Ahad, 16 Jun 2013

HFMD hari ke-3 & Amani telah berjangkit

Assalamualaikum

Masuk hari ketiga Aleesya dijangkiti HFMD, semakin banyak ruam-ruam kecil keluar. Hari nie lagi menurun selera Aleesya. Nasi tak nak makan, roti tak nak, susu pun dua botol jer dari 12 tengah malam semalam hingga jam 8 malam nie. Dia hanya minum 2 botol air masak dan air zam-zam. Ubat yang sepatutnya dibancuh dengan susu pun dah bertukar kepada ubat yang dicampur air sesudu kecil dan disuap dengan menggunakan picagari. Kalau masih nak bancuh dengan susu, alamatnya ubat tue tak habisla...

Hari nie juga en husband belikan yogurt dan aiskrim untuk Aleesya. Aleesya makan dua tiga sudu lepas tue dia ramas-ramas aiskrim dan buang. Adus!!!! ibu yang letih nak ngelap lantai dan terpaksa tukar baju dan seluar Aleesya yang dah comot dengan aiskrim.  Bukan baju Aleesya jer kena, baju ibu jugak...argggghhhh!!!! tension ibu nak bagi Aleesya makan. Tapi ibu faham, Aleesya lagila tension sebab perut lapar tapi mulut sakit tak dapat nak makan. Sian anak ibu! sabar ye sayang ... :(


 ruam di belakang badan tak ada la banyak berbanding tangan dan kaki

 ruam dikaki nampak macam dah kering

 ubat sapu pada ruam

 ruam di kaki dan tangan nampak makin bertambah tapi kecik-kecik

 ruam di telapak kaki

 ruam makin banyak


 ruam merah seperti melecur dan hitam. Lepas dah sembuh nanti kena la carikan jelly gamat untuk hilangkan parut...kalau tak, kurangla duit hantaran nanti. muahaha...

 
 merah giler ruam di tangan tue. Tengok pun takut..


Pagi  nie juga, Amani perlu di bawa ke klinik. Dah dua tiga malam Amani demam malam. Semalam Amani ngadu, mulut dia sakit. Mungkin virus Aleesya dah berjangkit pada Amani. Masa dekat rumah tak nampak pula ada ruam-ruam macam Aleesya. Tapi masa en husband dalam kereta nak ke hospital baru ternampak ada dua tiga ruam dekat siku Amani. Tapi tak seteruk Aleesya. 

Kalau ikut apa yang doktor cakap, penyakit nie tiada ubat. Doktor hanya boleh bagi ubat demam, krim sapu, ubat titik tekak dan krim untuk di sapu di sekeliling mulut dan dalam mulut. Pelik juga bila ubat Aleesya ada ubat antiviral tue. Rupanya bila tanya doktor, doktor bagitahu ubat tue sebagai pencegahan penyakit hati. Yelah..Aleesya baru umur 1 tahun. Baru-baru nie dah banyak ubat yang Aleesya ambil sebelum disahkan dijangkiti HFMD. Berlarutan demam selsema dan batuk sebelum HFMD. 

Amani pun dah kena 

 ruam di siku Amani. Tak banyak baru nak keluar kot

ruam di betis Amani

Risau pulak dengan Yasmin. Dalam rumah nie dah dua orang dijangkiti. Yasmin perlu diperhatikan gerak-gerinya supaya tak kongsi makanan dan cium Aleesya. Amani tak heran sangat sebab Yasmin 'malu' nak cium Amani kecuali kalau disuruh jer....

Mmm...saya dan en husband terpaksala ambil cuti menjaga Amani dan Aleesya. Kalau salah seorang jer yang cuti, tak menang tangan saya rasa. Sebab kanak-kanak yang dijangkiti penyakit nie banyak karenah dan sangat cerewet.  Mungkin tak selesa dengan fizikal yang penuh dengan ruam, tak dapat makan dan lapar dan sesajer nak tambah mengada-ngada. Kalau Yasmin memang yer mengada jer lebih, tapi Amani dan Aleesya selalunya memang sakit betul-betul baru meragam. 

Sekian...

Tiada ulasan:

Entri Popular