Selasa, 11 Jun 2013

Seminar Gated Community dan Guarded Neighbourhood

Assalamualaikum

Pada 10 Jun 2013, JPBD Negeri Kedah dengan  kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Kerajaan Tempatan) telah mengadakan Seminar Gated Community dan Guarded Neighbourhood bertempat di Swiss In, Sungai Petani. Sambutan peserta pada kali ini amat mengalakkan dengan hampir 200 penyertaan. Ruang dewan penuh (full) dengan peserta dari agensi swasta dan agensi kerajaan.

Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah JPBD Negeri Kedah iaitu Tuan Haji Noran bin Sharif dan moderator yang menerajui perbincangan ialah Puan Rozaina binti Dato' Paduka Haji Radzi. Pembentangan kertas kerja oleh tiga orang pakar di dalam bidang berkaitan iaitu :

Pembentangan Garis Panduan Perancangan Gated Community and Guarded Neighbourhood
oleh Dr. Alias bin Rameli, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, JPBD Semenanjung Malaysia

Pembentangan Pemakaian Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) Dalam Urusan Penyenggaraan dan Pengurusan Hartanah Dalam Perspektif Perancangan Gated Community dan Guarded Neighbourhood
oleh Puan Sharifah Khadijah binti Hadi, Pengarah Seksyen Hakmilik Strata, Jabatan KPTG (Persekutuan)

Pembentangan Perlaksanaan Gated Community dan Guarded Neighbourhood di kawasan Majlis Perbandaran Kajang
oleh Encik Nizam bin Sahari, Ketua Jabatan, Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Kajang



Apa itu Gated Community dan Guarded Neighbourhood?

Gated Community (GC) - Suatu kumpulan penduduk @ komuniti yang tinggal di kawasan berpagar dan berpengawal sama ada di kawasan bangunan kediaman berbilang tingkat (high rise property) seperti pangsapuri, kondominium dan town-house @ di kawasan bertanah (landed property) seperti banglo, teres dan rumah berkembar.Walaubagaimanapun, tafsiran GC lebih tertumpu kepada kumpulan penduduk @ komuniti yang tinggal di kawasan kediaman bertanah berhakmilik strata.

Secara umunya, ia merupakan skim perumahan tertutup dengan tembok / pagar mengelilingi keseluruhan kawasan kediaman, mempunyai akses keluar-masuk yang terhad dan terkawal serta mempunyai kemudahan harta bersama.

Guarded Neighbourhood (GN) - Satu kawasan kediaman terkawal secara keseluruhan @ sebahagian di dalam skim-skim perumahan sedia ada atau yang baru yang pegangan tanahnya berhakmilik individu. Skim GN menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan sama ada dengan atau tanpa pondok pengawal. Dari segi undang-undang, ia tidak boleh mempunyai halangan fizikal di atas jalan awam dan menguatkuasakan sebarang sekatan keluar masuk kepada penghuni dan orang ramai.

Kewujudan Gn adalah tidak  berdasarkan kepada peruntukan mana-mana undang-undang atau peraturan. Ia hanya wujud secara ad-hoc berdasarkan persetujuan penghuni-penghuni di sesebuah kawasan kejiranan untuk menjadikan kejiranan mereka sebagai kawasan berpengawal.

Sumber : Garis Panduan Perancangan 'Gated Community and Guarded  Neighbourhood'
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia

Pendaftaran peserta 

Dewan memang penuh dengan peserta hinggakan urusetia terpaksa duduk di ruang-ruang tepi dewan.
Saya ditugaskan sebagai jurulapor bersama dua orang pegawai jabatan iaitu En Raja Shamsul dan Pn Shadrah. 

Sesi soal jawab di kalangan peserta juga mengalakkan. Ini bermakna tajuk dan pembentangan seminar kali ini sangat dinanti-nantikan oleh peserta.  Di samping tue, perancangan kawasan perumahan ketika ini rancak dengan konsep berpagar dan berpengawal. Jadi bagi mendapat pemahaman yang lebih mendalam dan perlaksanaan yang lebih baik, maka perbincangan-perbincangan di seminar seperti ini amat bagus diteruskan untuk masa akan-akan datang.

Sebelum balik, sempatla saya berposing di kolam renang hotel. Teruja tengok kolam renang yang besar dan biru airnya...Kalau bawa anak-anak best nie. Di hotel nie terdapat dua kolam renang. Satu untuk dewasa dan satu untuk kanak-kanak. Bersebelahan jer. Kolam kanak-kanak lagi biru airnya. Birula sebab tile kolam tue biru...huhu

Tiada ulasan:

Entri Popular