Jumaat, 26 Julai 2013

Pencarian kasut raya berakhir

Assalamualaikum

Hari ni dapur saya tak berasap. Periuk belanga semua elok jer tersusun di dalam almari. Petang nie periuk belanga dan dapur gas dapat off. Hahaha..Perancangan petang nie adalah berbuka di luar jer sebab misi pencarian kasut raya masih belum berakhir.

Sebelum ke Alor Setar Mall, kami ke Bazar Pekan Rabu. En husband nak tukar saiz baju melayu. Singgah sekejap ke rumah tailor untuk ambil jubah saya yang di alter. Selesai tentang baju, kami terus bertolak ke Alor Setar Mall. Lagi 30 minit nak berbuka, sempat lagi kami sekeluarga berjalan-jalan di dalam Alor Setar Mall. Saya dan Pikah memang nak mencari kasut raya. Pergi lah usha-usha kasut di XES Premium. Ada banyak design yang cantik tapi tinggi sangatla plak. Sekarang saya dah tak minat nak pakai kasut tinggi-tinggi. Kalau boleh nak yang ada tingginya hanya 1 inci. Kalau flat sangat pun tak best jugak. (Mmm banyak songeh jugak minah nie kan! :b)


Banyak pilihan tapi tak berkenan di hati. Pikah pun sama.

 Keluar dari kedai XES Premium, Amani start buat perangai. Nak handset en husband. Dah start tarik tudung dan tak nak jalan. Puas jugakla Pikah memujuk. Nasib baiklah Pikah ada, kalau tak selagi tak dapat handset, selagi itulah dia buat 'keras kaki'. Kalau kita buat-buat jalan dan tinggal Amani dekat belakangpun, dia boleh buat tak tahu jer. Memang dia nak menang selalu. Mmmmm

 Tengah berjalan-jalan tu, ternampak di ruang legar ada booth jual baju gaun kanak-kanak. Cantik dan murah. Jenama GAP lagi. Baju raya Aleesya dah beli dan selesai semuanya. Tapi memandangkan baju-baju nie cantik-cantik, maka tertariklah jugak si ibu berbelanja boros untuk anak bongsunya ini. Huhu...

Design pertama nie warna ungu. Warna macam kusam sikit. Jadi en husband request try baju lain yang lebih ceria warnanya.

Design kedua. Ceria sebab berwarna warni tapi rasanya mata nie lebih suka tengok warna kusam tadi. Jadi  saya ambil yang kusam tadi jer. RM 30.00 sepasang. Kalau saiz Min dan Amani harga dalam RM 50.00. Kira murahla tue sebab design cantik dan kualiti kain pun bagus.

Abah dah kena 'belasah' dengan Aleesya sebab dia dah start bosan di dukung. Kalau biarkan Aleesya berjalan sendiri, alamatnya abah terpaksa jadi polis tan tree. Kejar Aleesya 24 jam. :)

Amani dengan Min pun dah agresif. Berlari sana-sini. Amani yang asalnya bertudung dah mana-mana tudungnya. Panjat sana sini. Yang bestnya dia siap buang kasut dan letakkan kasut dia atas rak kasut yang orang display kasut. Huhu. Nasib baiklah Pikah nampak dan turunkan balik kasut Amani. Sukahati dia jer nak buat apa. Kalau boleh tukar kasut lama dengan kasut baru, saya pun nak letak jugakla kasut saya atas rak untuk display. Hahaha....

Grrrr...memang tak bolehla bawak 3 princess nie keluar shopping. Dah rugi masa untuk kita membelek barang dengan terpaksa melayan karenah mereka. Bukan tu jer, tengah kita jeling kasut, terpaksa jeling tengok mana mereka pergi. Takut nanti bila dah dapat kasut, dengar pengumuman "Sesiapa yang kehilangan anak, sila ke kaunter pertanyaan di bawah". Huhu..tak nakla. Mana nak letak muka. Mesti ada yang sok sek sok sek dekat belakang "ish! mak ayah apa nie belek barang sampai lupa anak". Mmmmm tak mo tak mo...sebab saya dan en husband selalu cakap macam tue, kalau dengar pengumuman orang kehilangan anak di shopping compleks....Hahaha :b

Dalam masa 15 minit sahaja saya dan Pikah mencari kasut. Nampak yang berkenan di hati, terus try dan kami bernasib baik sebab ada saiz masing-masing. Terus bayar di kaunter sebelum ke Uno Cafe untuk berbuka. Berakhir sudah pencarian kasut raya. 

Tiada ulasan:

Entri Popular