Assalamualaikum
Hari ni masuk hari kedua, Aleesya dijangkiti HFMD. Ruam-ruam merah makin banyak keluar. Di bahagian tapak kaki dan tangan terutamanya. Di bahagian lutut dan bawah lutut pun makin bertambah ruam-ruam merah. Kesian Aleesya...
Dia nak berjalan pun susah. Mungkin sakit telapak kaki. Asyik nak didukung jer. Saya dah sakit-sakit pinggang asyik dukung Aleesya. Berat Aleesya pun boleh tahan juga iaitu lebih 8.9 KG. Malam semalam Aleesya dah boleh tidur berbanding dua malam sebelumnya. Cuma saya pulak berjaga malam sebab nak tunggu Aleesya jaga untuk makan ubat ikut time. Ada yang perlu makan jam 12 tengah malam, 3 pagi dan 6 pagi.
Hari nie satu hari Aleesya tak makan nasi. Susu pun empat lima kali jer minum. Itupun minum sikit-sikit. Air masak setengah botol pun tak habis. Bukan dia tak nak minum tapi sakit tekak agaknya. Bila tanya nak minum susu tak? Dia angguk. Tapi bila dah bancuh, dia minum sikit jer dan tolak botol dengan tangan.
ruam di bahagian lutut dan bawah lutut yang makin bertambah
ruam di mulut makin kecut
ruam makin bertambah dan seakan melecur
Penuh kaki dan tangan Aleesya dengan ruam merah
ubat yang harus Aleesya makan mengikut waktu. Ubat antiviral perlu dihabiskan dan boleh dibancuh dengan susu.
Harap-harap bila dah keluar ruam makin banyak hari nie, esok Aleesya akan sembuh. Sabar ye Aleesya..mmmuuuuuahhh. rindu tak dapat cium Aleesya...:(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan