Isnin, 22 Julai 2013

Kisah baju raya sedondon di hari raya...

Assalamualaikum

Ingatkan tahun nie, bulan Ramadhan dah tak nak keluar shopping baju raya. Tapi macammana ntah perancangan tak menjadi. Sebelum Ramadhan menjengah, saya dah sibuk mencari kain dan tempah. Dengan harapan tempahan baju raya tue akan siap sebelum Ramadhan. Rupanya tailor tak sempat siapkan. Tak apalah... nak kejan tailor takut hasil baju tue nanti tak seperti yang dirancangkan. Jahitan tak kemas atau mintak design baju peplum jadi baju kurung plak nanti. Jadi sabar je lah menanti. Bila baju tempahan tue siap, saya nak letakkan lace dan tabur manik/pearl. Baju saya dan baju 3 princess tue nanti akan bergemerlapan dengan lace dan manik. (bergemerlapan la sangat kan! Jangan gelap sudah...hahahaaa). 

Psssst!!!!! baru kejap tadi saya message tailor. Tailor cakap petang nie dah boleh ambil tempahan...Yea yea...baju dah siap. Tak sabar melihat hasilnya....terutamanya baju 3 princess tue. Saya tempah baju peplum dan baju kurung moden untuk princess-princess saya tahun nie. 

Bila tiga orang anak adalah perempuan, tiba waktu raya, kenduri atau nak keluar berjalan-jalan, yang terfikir di fikiran hanyalah nak memakaikan mereka dengan baju bercorak sama atau warna yang sama. Biar sedondon. Biar nampak macam kembar walaupun sorang besar, kecik sket dan kecik sket sket sket...(apa tue?..........NTAH). :b

Rasanya waktu kecik-kecik macam nie, mereka boleh pakai sedondon. Bila dah meningkat remaja, masuk sekolah rendah, comfirm dah malu nak pakai sedondon. Nanti adala aduan cakap macam nie "Min tak mau pakai sama dengan Mani ngan Cha....kawan Min kata Min macam kumpulan nasyid/koir" hahahahaaaaa kan! kan! kan!) Korang angguk la...Ha paksa angguk tau! hahahahaaaa. Lagipun ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Huhu...Dalam keluarga saya, 4 orang perempuan dan seorang lelaki. Saya dan adik nombor tiga (nombor dua lelaki) selalu kena pakai baju sedondon terutamanya waktu raya. Bila dah besar sikit dan ada perasaan malu-malu kucing tue, miouuuuu miouuuuuu miouuuu..........dah mai dah!....Memang tak nak la pakai baju sedondon lagi. Siap nangis guling-guling atas tanah depan laman rumah bila mak suruh pakai (yang ini TIPU....hahahaaa). Sekarang, turn anak-anak saya plak kena paksa pakai baju sedondon. Suka tak suka kena pakai. Tapi setakat hari nie anak-anak saya memang suka giler pakai sedondon. Siap ada request dari Min mintak belikan baju sama dengan Amani dan Aleesya.:)

Berbalik pada cerita asal. Tak nak keluar shopping baju raya pada bulan Ramadhan. Sebelum Ramadhan, saya dan en husband ada jugak round-round shopping compleks dan up town cari t.shirt atau skirt untuk anak-anak tapi tak jumpa pun yang berkenan di hati. Lagipun stok baju baru dengan design terkini masih belum banyak dipamerkan. Jadi kami terpaksala membatalkan rancangan tidak keluar shopping baju raya sambil membawa anak-anak kecil yang banyak ragam di bulan Ramadhan. 

Terpaksala jualah membawa anak-anak ke shopping compleks waktu orang ramai berpusu-pusu keluar shopping baju raya keluarga masing-masing. Sabtu lepas, jam 10.50 pagi saya, en husband dan anak-anak tercongok di Central Square, Sungai Petani. Bahagian pertama yang dikunjungi tentulah bahagian baju kanak-kanak. Puas pusing satu bahagian, akhirnya saya belikan skirt untuk 3 princess tue. Sama dan sedondon (walaupun saiz Aleesya agak besar, tapi nak jugak sedondon beli jer lah. Boleh simpan dan pakai lama sikitkan!) 


Dalam fitting room. Min pilih baju warna merah. Kalau ikut pilihan saya dan en husband, kami suka warna purple tapi sebab Yasmin dah buat pilihan, jadi ikutkan jer la. :)

Selesai bayar harga baju di kaunter, 3 princess nie mula buat perangai. Aleesya nangis nak turun dari dukungan en husband, Amani buat muka masam dan dah lari jauh-jauh dari kami, Yasmin jer ok (Itu pun takut kena marah. huhu). Akhirnya terpaksa la ubah plan. Hanya boleh beli baju anak-anak sahaja. Baju kami berdua haruslah beli lain kali dan tanpa bawa anak-anak. Huhu

Sekian. :)

Tiada ulasan:

Entri Popular