Rabu, 26 Jun 2013

Restoran Mayang, Alor Setar

Assalamualaikum

Kelmarin saya berbuka puasa di Kedai Makan Mayang, Jalan Langgar. Pertama kali nak mencuba makanan di kedai ni. Saya dan en husbnad teruja nak ke kedai ni sebab landskap yang agak menarik ditonjolkan di kedai nie. Lain daripada yang lain.  
 Ia menawarkan pelbagai sajian melayu, ala thai dan western. Cantik tak kotak surat tue?
Semua perabot berasaskam kayu. Konsep taman landskapnya ala tropika camtu...

 Mula-mula sampai, kami cari 'rumah kecik' nie. Tak nak duduk di meja dan kerusi yang dah biasa ada di kedai lain. Baru je duduk, wiauuuu...wiauuuu...wiauuuuuu cik nyamuk berkeliaran di keliling kami.
Lepas jer pelayan kedai ambil order, kami tukar tempat. Duduk di meja kerusi yang disediakan.

 Mmmmm...tak dapatla nak bersantai dekat pondok nie sambil makan-makan.

 Muka Yasmin monyok " nak balik..."

 Bapak dan anak sama jer. Tergaru-garu..Paling teruk Yasmin...merata-rata garu. Siap minta saya garukan tangan, kepala dan kaki. Makanan belum sampai lagi. Terpaksa menunggu jugak. Tetiba ada sorang budak lelaki datang bawa kotak tempat letak telur yang dibakar. Asapnya tue dapatla halau nyamuk yang makin 'menganas' dekat bawah meja kami nie. Agaknya time maghrib sama kot, nyamuk keluar dari 'rumahnya'. Lega rasanya bila dah ada asap dari kotak telur tue. Sekurang-kurangnya kami boleh bertahan sehingga habis makan nanti.

 Kawasan persekitaran kedai makan menarik dengan penataan landskap. Rasa macam suasana kampung. 

 Bangunan kayu hujung sekali tu (nampak bumbung biru tu) adalah dapur tempat memasak.

 Surau juga disediakan. (belakang kerusi budak tue)

 Pondok kecil. 
Perancangan asal nak makan di pondok nie tak tercapai. Cik nyamuk mengamuk di sini. huhu

Selesai makan, kami tak berlengah-lengah lagi, terus bayar dan balik. Makanan disediakan di sini boleh tahan juga rasanya. Menu air yang disediakan juga lain dari tempat lain seperti jus nenas + epal dan jus epal + asam boi. Cuma cik nyamuk tu yang tak tahan terutamanya Min la. 

Dekorasi yang disediakan di kedai nie menarik cumanya saya rasa tokei kedai harus cuci longkang dan kemaskini seluruh kawasan nie agar BEBAS nyamuk. Mungkin ada banyak 'rumah nyamuk' disini. Jadi ianya sangat menganggu pelanggan yang datang. Sayangla kawasan dah menarik dan konsepnya lain dari yang lain di bandar Alor Setar nie. 

Dekat kedai biasa pun ada nyamuk, cumanya tak adala sampai menganggu jiwa dan perasaan pelanggan. Mungkin perlu penambahbaikan kemudahan seperti kipas angin supaya nyamuk akan lari bila ada angin dari kipas tue. 

Persepsi pelanggan yang kali pertama datang macam saya untuk datang lagi lain kali mungkin negatif. Tambah-tambah lagi nak bawa anak-anak, memang jawapannya TAK PERGI dah!....huhu

Tapi kalau ada penambahbaikan, mungki pelanggan akan bertambah ramai dari sebelumnya dan kedai nie akan menjadi salah satu restoran pilihan pelanggan. :)

Tiada ulasan:

Entri Popular