Assalamualaikum
Yeaaaaa............hari nie dah boleh bawak anak-anak keluar jalan-jalan. Dah lama rasanya tak bawak anak-anak ambil angin dan bersantai. Sejak birthday Amani (20 MEI) dan Aleesya (1 JUN), tak ada lagi celebration untuk mereka berdua. Bukan tak nak buat tapi tak sempat dan ada jer benda setiap hujung minggu sehinggalah mereka berdua kena jangkitan HFMD.
Kalau ikut perancangan nakla buat DIY text tulis birthday, 3 tahun (untuk Amani), 1 tahun (untuk Aleesya) dan lain-lain tapi tak sempat. Dah print tapi tak sempat nak gunting dan lekat-lekat bagai. Tapi tak apalah, pagi nie semua bangun awal untuk ke Taman Tasik Darulaman. Makan-makan dan hirup udara segar, main di playground dan jalan-jalan tepi tasik. Nak naik angsa 2 ekor dalam tasik tue tak berani lagi. Aleesya masih kecik, nanti kalau dia bosan duduk dalam angsa yang masa tue berada di tengah-tengah tasik tak pasal-pasal kena dukung sambil kayuh angsa balik ke darat. Mau terkopak kaki dan tangan lenguh. Huhu tak dapet la nak bayangkan..:b
PAgi n ie saya buat angel hair goreng. Semasa bertolak ke Taman Tasik, en husband singgah di KFC Jalan Stadium untuk beli snack plate. Tapi pagi-pagi nie ayam belum goreng jadi nak jimat masa, en husband pesan nugget dan cheesy wedges jer untuk dibawa ke Taman Tasik. Sebenarnya en husband niat sekiranya anak-anak dah sihat dari HFMD, dia nak belanja KFC. Oklah tue kan. Walaupun tak ada ayam goreng...:)
Kami sampai di Taman Tasik jam 8.30 pagi. Rupaya ada group Kolej Komuniti sedang buat hari keluarga. Ramai jugak orang dekat Taman Tasik hari nie. Kami macam biasa alas kain atas rumput dan makan. Aleesya paling lapor... Siap hidang makanan semua, dia yang mula-mula makan. Habis baju dan seluar. Memangtak naknya disuapkan. Jadi, ropaaaaanya macam tu lah. COMOT! si budak comoooot....:b
Best jugak dapat berkelah macam nie sekali sekala. Sambil makan dapat tengok gelagat orang di tasik.
Anak-anak pun suka. :)
Kolej komuniti sibuk buat hari keluarga, kami pun sibuk jugak buat hari keluarga tapi satu keluarga jer la..haha
Menu hari nie. Angel hair goreng tue terlebih goreng. Banyak sangat tak sesuai dengan jumlah mulut yang kecik-kecik jer tuh!. Masa merebus angel hair pagi tadi rasa macam sikit tapi bila dah goreng dan masukkan sayur dan ayam. Mmmmm memang terasa banyak. Tak pe lah makan jer la sampai kenyang!
PEACE!
kami suka berpicnic...:)
Dapat eratkan hubungan kekeluargaan dan luangkan masa dengan anak-anak.
Hadoiiiiiii! Aleesyaaaaaaaaaaaaaa.... Orang yang mula-mula makan adalah Aleesya. Orang yang last makan pun Aleesya....Dengan comot-comotnya....Baju lebih dah la tak bawak. Memang kena balik rumah terusla bila habis beriadah di Taman Tasik nie. Ingatkan nak buat photoshoot Aleesya 1 tahun dan Amani 3 tahun. Nampaknya memang tak dapatla...Baju dah kotor, muka pun dah comot-comot...Mmm memang tak boleh bawak majlis nih! hua hua hua
En husband tuh asalnya nak jogging pusing Taman Tasik. Siap pakai seluar tracksuit. Tapi las-last dah kenyang sarapan, perut dah berat, kaki pun malas melangkah, akhirnya tinggal niat jerla nak jogging.
Sebelah rumah pun adakan nie? Tapi macam pelik jer bebudak nie nampak playground nie trus nak main. Layan jer lah. tengok tuh asal Yasmin pun nak jogging siap pakai kasut sport. Tapi mentor tak jogging, menti pun tak jogging la....
Aleesya dah besar... Dah kanak-kanak bukan peringkat bayi lagi rupanya. Kejap jer masa berlalu. naik buaian besar pun tak nak share-share. Macamla dah pandai naik sendiri kan...kan...kan....
Hai...la Aleesya
Muka masam.....masam perit orang kedah cakap...
merajuk sebab tak ada orang nak tolong hayunkan buaian dia dekat belakang. Masuk jer Amani 3 tahun, terus suka merajuk. Kalau dia nak apa-apa dan kita tak ikut, comfirm tarik muka masam. Kalau kita buat tak tahu menangis bagai nak rak. Dah la suara kuat, jadi nak tak nak terpaksalah turutkan. Tapi kalau dekat rumah, kadang-kadang saya biar je...Bila dia dah tak larat nangis. Dia akan berhenti dengan sendirinya dan akan datang dekat saya cakap " Nani tak buat dah, bu...". Ha! tau pun dia, saja jer mengada-ngada nangis kuat-kuat..
Seiras tak? Ramai orang cakap wajah Amani dan Aleesya sebijik macam muka abah...Abis? wajah ibu?..Mmm tak pala. Saya tak amik hati pun. :)
Gembira tul tiga princess tue dapat berjalan dan berlari-lari di tempat yang luas macam nie...
Berakhir sudah sesi berjalan-jalan hari nie. Semoga anak-anak ibu dan abah happy hari nie. Esok, Min dah sekolah. Belajar rajin-rajin tau!. Amani dan Aleesya kena pergi rumah Tok Amani (pengasuh) dah. Pandai-pandaila jaga diri di rumah Tok yer!
Happy birthday untuk AMANI dan ALEESYA! Walaupun tak ada kek, tak ada lilin tapi masa yang diluangkan bersama adalah lebih berharga.
Mmuuuuaaahhh!
:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan