Isnin, 24 Jun 2013

Aleesya terlepas daripada dicucuk

Assalamualaikum

Amani sibuk 'mengemas' di dalam kereta sebelum menghantar Amani ke rumah pengasuh. Aleesya steady ler sebab tahu ibu akan bawa Aleesya 'jalan-jalan'.

Pagi tadi, saya bawa Aleesya ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan dan perkembangan bayi di usia 1 tahun. 

Berat badan Aleesya naik sedikit iaitu 8.7 Kg berbanding sebelumnya 8.4 Kg. Mungkin berat Aleesya merosot minggu lepas akibat jangkitan HFMD. 
  
Kalau ikut prosedur kesihatan, Aleesya dah kena cucuk campak. Tapi setelah pemeriksaan kesihatan di buat dan saya maklumkan Aleesya baru lepas terkena jangkitan HFMD. Jururawat yang bertugas iaitu JM Norfazilah mengesyorkan kepada saya supaya Aleesya tidak diberi suntikan campak lagi memandangkan bekas ruam pada Aleesya belum baik sepenuhnya. Beliau takut sistem imun badan Aleesya masih rendah dan sekiranya dicucuk juga kemungkinan Aleesya akan mendapat demam atau jangkitan HFMD tersebut akan mengambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya. 

 Setelah pemeriksaan oleh jururawat, Aleesya disyorkan supaya berjumpa doktor bagi pemeriksaan lanjutan kes HFMD walaupun Aleesya dan sembuh. Cuma bekas ruam tu banyak mengelupas. Kebetulan pulak hari nie doktor di bahagian klinik puan dan kanak-kanak tidak ada, jadi terpaksalah menumpang doktor di klinik pesakit luar. Saya ingatkan boleh masuk terus jumpa doktor rupanya kena jugak beratur mengikut nombor giliran. Aduh! letih betul macam nie. Klinik pesakit luar memang comfirm la ramai pesakit. 1 jam saya menunggu baru dapat masuk jumpa doktor. Aleesya dan sampai terlentok-lentok lena atas bahu saya. Dah tu plak, bila saya duduk atas kerusi si Aleesya macam sedar dari tidur dan nangis. Terpaksa la saya berdiri sambil dukung Aleesya. 

Bila dah duduk depan doktor, boleh plak doktor muda tue tanya saya, "nak check apa hari ni?"
Aduh! sakittttnya haaaaaatiiiii!...
"nak buat rawatan susulan untuk jangkitan HFMD minggu lepas" (jawab dengan tak ikhlas langsung, huh!)
Tak baca ker buku pink yang saya bagi tue. Kan ke jururawat tue dah tulis, mau tanya lagi...Dah la saya penat berdiri tadi sambil dukung Aleesya. Masuk dalam kena plak dera perasaaan dengan doktor tue...Sabar jer la...:(

Bertambah sakit hati bila dia belek-belek kaki, tangan Aleesya. 
Lepas belek, belek....
Lepas belek, belek....
belek lagi....
Waaaduuuuuuh....

Saya pun cakapla "masa ik datang siasat kes nie dekat rumah saya, dia cakap Aleesya paling banyak ruam berbanding kes kanak-kanak lain yang pernah dia check" (dengan harapan doktor tue takde la buat perangai peliks asyik belek dan belek dan belek lagi)

Lepas tue terus dia keluarkan handset dia letak atas meja depan mata saya GOOGLE. Google tentang penyakit berkaitan kulit dan ntah apa-apa. Ssekali lagi saaaaaakitnya haaaaatiiiiiiiiiiiiiiii. Kalau  nak google lain kalilah. Saya dah google kot tentang penyakit anak saya nie. Dah ambil ubatn pun. 
Tak pe sabar lagi. Mungkin lepas dia google dan baca apa-apa dalam tu, dia akan explain panjang lebar. Rupanya takkkkk.........

Dah dia tutup google. Dia pun cakap "saya rasa penyakit dia dah semakin baik. Saya bagi krim sapu je ye".

LOooooooooRrrrr itu je ker.

 TENSION!

"Saya nak time slip, boleh?"

"boleh". Dia tulis lepas tue silap. Macam kalut-kalut tulis..Lastly dia kronyok-kronyok kertas masuk dalam bakul sampah.

Ambil lagi sekeping tulis lagi. Ada juga silap tapi dia potong jer. 

"ish!" rimas betul dengan perangai doktor muda nie.

Menyirap darah pepagi buta tadi. Dah la perut berbunyi-bunyi. Sampai di klinik jam 7.50 pagi balik pukul 10.30 pagi. Letihnya...kalau boleh makan, kurangla stress hari nie. Tapi tak boleh makan jadi sampai dekat opis pun hati nie masih grrrrrrrrrrrrr. 

Sabar je lah. Dugaan betul ketika saya berpuasa nie. Mmmmm






Tiada ulasan:

Entri Popular