Assalamualaikum
Sempena Ramadhan dan Syawal akan datang, jangan dilupa pada insan 'luar biasa'. Kerana mereka juga ada perasaan dan sentiasa menghargai orang lain serta mahu dihargai. Tetiba ayat skema...hehe
Bukan apa, baru-baru nie Pikah bawa keluar dua set kad raya hasil kreativiti pelajar-pelajar 'luar biasa' ini waktu menunggu waktu berbuka. Min dan Amani teruja tengok kad-kad raya pelbagai warna dan dihias dengan pelbagai corak dan tulisan yang menarik. Pelajar 'luar biasa' ini terdiri daripada mereka yang pekak dan bisu.
Hanya bahasa isyarat sebagai ganti untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Mereka juga pandai melukis dan menulis. Cuma bahasa @ mereka kurang sempurna sepertimana kita insan yang diberikan fizikal yang sempurna. Tapi harus diingat, mereka yang ke sekolah ini ada wawasan dan masa hadapan. Mereka mahu belajar dan tidak merendah diri seperti sesetengah insan yang sempurna fizikalnya tapi MALAS belajar dan MALAS buat kerja. Kan?...
Sempena Syawal akan datang, Pikah dan rakannya (practical students) buat satu pertandingan mencipta kad hari raya. Pelajarnya terdiri daripada dua kategori iaitu pelajar tingkatan 1 hingga 3 dan pelajar tingkatan 4 hingga 5. Mereka diberi masa selama 3 jam untuk siapkan kad raya tersebut. Pikah berikan satu contoh kad raya yang dibuatnya sendiri sebagai idea pelajar-pelajar membuat kad raya masing-masing. Akhirnya semua pelajar tiru terus kad raya yang Pikah buat cuma ada la tambahan idea masing-masing. Ada yang mengambil masa 15 minit untuk siapkan sekeping kad raya ada juga mengambil masa lama untuk siapkan sekeping raya hasil air tangan sendiri.
Kad raya yang menjadi pilihan Pikah dan rakannya untuk mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga. Hasil kreativiti pelajar tingkatan 4 hingga 5.
Bait-bait ayat istimewa dedikasi untuk cikgu Pikah. Hehe.
Perasan tak ayat dia macam pelik sikit!
Marah ke nasihat?
haha....
Ayat dalam kad nie paling best. Cikgu Afikah dan Cikgu Deena WAJIB belajar rajin-rajin ok. Solat ok..bla...bla...bla..... dah macam mak bebel dekat anak kan! Haha
Pilihan kad raya yang mendapat tempat pertama hingga ketiga kategori pelajar tingkatan 1 hingga 3.
Ini pun macam best. Boom api....boom api.....haha
Imaginasi budak nie tinggi nih!
" ku senyum "...
Ihklas sungguh hati nurani mereka.
Sentiasa senyum walau apapun dugaan yang Allah bagi pada mereka.
Kita yang sempurna ini harus sentiasa senyum sepertimana mereka ini. Kita yang sepatutnya menghiburkan mereka di atas dugaan yang diberikan kerana cacat pendengaran dan suara. Tapi keletah mereka yang sentiasa membuatkan kita terhibur dan tersenyum. Mereka yang mengembirakan hati kita.
" saya kawan pelajar pekak " ???
Tapi sebenarnya pelajar ini yang cacat pendengaran.
Itulah ayat tue kadang-kadang macam peliks sikit. Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada.
Tapi saya sangat bangga dengan pelajar-pelajar ini sebab mereka mahu belajar dan rajin berusaha. Semoga mereka akan berjaya dunia dan akhirat. Amin...
Nangis la plak si Amani. Berebut kad raya. Mmmm....
Aleesya cool. Tak nak join semua orang.
Anak-anak yang sempurna fizikalnya, karenahnya banyak.
Anak-anak yang kurang sempurna fizikalnya pun sama. Cuma kita perlulah pandai handle semua keadaannya. Itulah dugaan dan ujian yang Allah berikan pada hambanya. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan