Sabtu, 13 Julai 2013

MOREH @ Jamuan makan selepas Solat Terawih

Assalamualaikum


Hari ketiga Ramadhan, kami sekeluarga balik ke kampung untuk berbuka bersama mak ayah dan bersama-sama membantu menyediakan juadah untuk MOREH. Tahun nie, keluarga mak dapat nombor tiga untuk penyediaan juadah untuk MOREH di Surau An-Nur, Kampung Perak.

"Siapa yang memberi makan (berbuka) untuk orang berpuasa, dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya"
- Riwayat At-Tirmidzi

Berdasarkan hadis tersebut, seeloknya diberi makan orang yang berpuasa ketika ia berbuka bukan selepas solat Terawih. Tapi di kampung saya, mereka mengamalkan menyediakan MOREH selepas solat Terawih. Walaubagaimana pun, semuanya bergantung kepada persetujuan dan keperluan penduduk di sesuatu tempat. Di kampung nie, kebanyakkannya akan berbuka di rumah sebelum ke surau untuk solat Isyak dan solat Terawih. Mungkin ingin meraikan waktu berbuka bersama keluarga masing-masing. :)

Walaupun tak dapat pahala seperti Riwayat At-Tirmidzi di atas, sekurang-kurangnya kita dapat pahala seperti pemahaman di dalam ayat ini;

"Umat Islam digalakkan membuat amal jariah sebanyak mungkin di bulan Ramadhan seperti bersedekah, menolong orang susah, memberi @ menjamu makan orang berpuasa dan sebagainya. Ini kerana bersedekah yang paling afdal adalah bersedekah di bulan yang mulia iaitu di bulan Ramadhan"

:)

MOREH kali ini macam biasa mak akan kongsi dengan dua orang jiran yang lain iaitu keluarga kak Wati dan Abang Ei (nama sebenar tak tahu..huhu). Menu untuk tahun nie adalah serawa durian dan roti jala. Saya tambah sedikit menu sedia ada nie dengan menyediakan dadih. Sebanyak 80 bungkusan makanan disiapkan untuk semua jemaah surau. (ha! sekarang dah tahu kan kenapa saya sediakan dadih selepas sahur semalam) :)

Bersedekah adalah salah satu ADAB BERPUASA di bulan Ramadhan. Jadi marilah kita sama-sama meringankan tangan untuk memberi sedekah sekadar yang termampu. Walau pun bukan cara memberi dengan duit @ makanan (harta), cukuplah sekadar membantu meringankan beban orang-orang yang susah dan memerlukan dengan cara membantu dari segi tenaga dan kudrat yang dikurnia olehNya. :)

"Barangsiapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah S.W.T akan menerima apa yang baik sahaja. Nescaya Allah S.W.T akan menerima dengan tangan kananNya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang dari kamu memelihara anak kuda hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi gunung" 
Hadis Bukhari

Sekian. Selamat berpuasa! :)

p/s:  S.E.D.I.H gambar menu moreh dan semua orang bersiap-siap nak ke surau yang diambil menggunakan handset en husband tak boleh buka.

Tiada ulasan:

Entri Popular