Isnin, 1 Julai 2013

Restoran Jeragan

Assalamualaikum

Mukadimah entri kali ini.
Aleesya memberi ceramah petang sebelum makanan dihidang. Yea Yea Ooooo je kan!
Siap semua memberi perhatian sepenuhnya.
Yasmin pun siap toleh belakang lagi dengar Aleesya mengomel. :b
Comelkan minah cina yang duduk dekat belakang dan berambut panjang tuh? (tetiba jek...hehe)

 Minuman sudah sampai...

 Amani macam biasa asyik muka mencuka selagi tak dapat apa yang dia nak. 
Berebut air carrot ais dengan ibunya yang comel nih. Muahaha....perasaan je tue. :b

 Nampak tak si nonet kat belakang tue. Si Aleesya kemain suka berlari sana sini. Si abah asyik memerhati je dari jauh. Baguslah! ibu boleh bergambar sesuka hati tanpa pedulikkan anak-anaknya. Muahaha ....

My mom, Pn Jamilah muka sedey sebab sangat lapar, perut dah berkeroncong tapi bila minta order hanya order air kosong sebab katanya nak tumpang makan je makanan orang lain. NAK DIET!...Al-maklumlah baru balik kursus bersama Jabatan Kesihatan. Kursus tentang penjagaan makanan dan kesihatan.
Ok kita tunggu apa akan jadi lepas nih...hehe

 Sukanya Aleesya.... :)

NJANG... panggilan anak-anak saya untuk adik perempuan saya yang keempat. Pon minum air suam jek....Mmm jaga badan la kununnnnnn....(save budget untuk belanja hari nie....muahaha. Tak baik tul daku berkata begitu. huhu..)

 My daddy, En Zakariah @ nama glamer Pakya. Order nasi putih ayam masak merah dan barli suam.
Silalah makan dulu ye. 

 Mulut Moncoooooong.....
Nyampah dah tengok. Ngada-ngada jer lebih Amani nih. Dapat air memang tak bagi kat orang yang order dah (saya ler tue). Nak order segelas untuk dia sorang memang comfirm tak habis. PHD sangat tinggilah si Amani nih! Grrrrr

Errr...knapa ek tangan macm tue? Termalu plak nak buat bentuk LOVE. Terperasan sesorang macam ada orang tengok daku. Daku kan pemalu orangnya. Ye ke? a'ahla.....:b

Amani terkejut apa palk tue?
Makanan sampai satu-satu. jadi sape yang dapat dulu. Silalah makan dulu. 

Chicken chop RM 10.90. Sedap!

Pizza ayam saiz sederhana RM12.00. Lembut dan sedap!

Spaghetty bolognese RM5.80. Pon sedap!

Akhirnya....bila tengok dan rasa semua makanan yang di order sedap-sedap. Pn Jamilah teruja nak makan keteow goreng. Hahaha....kan dah order jugak. Takdenya nak diet-diet time ada yang sudi belanja makan malam nie. Huhu

Senyuman paling manis Pak Ya untuk tatapan semua. 

Mak dan ayah datang rumah saya petang nie sebab nak hantar Pikah (njang) untuk praktikal sebagai cikgu pendidikan khas di Sekolah Menengah Syed Mohamed Al-Bukhary, Alor Setar selama sebulan. Selama itu juga dia akan menetap di rumah saya. Akan menjadi 'mangsa' anak-anak saya lah lepas nie. Huhu Adik saya yang nie memang sangat rapat dengan anak-anak saya. Jadi kalau dia ada, anak-anak saya akan berkepit je la dengan dia dekat rumah. 

Sekurang-kurangnya nanti kalau en husband ada operasi bazar Ramadhan, tak ada la saya kalut sangat. Mana nak sediakan juadah berbuka, mana nak melayan karenah anak-anak. Sekurang-kurangnya bulan Ramadhan tahun nie, saya boleh memasak untuk berbuka. Berbanding tahun lepas, kalau en husband ada operasi bazar Ramadhan, selalulah tapau lauk-pauk dekat bazar. Dah naik muak rasanya. Nak masak memang tak sempatla kecuali tanak nasi jer... Fasa anak-anak masih kecil, memang MASA tue banyak dihabiskan untuk melayan karenah mereka. Tambah plak jarak anak-anak saya 2 tahun sorang. 

Oklah setakat ini sahaja coretan kali ini. Sekian. Senyum selalu. :)

2 ulasan:

Entri Popular