Assalamualaikum
Jom kita sambung cerita. Kisah di hari ketiga. Hari terakhir, kami melawat kilang kristal. Kami diterangkan dengan terperinci cara-cara nak menghasilkan seekor itik dan cawan kristal.
Rupanya barangan kristal nie dihasilkan daripada pasir yang sangat halus dan diimport dari USA. Pelbagai rekabentuk hiasan kristal boleh dihasilkan dengan sentuhan kreatif pembuatnya.
Pasir yang diimport khas dari USA
Serbuk pewarna yang digunakan
Dendeng yang digunakan untuk memanaskan pasir dengan suhu 1200 darjah celcius
Pasir perlu dibakar di dalam dengan suhu 1200 darjah celcius selama 12 jam. Bila pasir dah pekat dan berwarna putih lutsinar (macam kaca), barulah sesi membentuk dan mewarna sesuatu bentuk dibuat. Untuk hasilkan seekor itik, hanya 10 minit diperlukan. Itupun dua tiga orang yang membantu menghasilkannya secara bekerjasama.
Bentuk cawan kristal yang terhasil dari hembusan udara ke dalam pasir yang telah dipanaskan
Kepanasan pasir lutsinar tue, kalau kita letak kertas pada pasir tue, terus api keluar. Maknanya sangat panas. Kalau terkena kulit, pasti melecur terukla. Bayangkan suhu 1200 darjah celcius. Hish! tak dapat bayangkan kalau pekerja yang tengah buat barangan kristal tue tersentuh atau terjatuhkan benda panas tue...Oh tidakkkkkkk!
Selepas siap sesuatu barang, barang tersebut perlu disejukkan dengan suhu 1200 darjah celcius jugak selama 12 jam. Barang kristal nie mahal pada sumber pasir, cara dan masa penghasilannya dan seni kreatif pembuatnya.
Cawan kristal yang telah siap
Cara menghasilkan kristal dari pasir nie memerlukan kepakaran dan seni yang halus dan teliti. Untuk membuat seekor itik, seseorang itu perlu belajar selama tiga bulan. Itupun mungkin ekor atau leher itik masih senget. Kalau nak betul-betul mahir perlu sekurang-kurangnya setahun pengalaman membuat rekebentuk itik nie. Bukan mudah tau nak menghasilkan sesuatu barangan kristal. Patutlah harganya pun boleh tahan mahalnya.
Hanya orang yang seni minat pada barangan kristal nie. Macam saya, tak berapa nak minat sebab nak memiliki barangan kristal ni pun kena banyak ongkosnya dalam poket. Dari saya beli barang kristal nie lebih baik saya beli susu dan pampers anak. muahaha....(budget hokey!...ibu yang bijak kena fikir itu semua.....lalalalaaaa....)
Ini produk kristal yang dihasilkan. Harga setiap satu produk mencecah ratusan hingga ribuan ringgit.
shhhh....shhhhhhuhh...tepi sikit...tepi!....
Orang nak tengok barang kristal bukan 'bebear kristal'...muahaha
(maunya kena tarik telinga dengan 'bebear kristal' tuh lepas nih...hehe)
Barang-barang kristal di rak nie kebanyakkannya berwarna.
Lebih menekankan kepada produk seperti vase @ pasu bunga bercorak yang cantik
Lebih menekankan kepada produk seperti vase @ pasu bunga bercorak yang cantik
Cer tengok tuh. Sekuntum bunga harga RM45. Daun harganya RM20. Kalau beli, mestila kena beli sejambak baru cantik. Cer kira, kalau sejambak berapa hah?
Pastu balik rumah letak pasu dan bunga sejambak tuh sebagai hiasan atas rak atau meja. Tetiba anak buat main atau terjatuhkan sekuntum. Oh tidak!!!! tidak!!!!!tidakkkkkkkkkkkkkk!!!!
(Oitts...sudahla sikit-sikit berangan tuh. Beli pun tidak, berangan jer lebeyyyyy. Pelempang kang baru tau....huhu)
Helang.
Macammana la depa buat nih. Berlekuk-lekuk. Seni betul....
Helikopter.
Bukan RM 650 tapi RM 1650 hokey!..
Lebih baik cari DORAEMON. Pinjam jer helikopter Doraemon. FREE!
(Eh! ye ke free. Doraemon pun import dari Jepun. Ha lepas tu camner?
Yang mana mahal lagi? huhu)
Udang galah
Ini pokok bunga telinga kera kan orang panggil. Besar ni pun dan ratus-ratus. Berbaloi le kalau orang tahu cara nak hasilkannya pun susah.
Dalam banyak-banyak rekabentuk kristal yang ada di kedai kraf nie, yang paling menarik perhatian saya adalah Tepak Sireh nie. Unik dan tradisional SANGAT.
Ukiran dan warna yang digunakan untuk penghasilan tepak sireh nie sangat halus dan menarik.
Siap ada daun sireh warna hijau hokey!
Rasanya macam nak. Tapi bukan nak beli tapi kalau orang hadiahkan NAK! :)
Ini yang uniknya bukan orang berbaju purple tu. Tapi lukisan dekat dinding tue. Lalalala.......
Sebabnya lukisan besar tue ada sijil kelahiran hokey!.
Nampak tak frame saiz A4 bawah lukisan tu?
Itulah sijil kelahiran lukisan keluarga ayam tue.
Ada tajuk lukisan, ada nama dan signature pelukis, tahun dihasilkan dan lain-lain berkaitan lukisan tue. Lukisan nie dari Indonesia.
Ini memang unik.
Sebab Yasmin dan ibu kena jadi urusetia peserta menunggu van ke jeti Kuah.
Hahahaha........
Sebelum balik, sempatlah rembat satu set pinggan di Idaman Suri. Dah lama idamkan nak set pinggan mangkuk berbentuk segi empat dan berwarna putih macam nie.
Sekian, cerita tiga hari dua malam di Langkawi. Masa nie tak sabar nak balik. Rindu sangat nak jumpa Amani yang buas dan Aleesya yang suka senyum tue... Mmmuaahhhhh!
Sekian, cerita tiga hari dua malam di Langkawi. Masa nie tak sabar nak balik. Rindu sangat nak jumpa Amani yang buas dan Aleesya yang suka senyum tue... Mmmuaahhhhh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan