun ntah saya dah tak ingat...Hai! baru umur 5 tahun dah pandai sebut awek-awek nie. Apa maknanya pun mungkin Min tak tahu. Sebab dalam title 'awek' tue ada awek lelaki dan awek perempuan. Hahahaaaa.....Min...Min...

Pagi-pagi lagi anak-anak dah bangun. Walaupun tidur lewat tapi tak sempat matahari terbit, depa dah bangun. Bila bangun tak ada kerja lain, depa suka main tanah.
Di rumah dan rumah tok Bukit Selambau, nak jumpa tanah elok macam nie memang tak dapat la kan. Jadi bila dapat jer melukis, lorek sana lorek sini atas tanah tue, budak-budak nie kemain suka...Si Aleesya pun lukis sama. :)

Yasmin dah pandai menterjemahkan lukisan rumah. Walaupun bentuk macam rumah kartun mmmm bolehla..Banyak terpengaruh dengan gambar-gambar cerita kartun BabyTV la nie..

Wah! rumah Aleesya lagi besar. Mungkin rumah flat @ apartment. Haha
Erk! percaya ke Aleesya yang lukis nih? Tengok gaya tue memang macam dia jer lukiskan! Hahahaaa
Yee yee ooo jer kan! :b

Tudia....bakal-bakal arkitek tengah mengukur dan menanda bahagian-bahagian tanah yang akan dibangunkan sebuah Kondominium....Hahaha

Erk! apa tue? Orang terbang ker? burung? Hmmmm...confius...lalalala....

Inilah orang-orang yang bertungkus lumus di balik tabir. Huhu

Sesi 'bersahur' di kala matahari tengah meninggi. Aleesya tetap maintain kena makan dalam tudung saji walau di mana jua berada. Huhu

Princess berdua nie suka benar balik rumah tok kali nie. Ini pertama kali kami sekeluarga balik bermalam di rumah baru mil. Rumah baru nie amat selesa dan laman luar yang luas membuatkan budak-budak nie suka bermain di luar. Suhu pun tak lah panas sangat macam rumah taman. Rumah kampung di atas bukit....mmmmm menyamankan. Saya pun suka...hehe

Jom jengah pemandangan di sekitar rumah mil. Pokok pisang yang baru abah tanam di belakang rumah. Banyak juga pokok-pokok buah dan sayur yang abah tanam. Maklumlah tanah luas jadi nak tanam apa pun boleh. Tanaman sayur saya yang seco...ek jer dekat rumah tue memang tak boleh lawan la tanaman abah.. huhu
Yang berbumbung biru tue rumah jiran abah. Dekat jer..

Jalan utama di hadapan rumah abah. Kalau kereta, lori @ motor lalu lalang di jalan nie, rasa macam semuanya nak datang rumah. Kuat bunyinya.

Rumah mak abah letaknya di atas bukit. Jadi dapatla tengok pemandangan yang cantik dan menarik dari dalam rumah. Sejuk mata memandang melihat kehijauan sawah bendang terbentang luas di hadapan rumah. 

Dalam banyak-banyak perhiasan yang mak lekatkan di dinding, gambar ini menjadi pilihan saya. Cer cari di  mana keluarga saya. Gambar nie diambil raya tahun lepas.

Sekian. 



Tiada ulasan:

Entri Popular