Ahad, 21 Julai 2013

Irish Qaisara Binti Mohd Yusri

Assalamualaikum

Sambutan raya kali ini lebih meriah dengan kehadiran cahaya mata baru di dalam keluarga mil. Anak sulung keluarga adik ipar, Ayu dan pasangannya Yusri. Tahniah!

Irish Qaisara nama di beri. Sah la perempuan kan. Comel sangat baby Ayu nie. Kulit bersih dan putih melepak. Bak kata en husband, maunya tak putih, ibu dia selalu minum kolagen. Hehe...Ok la tue, janji baby sihat dan sempurna. Ayu selamat bersalin pada hari Jumaat lepas iaitu 19 Julai 2013 @ 10 Ramadhan. Mengambil berkat bulan Ramadhan dan hari Jumaat, baby nie tak banyak karenah. Asyik tidur jer...Tak ada nak nangis-nangis bagai. Masa baby nie keluar pun, si Ayu cakap dia nangis kejap jer lepas tue dia diam jer. Bagus baby nie. Semoga menjadi anak yang solehah! :)

Cer teka muka macam iras bapa @ maknya? 

Ini mak dan bapa baby Irish. Majlis bertunang waktu nie. 
Kejap jer rasanya waktu berlalu, dah dapat baby. 
Lepas ni terpaksa la berjaga malam macam kami semua (with Kak Eila, Ina dan Lin). Huhu


Teringat masa Yasmin, Amani dan Aleesya baby dolu-dolu. Macam nie lah rasanya kendong baby waktu kecik-kecik. Takut jer terlepas sebab badan baby ringan dan lembut. Kepala pun kena pegang elok-elok dan pelan-pelan. Takut terkehel, sian baby tue nanti. 

Saya suka tengok baby yang umur 6 bulan ke bawah. Geram jer nak cium pipi yang putih gebu dan pipi yang bam-bam tue. Tapi saat menjaganya la yang tak tahan. Banyak karenah...Minum selang 1 - 2 jam. Tukar pampers pun kerap lepas tue poo poo lagi. Nak mandikan pun kena berhati-hati sebab tulang baby lembik lagi dan takut jer tangan terlepas baby dalam kolam keciknya tue. Maklumla bila letak sabun tangan kita akan licin, hisssshhh! seriaaaaaaauuuu baby terlepas dari pegangan tangan. Bukan senang nak mengandung 9 bulan dan hadapi saat melahirkan. Bila dapat baby perlulah menjaganya sebaik mungkin. :)

Pengalaman saya berpantang anak sulung dan kedua dulu, mak dan en husband yang selalu mandikan baby. Saya macam takut-takut jer nak mandikan baby. Dah habis pantang, barulah saya berani nak mandikan baby. Takut juga nak dukung baby jalan jauh-jauh dari bilik ke bilik air, takut tergelincir dan sebagainya. Masa tue kita kan jalan 'kepit kaki' (dengan barut lilit penuh badankan! Jadi berjalan pun dah macam robot, keras!). Tapi bila dah masuk anak ketiga, kebetulan badan si Aleesya masa lahir dah kemas dan mantop (mau nya tak mantop, berat masa keluar 3.75 kg), berani lah saya mandikannya semasa berpantang. Semuanya dah berakhir 10 bulan yang lepas. Aleesya dah setahun. Dah boleh berjalan dan berlari. :)

Putihnya.....Geram jer tengok.. 
Mulut merah macam letak lipstik jer. Ker ibu dia letak lipstik siap-siap nih? Huhu

Ha! ini baby besar. 
Dah tak muat katil baby di wad hospital nih. Kaki dah terjulur keluar dari katil. Macam best jer si Aleesya baring dalam nih. Di wad ini juga, saya pernah duduk semasa bersalinkan Yasmin. Selepas kelahiran Yasmin di hospital nie, saya jadi fobia bersalin di hospital kerajaan. Sebabnya ada sorang nurse nie suka membebel dan marahkan saya dan baby Yasmin masa tue. Saya rasa tak patut nurse nie marahkan baby Yasmin dan membebel panjang dekat saya yang tengah letih dan tak bermaya ketika lepas bersalin. 

Masa saya melawat Ayu, sempat juga saya meninjau-ninjau nurse-nurse dekat situ. Manalah tahu terjumpa nurse 'muka masam' tuh. Nak jer tunjuk dekat en husband. Kerana dia la saya serik bersalin di hospital kerajaan. Kerana dia lah saya sanggup kumpul duit ribu riban bersalin di hospital swasta. Kerana dia jugalah saya asyik cakap dekat adik-adik dan kengkawan yang lain jangan bersalin di hospital nie. Huhu

Tak baik betul simpan perasaan macam tue. Tambah-tambah pulak cerita di bulan-bulan puasa nie kan. Tapi camner...Bila pergi hospital nie, comfirm saya teringat nurse tue. Mungkin dah pencen, mungkin dia masih bertugas. Semoga dia dah berubah dan tak layan pesakit macam tue lagi. Yasmin dah 5 tahun, tapi saya masih teringat apa yang dia marahkan saya dan Yasmin.

Ok, sudah-sudah! Tak baik tau korang....




















Apsal korang scroll lagi?...



Dah-dah saya tak nak cerita dah. :b








Astagfirullah Al-Azim....:)

Cerita ini hanya sekadar perkongsian dan semoga kita berbuatlaha baik kepada sesiapa sahaja di sekeliling kita. Walaupun dia bukanlah siapa-siapa di kalangan kita, tapi dia tetap saudara sesama islam. Hormati dan sayangilah dia. :)


Buat adik Ayu dan Yusri, semoga menjadi ibu dan bapa mithali. Anak adalah hadiah yang paling berharga buat kita. Jaga dan peliharalah dia sebaik-baiknya. Petang Raya, kita jumpa lagi. Tentu dah besar baby Irish nanti. Mmuaahh!

Tiada ulasan:

Entri Popular